Rabu, 9 Januari 2013

Hectic week gonna end soon !

*laplap blog* Phewww. Dah lama jugak terabai blog ni. Last post pasal kembali ke sekolah, minggu ni dah masuk minggu ke dua dah pun budak2 bersekolah. Macam manalah gamaknyaa mereka ya. Haha. Oh ya, Assalamualaikum, selamat petang. 

Harini curi curi masa sikit untuk update blog usang ini. Oh, rindunya nak menaip pepanjang, mengadu kat blog ni. Bukannya takdak internet connection, cumanya masa yang ada amat terhad untuk aku menaip dengan gembira dan sukanyaa. Almaklumlah, dah jadi pelajar semester akhir kat sini ni, memang banyak benda nak kena settlekan. Kuikui.

*Google Images*
So, apa benda yang hecticnya minggu ni ? Ermm, first of all, minggu ni aku ada 2 TEST dan satu QUIZ dan perghhh, sangatlah awesom bagi aku. 2 test tu pulak memerlukan aku untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada lecture notes yang tidak setebal yang korang bayangkan. Cukuplah bayangkan notes yang mengandungi beberapa jenis ubat, mechanism, side effects, pathophysiology dan lain2. Memang juling lah mata kan baca semua benda , dengan banyaknyaa penyakit yang tak silap hampir ada 10 disease kot. *banyak tak, banyak tak* Kiranya tiap2 hari akan aku belek notes tu semua selagi belum tiba hari testnya. HAHA. dan yeahhhhhhhhhhhhh.. semuanyaa dah berakhir dua hari yang lalu. dua hari yang penuh penderitaan, tekanan perasaan, sakit, menangis dan sebagainyaa. itu baru test ah, belum final lagi. Memang tak buleh nak bayang ah kan nant. Mohon jangan bayang bagaiman keadaan aku masa tu, memang terrible sesangat. Kahkah. 

Apa yang mampu aku rumuskan setelah kesemuanya selesai, adalah sangat TERRIBLE. sangatlah sedih dan teramat sedih bila benda yang selama ni kena hafal, hafal dan hafal, akhirnya bila masuk exam, kita jadi BLANK. sedih weh, sedih. tapi apa2 pun aku ingatkan diri aku yang apa2pun yang terjadi, mesti ada hikmahNya. mungkin ada hikmah kenapa Allah tak jelmakan jawapan kepada aku kala aku jawab test tu. Mungkin Dia taknak aku score bebanyak, nanti dapat markah banyak, lepastu aku jadi bongkak, sombong dan sebagainya. *mintakdijauhkan* So, aku ambik the positive side of it on the first day punya test. Then, come the second test. Night before, malam lepas habis first test tu, aku sangatlah letih dan akibat keciwa teramat time tu kan, lepas Maghrib terus pup! tidur. Sampai pukul 11 malam kao ! HAHA. So, bangun tidur, terus solat Isyak then bukak notes. Malam tu berjaga sampai 3.45 a.m then bangun balik pukul 6.15 a.m.  Memang seriuslyy tak cukup tidur but i manage to go through all the notes. Such a succes to me ! Kahkah.

*GI*

*GI*

Namun, malangnyaaa, perkara yang sama berlaku pada aku iaitu aku tak mampu nak ingat apa yang dah aku hafal dengan baik. Bayangan jawapan tu mai sekerat sekerat saja. Sangat menyakitkan hati, tapi aku pasrah. Tapi, compared to first paper tu, paper second ni senang sedikit. Ya, aku memang dapat jawab. Tapi, banyak yang salah kau ! Sadis sangat bila teringat balik. Tp ianya satu pengajaran buat aku. Jangan confident lelebih time jawab tu. Dan sekali lagi, aku ambik positive side just like the first paper before. :)

Dan sekarang ni, setelah habis semua benda ni, aku hanya perlukan TIDUR yang cukup. Maknanya malam ni memang akan ku tidur awal lah. Kehkeh. Almaklumlah, lepas habis test2 tu, aku ada kerja lain yang menanti di belakang seperti lab dan juga assignment. See ? Banyakk busyy ma. Huhu. So, aku rasa sampai sini dulu aku taip dan tulis. Nanti2 ada masa, aku update lagi ya. Kalau banyak masa free, banyak entry akan terhasil. Kalau busy, tiada langsung ataupun only one short entry. Lagipun, just taknak biarkan blog ni sepi tanpa kata. Kesian dia. Haha. Biarlah orang tidak sudi untuk membaca dan menjenguknyaa. Kuikui.

Akhir kata, jagalah diri, kesihatan, akhlak dan juga jagalah iman. :) Babai. Jumpa lagi. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 2 Januari 2013

Selamat kembali ke sekolah !


Assalamualaikum, hai kawan kawan !

Esok dah 2.1.2013 kan? So, masanya untuk adik adik semua kembali ke sekolah ! Yeayyy ! HAHA. Kepada sepupu2 aku yang dah pun pulang ke asrama, selamat kembali kepada kehidupan dan rutin harian yang lama. Haha. Rilex k, pengalaman duduk asrama memang tiada galang gantinya. Sangat best, so sila enjoy, nanti dah tua mesti teringat kembali. Kuikui. Dan kepada mereka yang sekolah harian, terutamanya adik gendut aku, Ami selamat masuk ke Tingkatan 4. Pilih pakej mata pelajaran elok2. Jangan nanti menyesal pulak. Ingat, pilih kombinasi yang betul. Kalau rasa takboleh carry, bincang elok2 dengan emak dan abah. InsyaAllah, mereka sokong apa yang hang nak buat nanti. :) 

Dan kepada tiga orang sepupu aku, yang dua daripadanya berada di sekolah asrama penuh, SMS Kepala Batas dan SMSTSSS, Izzati dan Yana, serta Ashraf di SMK Pokok Sena, semoga berjaya menempuh sesi pembelajaran sebagai pelajar Tingkatan 5. Selamat meniti hari sebagai calon SPM 2013. Ingat, SPM tu sangat sangat lah penting. Even nak masuk degree nanti pun, SPM akan ditengok juga. (melalui pengalaman okey). Buat yang terbaik, kalahkan kakak Alyaa dan maksu Ila. Untuk Yana dan Izzati, kak Alyaa tau hampa dua boleh dapat straight As. Usaha lebih lagi okey. Come on lah, baka SBP kan hebat2 semuanya. Hehe. Dan kepada Ashraf, whatever it is, you know yourself better than us, right? Buat yang terbaik. Even takdapat straight As pun takpa, its okay. As long as you pass all the subjects so that you can further studies. Come on, jadi anak sulung yang terbaik, tunjukkan kepada mama dan abah yang Ashraf pun boleh berjaya walaupun Ashraf ni nakal. Lagipun, Ashraf kan lelaki. Dapat 5As pun dah boleh pergi jauh. InsyaAllah. :)

Kepada rakan2 degree, selamat menempuh peperiksaan akhir kalian. Semoga berjaya aku ucapkan. Korang mesti boleh punyaa. Haha. Dan kepada rakan2 seperjuangan aku, selamat menyibukkan diri untuk kita kerana test, quiz dan assignment menanti untuk kita melangsaikan mereka. Semoga Allah sentiasa bersama kita untuk menghabiskan semester akhir di UiTM ini. :) Amin..

p.s : selamat bekerja juga untuk mereka yang akan berkerja esok. buat kerja elok2 hokey. 






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 1 Januari 2013

Goodbye 2012, Welcome 2013.


Hyep everyone !

Just one short entry to welcome 2013 !

What a surprise ! 

It's happened ! 2013 is coming.. :)

Btw, thank youuu so much 2012.

You have give the best memories for me and friends ! 

:)

Well, i really wish i can list all the sweet memories along 2012.

But, i can't. There are so much to be remember about 2012.

So guys, see you soon. I promised to update more about this after i've done all the works. 

See you soon guyss.

Happy New Year 2013 ! :))


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM