Sabtu, 27 Oktober 2018

Saya Kembali Menaip !

Assalamualaikum dan selamat malam semua !

Alhamdulillah akhirnya setelah hampir sebulan lebih menyepikan diri dari blog ni, aku kembali pada harini untuk menaip sebuah entry baru yey 💃💃 Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku sepanjang aku menyepi dari dunia blogging ni. Bukan kata blog saja, media sosial yang lain seperti FB dan Instagram juga agak sendu sebab tak berapa ada mood nak update haha. Twitter tu boleh tahan jugak lah asyik bukak sebab situ tempat luahan perasaan akuu acece gituu. Dan di Twitter jugaklah banyak drama yang berlaku sampai kekadang rasa mcm serabut jugak ada banyak media sosial ni HAHAHA 😝😝 

So, basically entry harini hanyalah untuk update kehidupan semasa aku, gituu dah macam artis pulak rasa nak kena update kehidupan semasa hiks. Ingat lagi entry aku yang lepas iaitu Menganggur? Haaa, sejurus selepas aku publish saja entry tu, aku pun dapat offer kerja. Haha. Tapi kerja biasa biasa saja, tak kerja dalam bidang farmasi pun. Sebenarnya, aku dah dilamar awal lagi untuk kerja kat tempat aku kerja sekarang ni cumanya lepas dilamar tu, terus senyap tak khabar berita, so aku ingatkan aku tak payah la kerja situ. Tup2, petang sikit lepas publish entry tu, aku diberitahu untuk masuk kerja hari berikutnya. Haha gelabah jugak lah sebab masa tu aku masih bersenang lenang merehatkan diri, almaklumlah 'cuti panjang' katakan 😆😆 Dipendekkan cerita, dekat 7 minggu jugak lah aku dah kerja sekarang ni. Alhamdulillah, gaji pertama kerja part time pun dah rasa haritu walaupun tak banyak mana ahaha bolehlah nak beli dan belanja diri sendiri dan ahli keluarga 😋😋


Aku kerja apa? Haha nanti lah ada masa lebih nanti aku up entry baru sambil cerita pengalaman2 aku semasa kerja part time ni. At least nanti bolehlah baca kalau stress bila dah masuk kerja hakiki uhuk3 😅😅 Semoga seorang Alya ni rajin untuk on laptop dia lagi dan update entry baru lepasni haha, nak taip dekat phone tak berapa feel sangat alahai masalahnya sungguh kan bila orang malas ni, macam2 alasan bagi 😜😜

Btw, dah alang2 update entry harini, sajalah nak share yang 22 September yang lepas, aku ke Putrajaya untuk menghadiri Program Re-orientasi Graduan Perubatan, Pergigian dan Farmasi JPA 2018. Masa memula dapat jemputan tu, tak plan pun nak pergi sebab macam jauh jeee kan dari sini. Tup2, plan situ plan sini dengan kawan aku maka pergi lah jugak ke Putrajaya tu. Syukur kawan aku banyak gila tolong beli tiket semua, aku hanya bayar duit sajaa hehe. Pergi pun naik public transport sajoo. Naik bas dari Sungai Petani sebab nak turun di Putra Sentral. Dari Butterworth takda route nak ke sana. Ambik tiket tengah malam, lepak dulu sat dekat rumah kawan aku tu sambil gegosip opps 😏😏 Sampai dalam 7 pagi, tunggu kawan aku lagi sorang yang duduk Gombak tu datang ambik pastu terus ke MOF untuk berprogram. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami dua dari awal hinggalah akhir. Balik ke Butterworth dgn SP naik ETS. Haha, what a day ! Seronok walaupun penat sebab dapat spent time dengan girlfriendss iolls 😍😍

Paling sayang 💓
Fuhh, aku rasa macam dah panjang dah ni menaippp. Kemain banyak benda nak share bila dah lama sangat tak bukak blog ni dan update entry HAHA 😂😂 Ada lagi benda nak share lepasni, inshaAllah jumpa lagi di lain entry dalam satu ke dua hari lagi. Moga Alya masih rajin lagi untuk menaip lepas ni hehe. Gerak lu pape roger ! 😘😇

Salam sayang, 
Alyaa 💓

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM