Rabu, 22 November 2017

Muncul Kembali...

Assalamualaikum, selamat petang.

Alhamdulillah, setelah beberapa kali terlintas di hati nak menaip entry di blog kesayangan ni, akhirnya harini baru tercapai cita cita pendek aku ni HAHA. Muncul kembali untuk menaip, merapu dan meraban di sini dek kerana tiada teman di sisi acece gitu sekali.

Okay, harini hari Rabu. Mesti tertanya tanya banyak pulak masa aku taip entry masa hari kuliah kan? Hehe. Harini tiada kuliah langsung. The perks being final year student gitu ! :P So dari pagi, eh tak dari semalam sebenarnya, aku tidur JEE haha. Sebab badan tak berapa nak sihat. Mungkin faktor cuaca, takpun sebab busy sangat sampai tak cukup rehat huu. Tapi minggu ni tak sesibuk 2 minggu lepas yang mana memang tak cukup nafas langsung haha. Dengan exam kelayakan lagi, test, case presentation, kelas, lab report lagi, haha bila fikir balik tak sangka boleh survive jugak 2 minggu tu. 

Paling aku ingat sekali minggu lepas hari Khamis malam. Paling teruk aku stay up sebab Jumaat tu ada back to back case presentation, fuh. Tidur pukul 5 pagi, bangun pukul 7 pagi. Pergi kelas 8 pagi sampai 12 tengahari balik rehat, pukul 3 petang ada kelas pulak sampai 5 petang. Fuh, tahap kepandaan dan kezombiean masa tu takyah cakap lah huu.

Muka memasing control barai lepas presentation HAHA
Alhamdulillah, untuk minggu ni kembali tenang semula. Untuk 2 minggu depan barangkali akan barai semula, bergantung pada keadaan dan jadual. Semester ni tiada jadual tetap, semua berubah ikut keadaan semasa HAHA. Serius tak tipuu. Another perks being final year students. Horrible time table. But its okay. We learn to accept it, and adapt :P Memula macam semorang stress juga sebab asyik kacau planning je tapi lelama memasing cuba untuk memahami keadaan dengan baik haha. 

Okey, aku dah mula merepek tanpa arah tuju dah ni haha. Baru sebulan lebih tinggal dah tak tahu nak menaip cerita pasal apa, padahal banyak je benda dalam kepala ni nak luahkan dekat sini. Mungkin di entry lain? Haha, sampai sudah tak terluah benda yang ada dalam kepala Alya hui :P 

Serius, dah takda idea nak taip. Sebab dalam kepala tengah fikir pasal case presentation untuk esok. Haha, cuti2 pun fikir kerja, pelajar cemerlang sangat kan (puji diri sendiri sikit) HAHA. InshaAllah hujung minggu ni aku update entry baru lagi. Nak berkongsi beberapa perkara yang aku tahu nanti bila dah habis belajar, aku akan refer sini balik untuk kembalikan segala kenangan yang pernah aku ada hehe.

Jumpa lagi !

Alyaa Ibrahim

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 ulasan:

Teena Tna berkata...

Hi Alyaa! Setuju part horrible time table! Thanks for dropping your comment in my entry (as i have no readers anymore hahaha). Goodluck final year! Goodluck final exam!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM