Isnin, 24 Februari 2014

Keinginan . . .

Keinginan ,

Sungguh semua orang punyai keinginan ,

Tak kira keinginan itu besar ataupun kecil ,

Begitu juga aku.

Aku ingin sekali ,

Berada dan bersama

orang yang menyayangi aku ,

orang yang memahami aku ,

orang yang menerima aku ,

baik dan buruk aku ini ,

orang yang mampu terima keluarga aku ,

adik beradik aku ,

dan semuanya mengenai aku .

Tapi itu hanyalah keinginan ,

bukanlah impian

Kerna aku tahu semuanya jauh dari gapaian aku sendiri

Terlalu jauh untuk aku impikan sebegini rupa

Alhamdulillah, sekurang2nya aku juga punya rasa teringin itu (:



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 23 Februari 2014

Dah selamat semuanya . . .

Alhamdulillah, baru2 ni terima berita gembira mengenai seorang kakak kesayangan ku masa di Klinik Kesihatan Seberang Jaya , yang dia dah selamat melahirkan seorang bayi pada 22.02.14.

Sekarang ni tengah tunggu gambar dari kak Hajar dengan baby dia ! Hehehe. Sangat tak sabar rasa.

Dan insyaAllah, dalam perancangan untuk pi melawat Kak Hajar dgn baby nanti. Nasib baik Kak Hajar dah bagitau awal2 nak berpantang kat mana kan, hehe. Rasa macam nak ajak kakak2 yang lain bila nak pi nanti. Harap sangat plan menjadi, yey !

Selain dari tahun ni banyak jemputan kahwin, aku jugak aku banyak terima anakbuah baru, haha. Merasa lah jugak jadi makcik angkat kan, hekhek. :-P

Apa2pun tahniah kak Hajar dan abg Harith ! Dah selamat semuanya, alhamdulillah. Btw, can't wait to see your junior soon ! :-D



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 22 Februari 2014

MAGNUM Chocolate Brownies

Assalamualaikum, selamat malam ---

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hirup udara di muka bumi Allah ni.

Ok, sekarang cuaca macam panas, terik sikit kan bila siang hari. Bila panas, rasa macam bahang, tak gittew ? Siapa yang duduk area Penang ni kalau tak rasa semua ni, macam tipu jer, macam tipu jer, haha.

So, sejak2 cuaca begini, aku sudah kembali berkecimpung untuk makan aiskrim. Amboi kau Alyaa, tekak nak hebat saja kan, hekhek. Baru2 ni tetiba ja rasa nak makan aiskrim Magnum. Entahlah tetiba rasa tekak gatal nak makan yang tu, padahal sebelum ni punyalah tak mau makan sebab aiskrim ni kan mahal, haha

Cuba teka aku makan Magnum yang mana ? Yess ! Tepat sekali, MAGNUM Chocolate Brownies, memula sekali aku makan. Rasa not bad lah, sedap jugak. Sebabkan mahal, so aku expect sedaplah kan, kalau tak memang aku dah bising dah serata dunia, haha.



Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepastu, ternampak iklan kat TV pasal Magnum ni, dan barulah tahu perisa ni baru lagi. Patutlah pong. Bagus2, banyakkan lagi perisa ya Magnum, hewhew.

So, malam ni tetiba tekak terasa nak makan Magnum jugak tapi perisa Almond punya. Ewah, kemain kan. Sanggup keluar rumah kejap nak beli aiskrim tadi, haha. Hmm, motif kan taip entry macam ni malam2 ni. Jangan marah nah.

Saja ja nak merepek memalam macam ni. Oklah, babai. Selamat malam, selamat hujung minggu ! :-P



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 20 Februari 2014

Spontan Hari Khamis



Entry spontan yang terbit secara tiba2. Hai semua , assalamualaikum !

Ok, dah 5 hari tak update blog, dan dalam tempoh ni teramatlah sangat sibuk. Ah kau Alya, takpernah nya tak sibuk kan, haha.

Well, currently i'm too busy doing my final editing for final year project's report. Too busy to be exact. Haha. Dah pecutan akhir dah ni sebenarnya, sangat tak sabar nak siapkan, yey !

Oh btw, aku pun tengah sibuk dekat stor doing my manual praktikal tu. Tomorrow dah last day dah kat sana, taktau lah samada dah ready utk viva ke tak, hehe.

Oklah, dah taktau nak taip apa, spontan sangat kan, bubye ! :-P

Selamat malam. Tidur jangan lupa basuh kaki okey? Haha.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 15 Februari 2014

[No Title]

Assalamualaikum, selamat malam

Rasanya macam dah berminggu tak update blog.

Disebabkan kekangan masa, dan juga hari2 yang padat dengan aktiviti, menyebabkan aku hanya mampu tengok saja blog ni dari jauh.

Tapi alhamdulillah, disebalik kesibukan , aku masih lagi mampu tersenyum dan sihat lah juga walaupun batuk, selsema ada menyerang sekejap sekejap.

Dan lagi satu kan, aku ada banyak, banyak sangat benda nak cerita dekat blog ni. Bersusun susun dah entry ni. Tunggu masa nak dilahirkan saja. Haha. Punyalah sibuk hang Alya sampai takdan nak update blog, hehe.

Oh btw, kalau rasa macam nak tahu life aku sekarang macam mana, sibuk buat apa, praktikal macam mana, bolehlah jenguk2 FB aku dengan instagram aku. InsyaAllah, aku aktif dekat dua2 laman sosial ni. Twitter pun sama.

FB : Nurul Alyaa
Instagram / Twitter : cikalyaa



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 1 Februari 2014

Februari . . .

Assalamualaikum, selamat petang.

1 Feb 2014. Apa ? Dah masuk bulan Februari ? Waaa, cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru ja sambut new year haritu, tup2 dah masuk bulan kedua. Allahu, apalah yang dh aku lakukan sepanjang bulan 1 ni, macam sama saja aktiviti aku, huhu

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur. Semoga ada peluang dan ruang untuk sama2 kita bertaubat dari hari ke hari, insyaAllah amin. Dan semoga amalan kita bertambah, bukannya berkurang. Hihi

Korang semua apa khabar? Aku alhamdulillah sihat dan bertambah sihat, hahaha. Tengah bahagia lah katakan. Bahagia sebab dah nak habis praktikal, wehoooooo. Tapi dalam bahagi ada juga deritanya, ecehhh dah macam lagu Hafiz, Bahagiamu Deritaku, hekhek. Deritanya sebab nk kena siapkan report FYP dengan cepatttt. SPV hospital dah nak tengok 10Feb nanti.

Ini pun aku curi2 update blog sambil buat report, muehehehe. Stress kau duk hadap ja report tu. Nasib baiklah bahagian aku suam2 kuku banyak. So kena redah awal2 lah. Lagipun next week aku dah ada program lain, hehe. So macam tak sempat nak buat minggu depan.

Ok, aku dah macam lari tajukkk jeee. Well, nak cerita apa pasal bulan Februari ni ? Hmm, generally aku harap bulan ni akan jadi salah satu bulan yang mampu buatkan aku tersenyum lebih, bukan berduka lebih. Bulan ni juga aku akan kembali ke hospital setelah hampir 2 bulan berbahagia di klinik kesihatan.




Bulan ni jugak dah kena hantaq report FYP dekat pensyarah. Dalam 23 Feb kalau tak silap. Memang rushing jugak sebenaqnya kan, hahaha. Sabaq jelah ya ! Hmm, apa lagi nak merapu ?

Ok, dah2, cukup2 dah merapu. Baik pergi buat report tu cepat ya, lepastu boleh rehat. Hahaha. Bubyeeee.

Btw, thankyou January for being awesome to me, hope February will do the same things to me, really hope so, thanks. Haha




posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM