Memaparkan catatan dengan label sem 6. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sem 6. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Mac 2014

End of Hospital Training

21-03-2014

Officially end of hospital training at Hospital Seberang Jaya. Alhamdulillah ;)

InsyaAllah, will update more on this as soon as possible.

Be ready for the next update ! ;)




posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 20 Mac 2014

Hospital Training Countdown #4




DAY LEFT ! ! !



To be honest, I've waited for this moment, long time ago. Alhamdulillah, that it will come to the end. It's unbelievable since my friends and I can survive within 1 years hospital training. So much good memories to be left behind. InsyaAllah, will end my study on 21.3.2014. May Allah ease everything, amin (: 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 19 Mac 2014

Hospital Training Countdown #3




DAYS LEFT ! ! !

P/s: Currently,  I'm done with my post test at inpatient department. Such a good ending after a lot of effort I've put into. Alhamdulillah. And now, starting to countdown and wait patiently to end my diploma, wiwiwi ~  

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 18 Mac 2014

Hospital Training Countdown #2




DAYS LEFT ! ! ! !

P/s : Currently, busy studying for the last test in last station, inpatient department. Wish me luck, may Allah ease me and my friends, amin ;)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 16 Mac 2014

Hospital Training Countdown #1


DAYS LEFT ! ! !


P/S : Currently busy in editing report final year project which need to be submitted to our leader on Tuesday ;)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 2 Mac 2014

Azam March 2014 . .

Assalamualaikum . . .

Yey ! Alyaa update blog lagi. Satu pencapaian yang bagus, hahaha

Well, ini adalah salah satu azam bulan March aku. Orang kata, bukan tahun baru ja kena ada azam, hari2 pun boleh ada azam. Betui dak ?

So, here it is. Aku akan cuba untuk update blog ni sehari satu entry, paling minimum lah kan. Melainkan aku ada benda nak merepek, mungkin lah akan ada 2, 3 entry dalam satu hari kan. Siapa tahu ? :-P Haha.

Dan moga2, by end of this month, aku akan ada paling kurang 30 entry/ post dari aku. Semoga aku rajin dan bertambah rajin, insyaAllah.

Ok, harini dah hari Ahad. Esok dah start kerja balik. Wuwu, sangat tak merelakan ni. Tapi gagahkan juga sebab dah nak habis internship tak lama lagi, wiwi.



posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 1 Mac 2014

March 2014

Assalamualaikum, selamat malam


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk bulan March 2014. Alhamdulillah, bulan yang sangat dinantikan olehku selama 10bulan ini. Hehehe. 

InsyaAllah, akan habis belajar dan ber internship dalam bulan March 2014 ni. Doa2kan semoga aku berjaya mengharungi semua dugaan dan cabaran yang ada ini, insyaAllah, amin. :)

Ok, dah nak masuk bulan ke 3 dalam tahun 2014 ni, dan aku hanyalah post beberapa entry saja kan. Hah, bukan apa, entry2 yang tertunggak banyak banyak tu nanti aku nak buat time aku dah betul2 cuti. So that time tu banyaklah sikit cerita yang terkeluar dekat blog ni. 

Serius, banyak sangat cerita yang nak sangat aku ceritakan dekat sini. Terlalu banyak cerita, kenangan dan gambar yang ingin berkongsi bersama disini. Aku nak berkongsi di sini, supaya kelak jika aku lupa, blog ini ada untuk aku rewind everything yang pernah berlaku dalam hidup aku walaupun tarikh post entry dengan tarikh sebenar kejadian tak sama.

Lagi satu, aku nak sangat tukar image blog aku ni. Come on la , dah 2014 Alyaa, image blog masih sama saja. *cakap dekat diri sendiri*. Hahaha. Moga aku diberi kesempatan dan ruang untuk berbuat demikian. Ya Allah, tetiba rasa tak sabaq nak bercutiiii, hewhewhew.

Oh, btw insyaAllah aku akan ada presentation di kampus 2 minggu lebih dari sekarang. Tapi sebelum tu, kena ada presentation dengan supervisor dulu, sobsob. Selagi tak habis benda2 presentation ni, tak rasa aman aku, haish. Doakan aku berjaya present hokey ? :P
Gambar kenangan bersama pelatih penolong pegawai farmasi HSJ :')



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 15 Februari 2014

[No Title]

Assalamualaikum, selamat malam

Rasanya macam dah berminggu tak update blog.

Disebabkan kekangan masa, dan juga hari2 yang padat dengan aktiviti, menyebabkan aku hanya mampu tengok saja blog ni dari jauh.

Tapi alhamdulillah, disebalik kesibukan , aku masih lagi mampu tersenyum dan sihat lah juga walaupun batuk, selsema ada menyerang sekejap sekejap.

Dan lagi satu kan, aku ada banyak, banyak sangat benda nak cerita dekat blog ni. Bersusun susun dah entry ni. Tunggu masa nak dilahirkan saja. Haha. Punyalah sibuk hang Alya sampai takdan nak update blog, hehe.

Oh btw, kalau rasa macam nak tahu life aku sekarang macam mana, sibuk buat apa, praktikal macam mana, bolehlah jenguk2 FB aku dengan instagram aku. InsyaAllah, aku aktif dekat dua2 laman sosial ni. Twitter pun sama.

FB : Nurul Alyaa
Instagram / Twitter : cikalyaa



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 22 Januari 2014

Confess. . .

Hai, assalamualaikum selamat malam

Alhamdulillah, masih sihat, masih diberikan kekuatan untuk teruskan kerja.

Ok, harini nak buat entry random pasal confession. Taktau confession tu apa ? Ok, boleh google translate sekarang. Hekhek.

Hah, nak dijadikan ceritanya harini ada visiting lecturer dekat hospital. Jadinya, kami yang dari KK ni pun mintaklah pelepasan untuk turut serta dalam meeting ni.

Dipendekkan cerita, masa lecturer kami dah nak balik, nak pergi HPP pulak kan, tetiba lecturer kesayangan aku, eh, kesayangan ramai ni cakaplah :

"Alyaa, saya nak confess dekat awak ni ".

Aku ni dalam hati, hah sudah apa benda pulak lah sir ni (yes, lecturer aku ni lelaki, sekian) .

"Apa dia sir ?"

"Saya dah baca blog awak, Chubby Itu Menarik"


Zasss, bagai halilintar menyambar muka ! Terkedu baq hang.

Speechless habis. Last last aku senyum saja. Itu ja yang mampu buat masa tu. Member2 yang lain yang tau aku ada blog ni lagi sakan lah gelak2kan aku.

Malu weh, sumpah malu. Aku ni dah lah jenis taip entry yang merapu2. Tak berilmiah langsung. Nak pulak lecturer sendiri yang baca pulak kan, mau tercabut jantung ni.

Masa tu, dalam hati tekad nak delete blog ni. Tapi bila dah sampai rumah ni, rasa macam sayang sesangat nak delete. Biaq sajalah kan. Redha habis, haha.

Nasib baiklah confess time dah habis discussion fyp apa semua, kalau tak aku memang jadi pendiam habis lah kan, takmau tanya apa2 langsung. Malu terlebih orang kata, memang jadi pendiam lah, haha

Dahtu dekat HPP tadi, tak habis2 nak usik saya ya sir. Suka sangat ya sebut pasal blog saya yang nampak hebat tapi hampeh ni, hihi.

Dah la bila kena usik tadi muka blushing macam ngapa lagi. Hekhek. Saya memang pemalu sikit bab2 ni. :)

So, untuk akhiri random post ni,

Kepada sir kesayanganku, (anda tahu siapa anda). Selamat datang ke blog picisan saya. Blog yang penuh dengan kemerapuan yang dahsyat. Blog yang pernah menyimpan 1001cerita pasal diri saya. Maaflah kalau tulisan blog ni pelik2 sangat, hewhew.

Btw, alhamdulillah, selesai visiting lecturer untuk semester terakhir ni. Syukur yang amat sangat walaupun agak tertekan dengan fyp kami.

Selamat malam. !



posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM