Rabu, 25 Disember 2013

Makin bersawang ...

Hai semuaaaa . . .

Hampa semua apa khabaq ? Aku, alhamdulillah, sihat dan makin bertambah SIHATnya. Haha.

Lamanya aku rasa tak hupdate blog ni. Kalau dulu kemain rajin nak hupdate, paling pemalas seminggu satu, paling rajin setiap hari hupdate. Tapi kalini sampai dah berminggu2 aku tak hupdate kan? Kesian blog ni , makin hari makin bersawang. Ye dak ? Haha

Bukannya aku takmau hupdate ataupun takdak idea nak hupdate, tapi aku tersangatlah sibuk dengan aktiviti2 dan kerja aku yang bertimbun yang perlu aku settlekan secepat mungkin.

Dan sekarang ni, pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujung bulan Disember dan juga penghujung tahun 2013. Ya Allah, sekejapnya rasa. Macam2 peristiwa pahit dan manis sepanjang 2013 ni dan alhamdulillah, makin hari rasa diri ini sudah makin dewasa. Hehe

Oklah, rasa macam dah terlebih bebel kat sini kan. Almaklumlah, dah lama tak hupdate, sekali hupdate mula la nak merapu panjang.

Hmm, sebelum tu, praktikal aku alhamdulillah, masih berjalan dengan lancarnya dan bertambah sibuk jugaklah dengan final year project aku. Uhuk3. Hmm, sampai ke harini pun aku still tak publish entry pasal setiap attachment aku kat hospital kan ? Haha. Tak sempat meh, nak edit2 gambar lagi, hehe. Tp akanku cubaa jugak untuk publish suatu masa dan ketika nanti. InsyaAllah, doakan aku rajin yer. :-P

Oh, lagi satu perkara, memandangkan sekarang ni dah hampir ke penghujung tahun 2013, makanya aku nak buat #throwback sikitlah, tapi versi blog punya. Haha. Baru macam stail sikit kan #throwback kat blog. Boleh merapu panjang2 sikit compare dengan kat instagram. Hehe.

So, okaylah, sampai sini dulu. Babai . . .


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM