Jumaat, 27 Disember 2013

Jumaat, 27.12.2013

Hai , selamat malam , assalamualaikum

Harini,
Hari terakhir dua kawan rapatku di KKSJ.

Harini,
Aku jadi agak sebak dan sedih
Kerna bakal berpisah lagi dengan mereka.

Ya,
KKSJ dan HSJ memanglah tidak jauh seperti yang diketahui
Tapi dek masa dan kesibukan, kami tak dapat nak lepak mcm selalu

Farhan dan Nita,
Terimakasih untuk segala tunjuk ajar selama 2 minggu ni.
Sungguh rasa berat hati nak lepaskan kalian berdua ke HSJ semula.
Tapi aku mengerti, kita masing2 punya tanggungjawab utk dilaksanakan.

Farhan, Nita,
Terimakasih kerna sentiasa ada bersama aku bilamana aku perlukan kalian berdua.
Dan sepuluh jari ku susun memohon ampun dan maaf seandainya ada terkasar bahasa, terlebih bicara sepanjang kolaberasi kita di KK selama 2 minggu ini.

Nita,
Minggu depan mesti aku akan rindu bila tengok condo yang kita gigih hias tu. Mesti rindu nak sebut pingping, ponpon bila nak lalu dekat belakang punggung, hehe. Jaga diri kat stor nanti :-D

Farhan,
Lepasni takdak lah orang nak usik2 aku lagi bila aku kat belakang kan. Hmm, satnya rasa 2minggu dengan hampa dua. Sobs

Akhir kata dari diriku yg mood tk berapa stabil :
Selamat kembali ke hospital dan selamat maju jaya sayang2ku ! :-)

Mood : Sebak tak habis lagi, lalu terhasillah post yang tulus ikhlas dari hati ini. Hehe.



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 25 Disember 2013

Makin bersawang ...

Hai semuaaaa . . .

Hampa semua apa khabaq ? Aku, alhamdulillah, sihat dan makin bertambah SIHATnya. Haha.

Lamanya aku rasa tak hupdate blog ni. Kalau dulu kemain rajin nak hupdate, paling pemalas seminggu satu, paling rajin setiap hari hupdate. Tapi kalini sampai dah berminggu2 aku tak hupdate kan? Kesian blog ni , makin hari makin bersawang. Ye dak ? Haha

Bukannya aku takmau hupdate ataupun takdak idea nak hupdate, tapi aku tersangatlah sibuk dengan aktiviti2 dan kerja aku yang bertimbun yang perlu aku settlekan secepat mungkin.

Dan sekarang ni, pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujung bulan Disember dan juga penghujung tahun 2013. Ya Allah, sekejapnya rasa. Macam2 peristiwa pahit dan manis sepanjang 2013 ni dan alhamdulillah, makin hari rasa diri ini sudah makin dewasa. Hehe

Oklah, rasa macam dah terlebih bebel kat sini kan. Almaklumlah, dah lama tak hupdate, sekali hupdate mula la nak merapu panjang.

Hmm, sebelum tu, praktikal aku alhamdulillah, masih berjalan dengan lancarnya dan bertambah sibuk jugaklah dengan final year project aku. Uhuk3. Hmm, sampai ke harini pun aku still tak publish entry pasal setiap attachment aku kat hospital kan ? Haha. Tak sempat meh, nak edit2 gambar lagi, hehe. Tp akanku cubaa jugak untuk publish suatu masa dan ketika nanti. InsyaAllah, doakan aku rajin yer. :-P

Oh, lagi satu perkara, memandangkan sekarang ni dah hampir ke penghujung tahun 2013, makanya aku nak buat #throwback sikitlah, tapi versi blog punya. Haha. Baru macam stail sikit kan #throwback kat blog. Boleh merapu panjang2 sikit compare dengan kat instagram. Hehe.

So, okaylah, sampai sini dulu. Babai . . .


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 1 Disember 2013

Hujung minggu yang sibuk...

Hai semua, assalamualaikum

Apa khabar? Rindu alyaa takkkk ? Sila mengaku rindu cepat, kalau tak, takmau update dah lepasni, hehe. Takdalah, gurau2 saja :)

Alhamdulillah, alyaa sihat, makin sihat ye sebab asyik makan je minggu ni. Almaklumlah, kenduri kendara dah start dah time cuti2 sekolah ni. Jemputan berderet2 sampai ada yang tak sempat pergi. Haha

Minggu ni, masuk minggu ke 3 aku tak lekat kat rumah, atau dalam erti kata lain, aku sibuk. Kiranya macam dari Isnin sampai Jumaat aku kerja membawa ke hujung minggu penuh dengan aktiviti dan berbalik semula Isnin hingga Jumaat aku kerja. Ada sekali tu aku kerja Isnin sampai Ahad. Haha, dahsyat kan.

Dan disebabkan itu juga, kesihatan jadi tak berapa menentu. Dah start rasa tak sedap badan, nak demam, pening2 kepala bagai. Tp alhamdulillah, berada di kalangan keluarga farmasi di hospital, memudahkan aku untuk ambik ubat bila sakit. Takpayah gaduh2 nak pi AnE utk check bagai. Farmasi boleh diagnosis sendiri, haha

So, nak update ni dulu. Nak sambung pi kenduri sat. Babaii. Nah, ambik gambar aku sebagai pengubat rindu, kuikui.



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM