Sabtu, 2 Mac 2013

26 Februari 2013. Perginya orang yg paling aku sayangi menghadap Illahi

Siapa duga, tanggal 26.2.2013 merupakan saat terakhir datuk kesayangan aku, ataupun lebih biasa dipanggil wan. Lebih kurang jam 6.10 pagi, wan menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan chik.

Jantungku bagai direntap tatkala menerima perkhabaran yg satu ini. Bas yg aku naiki utk ulang alik dari main kampus ke kampus Bertam baru sahaja sampai di main entrance kampus Bertam tatkala aku menerima panggilan telefon dari ibuku. Suara sedu sedan ibuku membangkitkan rasa curigaku ditambah dgn suasana bising di kawasan phone ibuku itu. Ya Allah, tatkala perkataan "Akak, wan dah takdak". Hanya Allah saja yg tahu betapa sayunya aku kala itu. Masih dalam sedar tak sedar ketika itu, aku cuba menafikan apa yg aku dengar. Sampaikan kakak aku yg berada nun jauh di KL membalas tweet selamat pagi aku di twitter dgn berita kematian wan, baru aku kembali di alam yg nyata. Ya, wan dah takdak, Alyaa. Wan dah takdak. Dan tanpa dipinta, air mata yg ku tahan sedari tadi, jatuh tumpah ke muka. Cuaca hujan tatkala itu seolah2 memahami perasaan sedih aku masa itu.

Aku cuba utk tenangkan diri bila turun dari bas, lantas memberitahu kawan baikku, Aiman utk masuk ke dewan dulu kerana aku mahu berjumpa dgn pensyarah. Sempat aku sampaikan yg aku tak akan duduki quiz pagi tu. Masa tu, aku masih belum punya kekuatan utk beritahu Aiman hal yg sebenarnya. Smp di blok pensyarah, aku tengok Madam Normi tak sampai lagi, lalu aku pergi ke dewan semula utk jumpa Aiman. Sekali lagi, tanpa dipinta, air mata tumpah buat kali kedua di bahu Aiman. Masa tu memang tak tertahan sangat2. Aku dh tak kesah orang nak nampak atau tak. Aku mmg perlukan seseorang masa tu. Seakan mengerti, erat bahuku Aiman peluk.

Syukur, alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku, ada sahabat yg sudi tumpangkan aku utk pulang ke kampung. Terimakasih Kak Saiyidah, maaf sesangat susahkan akak. Lebih kurang pukul 8.45 aku sampai kampung. Suasana bukan seperti selalu. Sunyi, sepi, hanya alunan Yaasin yg kedengaran.

Aku kuatkan diri utk ke sana..... Walaupun rasa tak mahu kaki ini utk melangkah lagi. Sedih, pilu bercampur baur....

Alhamdulillah, semua cucu2, anak, menantu dapat turut serta tuun ziarah arwah wan. Terima kasih Ya Allah. Sekurang2nya arwah tahu yg ada orang2 di sisinya sewaktu dirinya pergi utk berehat selama2nya.

Lebih kurang 4.30 petang hari yg sama, arwah wan selamat dikebumikan. Tatkala jenazah masuk ke liang lahad, hati ini cukup berat utk melepaskannya pergi. Namun, aku redha. Redha dgn setiap ketentuan Allah. Perginyaa wan kalini, merupakan kehilangan kedua terbesar dlm hidup aku selepas arwah tok sebelah abah menghembus nafasnya yg terakhir 15 Oct dua tahun yg lalu.

Harini dh 2.3.2013. Aku kuatkan juga untuk taip entry ini. Walaupun aku still berhutang nak cerita yg dh basi tu kan. Huhu. InsyaAllah, aku akan taip juga nnt.

Kepada semua, mohon doakan dan sedekahkan al-Fatihah agar arwah wan saya, Hj Mohd Noor bin Zainul dapat tenang di sana. :').

Wan, berehatlah wan. Alyaa tau wan penat sangat. Berehatlah utk selamanya. Cukup sudah amalan utk wan bawa ke sana. Kalau dulu wan pergi sembahyangkan orang mati, alhamdulillah ramai juga datang utk sembahyangkan wan. Terima kasih utk semua.


posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

Ayue Rejaluddin berkata...

Al-Fatihah......
takziah buat kamu sekeluarga...
semoga wan ditempatkan dikalangan insan beriman...
banyyakkan berdoa dan bersabar....

Tanpa Nama berkata...

Al Fatihah...

Takziah kepada Nurul Alyaa Ibrahim...

Kuntilanak Bertam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM