Selasa, 19 Februari 2013

Monday is not a good starting day for me. :-[



Luahan perasaan yg ku lemparkan di FB. Haha. Hai semua, assalamualaikum. Wahhhh, dah mcm pengacara uolls. Haha. So, alhamdulillah masih dipanjangkan umur sehingga ke harini.
Sibuk masih seperti biasa. Selagi bergelar student, sibuk itu sebati sangat. Jd, takperlu nak mengeluh lelebih. Hehe.

Oh, kauuu. Tajuk entry kemain lagi #OhMyEnglish, tp taip entry bahasa ibunda jugak. Kahkah. Lantak ah. Bukan campur pun. Bahagian lain2. ;-) Asalkan orang faham sudeh. Kan3 ?

So, berbalik kepada cerita asal yg nak dikongsikan di sini, iaitu mengenai hari semalam, hari Isnin merupakan hari yg agak teruk bagi aku. Buat pertama kalinya aku pergi Bertam campus dgn kepala yg berat. Sgt berat, sampaikan rasa nak hempuk dengan dinding bas tu pun ada. Taktahan sesangat. Act, malam sebelum tu pun kepala aku dh start sakit, takleh tiduq langsung smp pukul 5.30pg. Hanya dpt 1 jam tidur yg berkualiti. Mmg tambah tingtong ar cerita dia pagi tu. Dan utk pengetahuan, aku rasa caffeine yg triggerkan sakit kepala aku tu. Sb malam tu aku minum 3 tin nescafe sb nak berjaga malam. Sb petang esoknya iaitu petang semalam, aku ada test 2 PHC 223. Mmg pagi tu pasrah sepasrah2nya sb mmg xsempat nak cover habis pun. 9




Ok, nak dipendekkan cerita, sesampai kampus terus rasa nak muntah tu membuak2. Kalau dak, rasa loya tekak ja. So, aku ada gap lebih kurang 40mins sblum pukul 9pg, sb kelas start pukul 9. Dgn penuh tekad, aku membawa diri yg sakit ke Unit Kesihatan Bertam yg hanya selang beberapa bilik dr bilik kuliah aku. Masa sampai tu, tak pikiaq apa dh. Nak ubat, nak ubat. Lembik wa cakap lu. Sb 5,6kali jugak muntah hah. Then, mengadu kat nurse tu, itu lah inilah , masa tu jawap apa yg terlintas ja bila nurse tanya. Sb mmg takleh fokus apa2 dh. Rasa nak pitam woi. Haha.

Lepas cek itu ini, nurse tu suruh rehat kat sickbay sebab dia tengok aku dah lain macam. Berpeluh tapi tangan sejuk.. Zuuupppp ! Dapat katil terus baring walaupun xboleh lelap sangat. Lega sikit masa tu bila kepala sentuh bantal.

Dan alhamdulillah, setelah beberapa jam rehat disana, kepala ansur2 baik, hilang sakitnya. Terima kasih Ya Allah. ;-) Test petang tu macam mana ? Biasalah, tawakal jelah, doa agar dipermudahkan utk ingat apa semua. Tp ya, bila dh sakit, takleh lah expect nak ingat semua benda. Apa2pun, aku dah lakukan yg terbaikkk. ;-) InsyaAllah, adalah hasilnya sikit.

So, harini dah Selasa. Sibuk tu kurang sikit. Tp esok akan naik balik level sibuk tu. Haha. Hmph, nk hupdate yg tu jelah. Lepasni nk update lagi. Yehaaaa. ;-) Bye.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM