Isnin, 29 Oktober 2012

Education UK Exhibition 2012



Event : Education UK exhibition 2012

Date : 3&4 November 2012

Time : 1pm-6pm

Venue : Grand Ballroom, Level 3, KL Convention Centre

Guys, come and join the others in this upcoming Education UK exhibition 2012. Many info and knowledge that you can get in this exhibition. 

It is the chance for those who gonna further their studies abroad especially in UK as you can find, compare and do some research which University is better there for your future.

So, don't miss out ! ^____^


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 28 Oktober 2012

Hilangnya Doa Seorang Ibu. :')


Assalamualaikum dan selamat malam.

Alhamdulillah, bersyukur masih dipanjangkan umur. Okayy, sapa tengok drama Melayu kat TV3 tadi? Untuk yang tercalon dalam Anugerah Skrin taksalah aku. 

Well, pada aku jalan cerita yang menarik. Plot yang cantik. Dan salah satu drama yang sedih jugak bagi aku. Entahlah kenapa, aku rasa drama ni macam ada kait2 sikit dengan kisah hidup aku.

Mungkin sekarang taknampak sebab masing2 muda dan tak berkahwin lagi, tapi masa datang siapa yang tahu kan. Bila masing masing dah berjaya dan kahwin, ada anak-anak, mesti macam macam ragam boleh nampak kan. Huhu.

Masa mula mula tengok dengan abang aku tu, ada jugaklah aku menitis air mata. Part manetah, tak ingat dah. Haha. Sayuu pulak rasa hati malam ni. Nak menangis bagai. Mungkin aku dah lama sangat tak menangis kot. Huhu. *Menangisdalamhatiselalulah*

Nak tahu siapa yang terlibat dalam menjayakan drama ni? Tengok sendirilah ye kat bawah ni. Erm, rasanya nak update yang tu je, aku tau ramai dah pernah tengok drama ni kan. Almaklumlah, aku kan busy di kolej, mane nak nengok TV nya sebelum ni. Haha. 


So, jumpa lagi nanti. Eh, aku ni selalu lupa kan. Haritu kata nak update pasal perancangan cuti semester. Haha. Okey2, nanti aku updatelah ye kawan kawan. Babai ~


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Pulang ke Perak ! ^__^


Yeayyyyyyyyyyyy ! Alhamdulillah. Balik jugak Perak raya haji kalini. Cumanyaa suasana kali ni lain sikit. Sebab arwah tok dah takdak. :'( Rasa sebak dan lain sikit la kan. Tapi, nasib baik ada budak dua orang kat atas tu. Takdelah terasa sangat. Merekalah yang 'menceriakan' keadaan rumah tu. Haha.

Okey, malas update banyak2 sebab balik pun sekejap je. Lepas asar dalam pukul 6 lebih dah balik Penang balik sebab mak nak masak. Kakak nak balik KL dah harini. Fuh, pecah peluh jugak la semalam potong daging, cili, kupas teluq dan lain lain lagi. Ermmm, yang part letihnyaa potong daging tu lah. Menguji kesabaran betul. Haha.

So, itu jelah kot. Nanti update lagi yer. Selamat bercuti lagi bagi yang bercuti macam aku ! Haha. 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

27th October 2012 ! ^_^ Birthdayyy shout out to my dad ! :)


27th October 2012. Birthday shout out to my dad ! Happy Birthdayy to you, my beloved dad ! ;-) May Allah bless you always. And thankyou for all that you've done to us. :-D Sincerely, your daughter


Footnote :-
Praise to Allah for all the nikmat and rezeki that our family gain. May our family unite today, tomorrow and forever. :')




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 27 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha ! ^-^


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kita dah pun selamat merayakan hari raya haji yang pertama semalam kan? Haha. Maaflah tak dapat nak update awal awal dan wish dekat hampa semua. Bukan apa, busyy sikit raya raya macam ni. Sejak sejak aku update yang aku habis final haritu, aku dah tak update kan? Uhuk3. Bukan takmau update apa2, nak sangat sangat. Tapi, ada benda yang menghalang dan juga aku memang sibuk sikit sebab kakak dan abang aku tak dak kat rumah sebelum raya. Jadi, banyak kerja dah jadi tanggungajawab aku. Haha. Kira masa aku update ni, aku kira dah free la jugak. Takdak apa nak fikir lagi dah. Erm, tapikan lepas hari raya haji ni, aku akan jadi bertambah sibuk ! Wuaaaa~ Nak tau kenapa. Nanti aku akan ceritakan di entry yang lain. InsyaAllah. 

Apa apa pun, aku ingin mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA ! 

HAYATI DAN FAHAMILAH ERTI PENGORBANAN YANG SEBENAR AGAR KITA TURUT MERASAINYA. :')

Rasanya, sampai sini dulu update. Almaklumlah, bila dah lama tak menaip, rasa janggal pulak kan. Dah tu, tak tau nak tulis apa lagi. Ngeh3. So, jumpa lagi next entry tentang perancangan cuti semester ini ! :) Babai~



p/s: Gambar ihsan Mr Google. :))




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 23 Oktober 2012

It is over and home sweet home ! :)

Assalamualaikum semuaaa.

Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Final exam dah habis beberapa hari yang lalu, iaitu pada hari Jumaat yang lepas seperti yang diberitahu pada entry yang dulu kan. So, harini dah Selasa kan? Mesti ada tertanya tanya kenapa aku tak update blog lagi kan? *eh, ada ka? haha* Well, kalau tak dak pun, meh nak cerita. Lepas habis paper Sterile petang Jumaat tu, sepatutnya memang nak balik rumah terus, tapi memandangkan roomate dan housmates mintak stay malam tu, jadi terpaksalah akur kan. Haha. Lagipun, esok paginya tu kami akan ada second injection untuk HPV tu. Jadi, better staylah senang cerita kan. Malam tu memang rasa bosan amat dan teramatlah, sebab apa? Yelah, biasanyaa time malam2 cenggitulah kami nak struggle stay up bagai untuk next paper walaupun ada gap 3 hari lagi kan. Haha. Semua tu kenangan yang tak mampu aku lupakan. Stay up bagai nak rak dengan Fatin, studyy sesama, belajar dan faham apatah lagi menghafal. Aishh, rindu pulak tiba2. InsyaAllah harapnya result aku okeylah sem ni. Tak mintak banyak, cukuplah sekadar lulus semua subject dan harap dekanlah. :) InsyaAllah, sama2 doakan. =)

Google#

Okey, nak dijadikan cerita lepas injection, dalam pukul 4 petang lebih mak aku mai ambik aku kat kolej. Masa tu dah rasa lain macam dah. Maksud aku rasa tak sihat lah kan. Mata panas semacam ja. Tapi aku biaqkan dulu. Yelah, mood nak balik tu terlampau2 kot. Muehehe. Lepas tu, sampai2 ja rumah, lepas dah makan makan semua, terus masuk bilik dan baring. Since dalam kereta lagi rasa dh dahi panas, jadi smpai ja teruslah landing kan. Hajat nak tiduq ssat ja, tapi terlajak sampai mana hala dah. Haha. Sejak bangun tu yg badan rasa lemah sangat2. Dan mulalah demam yang agak panas tak berapa nak panas. Ditambah dengan kesan injection HPV tu, bertambahlah lemah aku dibuatnya. Nak angkat tangan pun tak larat. Uhuk3. Jadi sebab tu aku tak dapat nak update blog lepas2 ja sampai rumah. Nak menaip sangat tak larat. Twitter pun terabai time tu. Ngeh3.

Dan sekarang ! Alhamdulillah, dah sihat sikit dah. Sebab tu, nak update jugak walaupun macam dah agak lambat kan nak home sweet home. Muehehe. Dan macam biasa, tiap kali cuti ataupun aku ada di rumah, memang kerja aku ke sana ke mari, hantaq adik, ambik adik, beli makan, beli barang. dan sebagainyaaa. Dah lali dengan diri aku. Walaupun masa mula2 tu rasa malas nak pegang stereng, almaklumlah tangan sakit kan. Tapi, kena kuatkan diri jugak. Sebab jenis aku, aku taksuka habaq kat mak atau abah kata aku sakit or demam. Kalau dah melarat sikit, baru bagitau. Ngeh3.

#Google
Eh, okeylahh. Rasa macam dah panjang sangat aku update ni. Sorry lah ya, nak baca silakan, taknak takpa. Tiada paksaan. Kehkeh. InsyaAllah, tiada aral melintang, aku akan update selalu dan akan aktif balik berblogging selama sebulan aku bercuti ni. ! :) So, jumpa lagi nanti di lain entry. Selamat malam ! 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM