Wednesday, September 25, 2013

Sakit itu ujian.

Assalamualaikum, selamat malam.

Aaaa, sakit datang menyerang aku lagiii. Well, sebenarnya aku memang tak sihat sejak minggu lepas lagi. Asyik demam tak henti2 sampai harini. Tapi, alhamdulillah Allah pinjamkan jugak kekuatan buat aku untuk aku harungi hari2 aku sebelum ni, untuk aku pergi bekerja di hospital.

So, disebabkan dah hampir seminggu aku demam, dan selsema aku pun tak hilang2, aku terpaksa serah diri kat hospital pakar harini. Memang itu jeee pilihan yang aku ada sebab mak aku dah risau takut aku kena infection dekat tempat pembedahan aku harituu. Biasalah, benda ni saling berkaitan antara satu sama lain, sini sakit, sana pun kemungkinan akan sakit. Hihi




Dipendekkan cerita, aku memang lemahhhh sesangat minggu ni. Hari Isnin haritu aku hampir rempuh rumah aku sendiri bila nak park kereta dekat porch kereta, nasib baik sempat sedar diri balik. Semalam pulak aku drive hampir langgaq orang, memang tiap kali lepas balik kerja, terus aku lemah semacam. Dengan sakit hidung, suara macam Awieee , lagilah emosi lain kan. Haha

Harini aku MC. Harapnya dah cukup rehat aku dapat. InsyaAllah, amin. Moga aku terus bersemangat untuk esok dan seterusnyaa. Amin. Btw, doakan aku untuk test viva unit manufact Jumaat nii. Aku tk ready lagi, sobsob :(




posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 comments:

Faris Farina said...

Ya Allah . get well soon :( Rina datang melawat kat blog je mampu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA