Sabtu, 31 Mac 2012

I'm Back!

Assalamualaikum semua..

Wahhhhh... Lamanya tak jenguk blog ni. Seriuslyyyy rindu sangat2. Rasanya dah hampir sebulan kot tak update post kat sini. Hihi.. Biasalah, sebelum ni sibuk sangat dengan final exam. Alhamdulillah, 29 Mac 2012 haritu, Alyaa dah berjaya habiskan paper final exam untuk sem 2 ni. Err, comment untuk final sem ni? Semestinya lagi susah daripada sem 1. Dengan subjek2 yang kebanyakan memerlukan kefahaman dan kehafalan yang tinggi, fuhhh.. cukup menguji keimanan dan kesabaran masa tu. Senang cakap, sapa yang tak tahan, boleh bunuh diri ooo.. Haha.. Ok, soalan kebanyakannya boleh tahan la. Tapi, satu je problem kami kebanyakannnya. Bila dah dalam otak ni penuh dengan maklumat2 yang susah, so bila keluar soalan senang, kami jadi hang @ blur. Betul, benda ni tak tipu. Tanyalah kebanyakan student2 pharmacy part 2 ni. Haha

Oklah, kita tinggalkan kejap cerita pasal final exam tuh. Malas dah nak fikir. Hanya mampu berdoa dan berharap agar dapat result yg baik. Err, dengar kata result akan keluar awal. Eh? Wuawua, takutttt. Ok, abaikan je. Nanti dah dapat result baru kita fikir balik okey? Huhu. Berbalik kepada yang asal, yehaaaa.. I'm Back!!!  Alyaa dah kembali untuk meneruskan kerjanya sebagai blogger sepenuh masa lepas nih. Haha. Nak balas dendam balik lepas dah lama gilerr tak update. Dan rasa macam nak update 4, 5 entri je sehari. Haha. Entah ye ke tidak tuh. Muahaha. Erm.. Alhamdulillah, setakat ni follower masih tak turun tak naik. Yelah kan, dah lama tak blogwalking ni. Asyik jadi silent reader je kekadang tuh. Hihi. So, kepada anda yang terbaca entry ni, ayuh sma2 hulurkan link supaya senang untuk Alyaa blogwalking. Hihi.

So, lastly tahniah kepada adik2 yang dah ambik result SPM 2011 pada 21 Mac yang lalu. Maaflah baru boleh nak ucap sebabnya masa tu memang tengah ada paper untuk final. Hihi. Dan kalau rasa2 tak tau nak further mana, meh masuk Diploma Farmasi. Memang tak akan menyesal. Haha. Kalau nak tau dgn lebih lanjut, boleh selak mana2 entry yg lepas, ada Alyaa ceritakan. Kalau nak lebih-lebih lanjut, tunggu Alyaa post entry baru okeh? Senang adik2 semua nak rujuk. ^__^ Apa2pun, selamat maju jaya untuk adik2 semua. Buat pilihan yang betul supaya tak menyesal di kemudian hari. *nasihatberguna*

Rasanya sampai sini dulu. Dah macam panjang semacam dah ni. Ok, jumpa lagy di entry lainn. (^___^)

p/s: Dah lama tak jenguk blog, tengok2 dah berubah. Nantilah cerita kat entry lain sekali dgn timeline FB tuh. Haha..

Saya blogger Pulau Pinang. :)
Sekian.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM