Sunday, November 13, 2011

Alyaa Suka Doodle FizGraphic. ^-^

Assalamualaikum semua. =)

Erm. Kali ini Alyaa nak kongsikan serba sedikit tentang Doodle Freebies FizGraphic. Sikit je nak cerita sebab rasanya korang semua akan tahu sendiri bila terjah blog FizGraphic ni. Hehe.

Sebelum tu, korang semua perasan tak yang blog ni dah lain sikit kan. Dah macam blog ustazah pilihan pulak.. *haha. perasan jap*. Alhamdulillah, blog ni dah nampak better sikit daripada sebelumnya. Nanti Alyaa akan buat entry lain berkenaan dengan wajah blog baru ni. Hehe. *padahal dah buat sebelum ni*

Okey berbalik pada tajuk, untuk korang semua yang minat sangat dengan doodle yang ada kat blog Alyaa ni, dukacita dimaklumkan yang tu semua bukan Alyaa yang punya. Tapi Doodle Freebies FizGraphic yang punya. Haha. Dia lah yang buat semua doodle yang ada kat blog ni. Alyaa cuma ambik kat dia.. *katapun FREE kan* Haha.. Korang semua patut tengok sendiri la doodle2 yang dibuat oleh FizGraphic ni. Bukan nak kata la, tapi dia ni memang seorang yang kreatif! Alyaa memang salute habis la kat orang-orang yang macam dia ni. Diberi kelebihan oleh Allah dalam bidang-bidang macam ni. *mesti syok kan. huhu*

Doodle ni ada banyak warna dan bermacam-macam gelagat ada. So, jangan malu jangan segan, singgahlah ke sana ye. Memang korang tak akan menyesal punyalah. Haha. Tapi sebelum ambik tu, tinggalkanlah komen dulu ye. Bagitahu yang korang ambik. At least, senang sikit hati tuan punya tu.

OoopS! Dah macam panjang pulak entry ni kan. Tadi kata nak buat sikit je. Haha. Biasalah tu. Bila idea dah mencurah-curah. Haha. Erm.. Sampai sini dulu Alyaa ceritakan pasal doodle-doodle ni. *eh, sejak bila minat, alyaa?.* InsyaAllah, kalau ada kesempatan lagi, Alyaa akan kongsikan lagi.

p/s: Semua doodle yang terdapat dalam sebarang entri mahupun di kawasan blog ini adalah kepunyaan Doodle Freebies FizGraphic melainkan dinyatakan sumbernya. *peace*

Saya blogger Penang. *maaf, terbuka aurat seketika. haha*
Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM