Isnin, 18 Julai 2011

Review Sekali Lagi.. ^-^

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini nak cerita tentang

REVIEW SEKALI LAGI..


Walaupun cerita ini dah lama ditayangkan, namun tengah malam tadi baru Nurul dapat tengok. Huhu.. Tengok dengan mak. Itu pun mak yang ajak tengok CD. Kalau tak, memang Nurul tak tengok la cerita2 mcam ni. Almaklumlah, masa cerita ini keluar, Nurul sedang sibuk di UiTM sana. Haha.. So, masa cuti inilah masa untuk marathon movie. Hehe..

Apa yang boleh Nurul simpulkan dari cerita SEKALI LAGI ini ialah jangan cepat menuduh tanpa usul periksa yang mana Sheila menuduh Arman kejam kerana meninggalkannya disebabkan perempuan lain. Namun, sebenarnya hal yang sebaliknya yang berlaku yang mana Arman disahkan ada penyakit tumor. Selepas pembedahan dilakukan ke atas Arman, Arman menghidap penyakit autisme. Disebabkan itu, sifar Arman tak ubah seperti budak-budak yang mana memerlukan penjagaan rapi oleh ibunya, Puan Suria.

Arman bakal berkahwin dengan Farina, oleh sebab itu, pada suatu hari Arman dibenarkan keluar dari rumah seorang diri kerana ibunya inginkan dirinya berdikari dan Arman telah pergi ke kedai untuk mencuba pakaian pengantin.Selesai mencuba pakaian pengantin, Arman diserang oleh peragut namun diselamatkan oleh seorang budak perempuan, Amy. 

Amy dan Arman menjadi sahabat baik selepas itu kerana sifat Arman yang kebudak-budakan itu dapat menyesuaikan diri dengan Amy. Namun, persahabatan mereka dihalang oleh mama Amy iaitu Sheila. Sheila terpaksa menyara Amy sendirian setelah ditinggalkan suaminya. Haris, yang menjaga Amy sepanjang ketiadaan Sheila ke tempat kerja, menaruh hati kepada Sheila dan ingin melamarnya. Sheila membuat keputusan untuk menerima lamaran itu. 

Tetapi, sesuatu telah berlaku. Kemuncak berlaku apabila Farina berterus terang tentang mama Amy kepada Puan Suria. Berakhirnya cerita apabila Amy menganggap Arman sebagai ayahnya dan Haris sebagai papanya. Amy bahagia kerana mempunyai 2 orang ayah. 

Setakat itu je boleh cerita sebab rasanya ramai yang dah tengok cerita ini. Bosan jugak rasanya kalau cerita benda yang orang ramai dah tengok kan? Haha...

Apa yang Nurul boleh katakan, cerita ini santai je walaupun pada permulaan sedikit confused. Nurul bagi 4 bintang untuk filem ini. Thumbs up untuk krew2 yang buat filem ini.. ^-^

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM