Friday, April 22, 2011

Kekasih Lama Menjelma Kembali..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Last entry sebelum tidur. Hari ini tidur awal sikit dari kebiasaan sebab letih yang teramat sangat. Tadi pergi main bowling dengan family. Alhamdulillah, ada peningkatan sikit dari segi permainan.. Bagus2. Hehehe..

Entri kali ini maybe agak ke'mengada'an sikit. Sorrylah sebab tiba-tiba saja dia datang. Hahahaha.. Sebenarnya,

Kekasih Lama Menjelma Kembali..

Korang tak percaya ke? Jom tengok kat bawah. Tapi, sorry to say that nama dirahsiakan.. Hehehe..


Hahaha.. Tu dia aih.. Dia tegur Nurul kat chat FB. Sebenarnya, Nurul dah lama nak tegur dia tapi macam keberatan sikit. Lagipun segan la pulak rasanya. Tapi, entah macam mana dia boleh tiba-tiba tergerak hati nak tegur Nurul dulu. Mungkin dia rindu kat Nurul kot. Opps! Terlebih sudah.. Hahahha.. Korang jangan fikir yang bukan-bukan k? Nurul dengan dia hanya 'Teman Tapi Mesra". Dia ni merupakan ex-classmate Nurul masa Nurul sekolah menengah kat Penang dulu. Masa tu kalau tak salah masa F2. Dia baru je masuk sekolah tu. 

Nurul kenal dia kejap je. Walaupun kejap, tapi timbul banyak gila kot gosip antara kami berdua. Hahaha. Tapi, jodoh tak panjang sebab Nurul kena tukar sekolah hujung tahun 2007 iaitu masa hujung F2. Last Nurul jumpa dia masa hari akademik sekolah dan lepas tu terus lost contact. Bapak gila sedih la mengenangkan bila terpaksa nak kena tukar sekolah di saat nak exam PMR. *padahal xnak pisah tuu.. Huhu.*

Alhamdulillah, akhirnya Facebook telah menyatukan kami kembali. Itu pun secara tak sengaja Nurul boleh terjumpa FB dia dengan friend list bestfriend Nurul. Mula-mula tu takut salah orang, tapi bila dah lama dan lepas dia tukar profile pic baru betul-betul yakin yang tu adalah dia. So, kira semangat la nak menegur member lama ni, tapi akibat sifat ke'malu'an yang tebal, xjadi nak tegur. Sampailah dia yang tegur Nurul dulu. 

Memang excited gila bila dia mula-mula tegur tadi. Memang tak sangka. Kejap2..Korang tak payah risau antara Nurul dengan dia lagi sebab dia dah berpunya. Dia sendiri telah mengaku dengan Nurul tadi. Dia siap cakap yang hampir setiap malam kena on9 lewat malam sebab awek dia tu duduk luar negara. So, waktu mesti la lain-lain kan? Huhu..

Okeylah. Cukup-cukuplah tu cerita pasal dia. Takut nanti kang korang semua termuntah lak baca entry ni. Hahahaha.. Btw, ini pesanan terakhir dia untuk Nurul sebab makwe dia dah suruh pi tiduq. *dia seorang yg mendengar kata ok? *


p/s: Baiklah awak. Saya akan jaga diri saya sebaik mungkin. Semoga awak dan dia kekal hingga ke jinjang pelamin. Doakan supaya saya dapat jodoh yang baik selepas ni. Huhu.. 

Ingat pesan saya, 

Once we're friend, till death we're friend. 

Sekian..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 comments:

Aqilah Nur said...

bagus.jgn dendam pd sapa2. trima dia seadanya dan cuba berkawan dgn dia baik2. :)

srikandi cinta said...

wahh, hot issue nih! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM