Friday, April 29, 2011

Halia Bantu Atasi Hidung Tersumbat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Update blog dalam keadaan yang lemah badan ni sebab sedang hadapi selsema yang agak teruk. Huhu.. Sakitnya hidung tak payah kata la. Habis tisu-tisu di rumah ni digunakan untuk membersihkan hingusan-hingusan yang keluar. Hehe.. Sorry la, bunyi macam kotor je kan.

Tapi, itulah realiti yang dihadapi oleh semua orang kalau selsema menyerang kita kan? Lagipun, rasannya macam dah musim pulak selsema ni. Ramai la jugak kawan-kawan Nurul yang selsema. Owh! Nampaknya Nurul dah melalut terlebih pulak. Sebenarnya, kali ni Nurul nak kongsikan sesuatu berkenaan dengan selsema jugak. Huhu..

Untuk pengetahuan korang, banyak cara yang ada untuk mengatasi hidung tersumbat. Antara cara untuk mengatasi hidung tersumbat ialah:

Minum Banyak Air

Minum banyak air sebenarnya penting untuk menjaga cairan di dalam tubuh agar keadaan hidung kekal lembap bagi membantunya lebih kebal terhadap jangkitan.

Cari Tempat Hangat

Seboleh-bolehnya jauhi tempat berhawa dingin kerana ia akan memburukkan keadaan hidung tersumbat anda. Hidung yang tersumbat teruk menyebabkan kepala semakin sakit.

Ambil Vitamin C

Banyakkan pengambilan vitamin C. Tidak semestinya pil-pil, tetapi boleh dapatkannya secara semulajadi dengan menikmati makanan seperti limau dan buah strawberi.

Kunyah Halia


Jangan pandang rendah pada halia. Rasanya pedas dan berangin tetapi inilah yang dapat membantu anda untuk mengurangi hidung tersumbat. Makan tiga potong atau hirisan halia setiap hari ketika kita dijangkiti selesema. Ia efektif secara semulajadi untuk mengurangi gejala hidung tersumbat.

Keluarkan hingus

Membuang hingus seperti yang dilakukan Nurul juga membantu, tetapi perlu ada caranya. Jangan memaksa hingus untuk keluar dengan cara menghembus dengan kuat. Hembuskan nafas melalui hidung secara perlahan. Cuba agar tidak meyedut kembali hingus anda.

Sekian.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 comments:

syazwanizul said...

thanks for sharing. waktu dijangkiti selesema mmg tension.tp,itukan hanya ujian kecil. neway,info ni mmg membantu.again,thanks ^ ^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM