Selasa, 14 Januari 2014

Salam Maulidur Rasul . .



Salam Maulidur Rasul buat semua dari aku dan keluarga.

Semoga kita lebih menghayati dan memahami sunnah oleh baginda Rasulullah S.A.W. InsyaAllah.

Dan semoga kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di hari keputeraan baginda dan juga hari hari yang lain.

Allahumasolli 'alasaiyidinamuhammad :)


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 13 Januari 2014

Sibuk kembali . . .

Hai, assalamualaikum selamat malam

Harini dah masuk minggu 3 dalam bulan Januari 2014. Dan buat julung kalinya, aku rasa entry pembukaan tahun untuk tahun ni adalah paling sikit sekali, haha

Almaklumlah, sekarang ni aku dah jadi pelajar tahun akhir Diploma Farmasi. Jadinya macam a bit difficult lah nak update blog dan cerita macam2 perkara kan. Melainkan kalau aku update guna Samsung Galaxy Tab macam ni. Senang jugak lah nak update dan bercerita. Sebab takpayah nak hadap laptop lelama sangat, hikhik

Oleh itu, (amboiii, skemanya), aku ingat nak hupdate pakai Samsung Galaxy Tab ni saja sepanjang kesibukan aku untuk beberapa minggu ini. Sekurang2nya tak adalah bersawang sangat blog terchinta ini. Hmm, aku perasan sejak2 masuk tahun baru ni memang aku susah sikit nak hupdate cerita, padahal cerita sangat banyak nak diceritakan. Hehe. Iolls sangat aktif bersosial hokey, haha. (Dalam erti kata lain, join aktiviti sana sini lah, hihi).

Ok, aku ni macam dah jauh menyimpang hah. Sebenarnya nak bagitau yang sekarang ni aku tengah sibuk, sibuk memikirkan pasal final year project kami yang masih taktahu kemana penghujungnya. Haha. Analisis data baru siap saja. Mujurlah ada teammates yang banyak membantu. Lepasni nak discuss pasal discussion pulak. Phewww, banyakkkk sungguh kerja, haha.

So, okaylah malas nak berleter panjang2 sebab iolls nak kumpul gambar dalam satu tempat, nak edit dan nakkkk hupdateee entry banyak2 nanti, hekhek. Sebelum tu, nah ambikkk gambaqq iolls sekeping ! Hikhik


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 2 Januari 2014

Selamat tahun baru 2014.

Assalamualaikum selamat pagi 2014.

Alhamdulillah, rasanya masih belum terlambat buat aku untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua.

Terima kasih 2013 untuk segala memori indah yang terlakar dan juga untuk segala duka yang pernah ada. Sungguh, 2013 banyak membawa kisah2 suka dan lara untuk aku bawa hingga akhir hayat ini.

Tahun 2013 juga banyak mengajar aku tentang aspek2 dalam hidup, mengajar aku untuk mengenali dunia sebenar di luar sana. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerna Kau masih izinkan aku untuk terus bernafas di bumiMu ini. Syukur.



01012014, hari Rabu. Seharian aku hanya berehat di rumah akibat tidak sihat. Haha. Tapi menjengah ke petang, aku sudah kembali pulih. Hehe. Dah nama cuti kan, badan ni memang senang ja nak sakit2. Mindset cuti sangatt niii. Ish3.

Haha, aku akhiri 01012014 dengan dinner awal dengan Kak Sakinah, dan Ika - mereka yang sentiasa ada time aku sedih dan gembira. ;-)
[tapi mereka susah nak detect bila masa aku sedih, hehe] Terimakasih utk segalanya, selamat tahun baru 2014 !




P/s : Azam tahun baru hampa semua macam mana ? Aku still azam yang sama dari tahun2 lepas, harap2 tahun ni tercapai, hikhik.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM