Selasa, 3 Januari 2012

Sabar itu Penting!

Hai semua. Assalamualaikum.

Ok, harini Alyaa dah pun start kuliah di UiTM. Rutin harian kembali seperti biasa. So, badan kena terima apa saja cabaran lepas ni. Huhu. Itulah yg terjadi tiap kali balik dari cuti. Badan rasa lain. Ermm.. Pergi kelas harini rasa macam jdi angkasawan. Sebabnya kaki sakit. Dua2 belah pulak tu tahan jelah. Nasib baik bumi ada graviti. Haha.

Kelas harini jalan macam biasa. Cumaa sedih sikit lepas dapat markah test dengan quiz tadi. Kena usaha lebih lagi. Yang seronoknya, dpt jumpa kawan2 lepas seminggu cuti. Hehe. Rindu pulak rasa. Dan alhamdulillah, 1 assignment dah siap dgn jayanya. Tunggu nak submit je. Tapi, yg masih menanti ada 2 assignment grouping. Argh.. Banyak2. Siap kena buat poster lagi. Huhu. Sabar je Alyaa..

InsyaAllah, harapnya tak lama lagi siaplah assignment grouping ni. Dahla Nak kena fokus study lagii. Dugaan2. Ya Allah, permudahkan lah urusan hambaMu ini. Aminn..

Sekian..

Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 2 Januari 2012

Permulaan Tahun Baru yang Baik. ^-^

Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah, akhirnya julung2 kalinya satu family gathering berjaya dilaksanakan oleh MakSu Ila setelah beberapa halangan yang berlaku. Acara utama dalam family gathering kali ini ialah bermain bowling. Pada asalnya, hanya tujuan untuk main suka-suka sahaja sebab family member yang lain tak pernah main bowling kan. Tapi alih-alih masa main sponsor datang ada satu hamper dan beberapa hadiah chocolate. Haha. Apa lagii, semua pakat dok aim hadiah tu. Hehe.

Kami main dua game dan kami dipecahkan kepada 4 group dan setiap group ada 4 orang. Permainan berjalan lancar. Namun, masa game 1 Alyaa kalah dengan abah. Beza 3 mata je.. Sabar je lah. Dan alhamdulillah, masa game 2 Alyaa menang keseluruhan game. Akhirnya, dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan. Best sangat2 dan group Alyaa menang hamper besar sebab antara group yang paling banyak score. Hehe. Rezeki2. Yang bestnyaaa lagi, Alyaa dapat satu lagi hadiah yang diluar jangkaan. Hadiah ape? Jeng2. Teruskan baca okeyh? ^^

Game tamat lebih kurang 3 jam lepastu. Lepas habis game, kami semua pergi makan ramai-ramai dekat Ikan Bakar. Makanannya boleh tahan but quite expensive. Seriusly, terkejut dengar harga yang dibayar. Tapi, nasib baik orang belanja. Haha. Kami sembahyang Maghrib dekat Hotel Park Avenue. Dan selesai solat kami pi ambik hadiah. Yeay! Seronok. ^-^


Family Gathering~~
Okay, sekarang jom tengok hadiah apa yang Alyaa dapat dan rasanya ini merupakan hadiah yang paling bermakna di permulaan tahun baru. ^-^

Hadiah Set Bowling.. *maaf gambar kecik*

So, amacam hadiah Alyaa? Sempoi kan. Hehe. Dah mengidam lama ni. Finally, masa new year 2012 jugak dapat. Alhamdulillah. 

Okeylah, rasanya dah merapu banyak sangat ni. Tibalah masa untuk berehat sebab esok dah kena balik UiTM dah~~ Wuawua~ Tak sanggup rasanya. Huhu. 

p/s: Hope dapat gather lagi next time. Thanks to Maksu Ila. ^-^

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 1 Januari 2012

Jom Tambah Follower Awal Tahun 2012

Assalamualaikum semua. 

Selamat Tahun Baru 2012 Alyaa ucapkan. Btw, Ini merupakan first entry Alyaa dalam bulan Januari tahun 2012. Ok, tiba-tiba terasa macam nak join satu segmen ni. Alyaa terjumpa segmen ni masa tengah blogwalking tadi. Segmen yang Alyaa nak join ni namanya Jom Tambah Follower Awal Tahun 2012.


Okay, sebagai permulaan Alyaa target follower Alyaa untuk naik sebanyak 650. Itu target awal sebabnya bukan senang orang nak follow blog kita kan. Yelah, blog tak glamour memang susah sikit nak bandingkan blog yang dah glamour. So, kepada anda semua jangan segan silu untuk follow Alyaa. ^-^

Kepada sesiapa yang nak join, dipersilakan. Tarikh tutup segmen ini ialah pada 1Januari 2012 pada pukul 11 pagi.  Jadi, ayuhlah sama-sama kita tingkatkan bilangan follower kita! 

Sekian.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM