Rabu, 4 Mei 2011

Tahniah Buat Zed Zaidi dan Nelly Natalia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya masih belum terlambat untuk Nurul ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada jejakan idaman Malaya iaitu Zed Zaidi dan pasangannya Nelly Natalia di atas perkahwinannya mereka baru-baru ni.


Credit to Google

Zed Zaidi dan Nelly Natalia selamat disatukan pada 29 April 2011 yang lalu. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu diucapkan kepada mereka berdua.

Semoga rezeki Zed Zaidi lebih melimpah ruah lepas berkahwin ini. Diharapkan perkahwinan Zed Zaidi dan Nelly Natalia kekal hingga akhir hayat.

Rasanya semua dah tahu yang  mereka berdua ni kenal di Facebook. Disebabkan itu, kad kahwin mereka bertemakan Facebook. Sangat kreatif tuu.. I like!!! ^-^


Credit to Google..

Ucapan Nurul buat mereka:

Kepada Zed Zaidi, semoga menjadi seorang suami yang baik, ayah yang penyayang, ketua keluarga yang adil dan saksama.

Dan kepada Nelly Natalia, semoga dapat jadi isteri yang solehah dan dapat melahirkan baby-baby yang comel serta menjadi ibu yang penyayang.

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 3 Mei 2011

...Sorry Semua...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

...Sorry Semua...


Credit to Google

Pagi ini Nurul nak mintak maaf kat semua sebab dah lama tak post entry-entry baru. Nurul sangat-sangat sibuk sejak masuk bulan Mei ni. Tambah-tambah baru-baru ni mak dengan abah cuti 3 hari terus, so ambik peluang pergi jalan-jalan la. Lagipun, abang Nurul yang belajar kat Penang tu sampai kat Batu Pahat pagi semalam. So, mak dengan abah ajak pergi Melaka. Fuh, letih sangat kot. Jalan merata kat Melaka tuu.. Ni pun tak cukup rehat lagi ni.

Sehari sebelum pergi Melaka lak, pergi berlatih bowling. Nak tournament tak lama lagi. Memang letih. Balik dari main bowling, terus tidur. Balik dari Melaka semalam pun terus tidur. Sangat-sangat letih + penat + tak larat = nak tidur lagiiii... =p Masa main bowling tu, memang dugaan betul laaa. Sampai corak permainan pun dah jadi perlahan. Erm.. Lepas ini kena berlatih lagi laaa.. Susah kot nak score 120++ untuk satu game. Takpe2, Nurul akan berusaha lagi untuk kali ni. Korang semua doakanlah Nurul berjaya dalam tournament ni ok? Hehe..

Lagi satu, tak lama lagi pulak, Nurul akan masuk belajar. So, kena buat banyak persediaan.Namun, Nurul akan cuba untuk update blog ni sebaik mungkin. Hope Nurul tak abaikan blog ni terlalu lama. Dan kepada korang yang baca blog ni, doakan Nurul dapat buat pilihan yang terbaik untuk sambung belajar yer? ^-^..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 1 Mei 2011

"SAYA NAK JADI BLOGLIST SIMANIS-CADBURYLADY"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Update sepantas kilat ni sebab lepas solat Zohor nanti, nak antar adik pergi tuisyen dan nak pergi SHOPPING!

Hehe.. Nak ikut tak? Datanglah Batu Pahat, Johor.. Hihi.. Gurau jep! ^-^

Okey, kali ni Nurul nak join satu segmen lak. Rasanya dijemput oleh tuan penganjur sebab beliau ada tinggalkan link di shoutmix sebentar tadi. Tapi, kalau tak jemput pun, Nurul nak join jugak. Boleh kan? Huhu..

Jom kita teruskan dengan syarat-syaratnya. Nurul tak akan nyatakan di sini. Korang tengoklah sendiri di SINI



Kena tag rakan-rakan blogger. Oke, kali ni Nurul tak nak tag. Cuma kepada sesiapa yang baca entry ni, Nurul harap korang join la yer. Ataupun, nanti Nurul akan tag secara random je kat FB yer. Senang.. ^-^

Sekian..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM