Memaparkan catatan dengan label pantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantang. Papar semua catatan

Khamis, 23 Mei 2013

Bila mengidam . . .

Assalamualaikum dan selamat petang.

Okay, bila kita dah buat entry berpantang, mesti ada entry mengidam pulak kan. Haha. Takleh blah ayat. Macam orang mengandung pulak.

Actually, bukan aku yang mengidam kali ni. Tapi kakak aku. Dia yang mengidam nak makan nasi kerabu dekat pasar malam tu. Dari minggu lepas lagi. Tapi minggu ni baru dapat makan. Minggu lepas pergi tapi dah habis. Kecewa benar dia. Haha.




Dah alang2 dia makan, aku pun tumpang lah sekaki. Lama tak makan nasi kerabu ni. Nasiblah nasi kerabu ni lauk ikan kan. Tak adalah pening2 nak cari lauk lain kat aku. Haha. Alhamdulillah, kenyang makan sebungkus semalam.

Hah, korang ada tak benda yang korang mengidam kan ? Tipulah kalau tak da. Aku ni boleh dikatakan hari2 mengidam. Muehehe. Oklah, bye.




posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 19 Mei 2013

Itu rezeki namanyaa . . .

Yeayy ! Lebih kurang 30 minit lepas aku publishkan entry 2minggu berpantang tu, tibalah masa untuk aku makan malam dan makan ubat, sebab mak aku baru balik dari beli barang tadi.

Baru tadi aku kata aku teringin nak makan memacam kan, alhamdulillah dapat juga makan sesuatu yang tak terfikir pun dapat makan time sesakit ni. Haha.




Rezeki, rezeki. Dapat makan Pizza Hut. Terima kasih ya Allah. Bersyukur. :) Walaupun ada 4 slice ja, tapi aku rasa best sangat3. Kenyang perut dakuuu. Hehe.



posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 minggu berpantang . . .

Assalamualaikum, selamat malam

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik hampir 2minggu lebih dah aku berpantang. Berpantang demi kesihatan aku. Bukan berpantang orang mengandung, tapi berpantang orang lepas operation. Semuanya berjalan dengan baik sebab setiap makanan aku semua mak yang sediakan.

Tapi kan, jenis yang macam aku ni yang cepat bosan bila pantang, nafsu untuk langgar pantang tu tinggi mencacak tapi aku tahankan juga lah. Cumanya dalam minggu ni, ada juga 2,3 kali yang lubang2 sikit pantang tu. Hehe. Ala, minum ais je pun. Teringin tengok. Haha

So, apa yang aku kena pantang ? Disebabkan aku operation telinga , makanya antara benda yang kena pantang ialah ayam, daging, telur dan segala mak nenek seafood punya makanan dan juga air ais. Nampak simple tapi remeh juga nak pilih nak makan apa. Last2 lauk yang aku makan hampir sama je start dari aku dari dalam wad sampai keluar iaitu IKAN ! Haha. Terpaksa der wa cakap lu. Tapi ialah demi kesihatan aku jugak, ye idok ?






Satu makanan dari hospital, satu makanan masa di rumah. Tengok ? Kan aku cakap sama ja lauk yang aku makan. Hehe. Syukurlah dapat makan kan kan kan ? :P




Hah, kat atas ni antara makanan mewah yang aku dapat kat hospital dulu. Mewah sebab nampak macam wow ! je kan. Haha. Sedap jugaklah makanan ni. Fish n chips rasanya. Entahlah.

Hmm, aku time2 sekarang dok menaip ni rasa macam teringinnnn sesangat nak makan benda2 lain. Aish, nafsu nafsu. Tinggi bebenor. Sabor2 la yop. Tunggu sihat baru boleh makan2 ni. (satu keluarga aku guna ayat ni bila aku mengadu teringin). Haha. But after all, mereka semua sayangkan aku, taknak aku langgar pantang2 ni takut memudaratkan kesihatan aku. Nanti kang aku jugakk yang sakit. :)

Kepada semua, sama2lah doakan agar aku cepat sembuh dan boleh teruskan kerja harian macam biasaaa. Banyak dah ni kerja aku tertangguh bila sakit ni. Takpelah, itu tanda Allah sayang kan. :) Esok ada appointment lagi, semoga aku baik2 saja. :D





posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM