Sabtu, 9 Julai 2022

Trip to Pulau Pangkor !

Hai, Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaa

Kembali lagi kita dalam entry baru di bulan yang baruuu haha. Sementara tengah ada mood dan semangat nak update blog ni, baik aku teruskan menaip. Nanti kang dah mula sibukk balik mula lahhh aku rasa malas nak update eh haha. Rindunyaaa nak update entry banyak2 dekat sini dan aku ada quite a long list of entry untuk nak menaip dekat sini. Harap sangat dapat update semua entry yang aku dah plan nak taip tu dekat sini, inshaAllah aku cuba  teruskan niat tu nanti haha. Kisah throwback pun throwback lah janji dapat update entry dekat sini ehek. 

Ok, tanpa berlengah lagi ayuh ke tajuk yang sebenarnyaaaa hihi. Alhamdulillah, baru baru ni aku berpeluang untuk jejakkan kaki ke Pulau Pangkor bersama dengan keluarga akuuu. Dah lama sebenarnyaaa Ayah aku dok sebut nak ke Pulau Pangkor ni, tapi disebabkan aku agak sibuk dengan belajar, tugasan dan sebagainyaaa maka tertangguh la segala niat dan nawaituu ituu. Tapi adalah sekali tuuu masa aku dekat Puncak Alam, ayah aku dengan kakak akuuu pergi jugak sat ke sana bawak Maklang, Maksu dan sepupu aku dua orang tapi depa pi balik hari sajaa tak jalan mana pun pusing2 dekat kompleks jual beli area jeti saja. Jadi, aku niat kali ni biar jadi jugak plan nak tidur dekat Pulau Pangkor ni bolehlah explore pantai2 dan aktiviti yang boleh dibuat masa dekat sana. 


Aku ke sana hari Ahad dan Isnin. Tidur untuk satu malam saja dekat Pulau Pangkor, sebab hari Sabtuuu tuu Ayah aku ada jumpa adik beradik dekat Manjung, jadinya dah kebetulan ke sana, aku usahakan jugak nak lajak ke Pulau Pangkor hihi. Kebetulan pulak aku baru saja kan habiskan semester 2 harituu jadinyaaa kira macam End of Semester (EoS) trip laaa haha. Aku bersyukur berjayaaa jugakk jayakannn trip kalini walaupun singkat tapi penuh dengan aktiviti hihi. 

Disebabkan macam agak random nak ke Pulau Pangkor ni, makanya aku hanya book tempat tidur saja yang lain semua beli masa hari kejadian haha. Macam tiket feri, ikutkan boleh beli online tapi aku pi dekat kaunter baru beli tiket. Kami naik dekat Marina jetty, sebab dah kebetulan dekat dengan tempat tidur kami malam Sabtu tuu. Lagipun, Marina jetty ni dekat sikit nak ke Pulau Pangkor, plus minus dalam 10-15 minit ja perjalanan dalam feri. Tiket hala pi dan balik adalah RM14 untuk harga dewasa, tiket balik tu kena simpan elok2 memang akan diberikan semasa kita nakpi ke Pangkor nanti. Dan kena estimate jugak masa nak balik tu pukul berapa sebab dah kena isi masa sesiap masa nak beli tiket pi Pangkor tu. Btw, tuuu harga tiket masa aku pi Pulau Pangkor bulan Jun haritu (hujung bulan). Sekarang dah ada harga baru untuk tiket feri ke Pulau Pangkor dari Marina jetty, perjalanan sehala RM 10, kiranya pi dan balik dalam RM20 (phew, banyak jugak naik yeee huu).

Masa sampai dekat Pulau Pangkor tuuu, rasa kagum sangat sebab cantiknyaaaa pemandangan dekat sini 😭❤️ Tengok sajaaa gambar awal tuuu, masa tuu baru dekat jeti jaaa tauu dah cantik begituuu haha sorry sis sangat kagum dengan kecantikan pemandangan dekat sanaaaa haha. So, tiket aku tengahari dalam pukul 12.15pm macam tu sebab tu ja waktu paling awal yang ada masa kami sampai dalam pukul 10 lebih gitu tapi ok jaaa kami tunggu tak rasa lama sangat pun huhahuha tup2 dah beratur masuk feri hihi. Untuk sesapa yang nak naik dekat Marina jetty tu dah boleh ushar dulu waktu perjalanan feri ke Pulau Pangkor, dalam FB depa ada tak silap akuu. Macam aku, sebab awalnyaa macam takmau rush2 pepagi tu jadinya Ayah aku kata rilek2 jaa kita pi kalini, maka ku turuti begituu. Sat ja dalam pukul 15 minit perjalanan dalam feri tu terus sampai Pulau Pangkor. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, dapat tempat duduk semua. Haha, aku baru tau rupanya walaupun dah beli tiket yang ada no seat tapi bila dah naik dalam feri tu, semuanya jadi free seating, boleh saja nak duduk dekat mana2 seat yang ada. 


Sampai saja jeti, terus cari kereta sewa sebab nak pi check-in tempat penginapan.  Bab kereta sewa ni macam sedih sikit la aku nak cerita haha sebab rasa macam kena scam tapi takpelah benda dah jadi kan, kita kena enjoy sajalah hahaha. Yang penting semua selamat masa tuu ahaha. Tips aku kalau boleh, order kereta online awal sikit sebelum sampai ke sana, kalau macam nak random jugak, kena pilih bebetul kereta masa tuu. Nasib baik kami tak guna sangat kereta dekat sana sebab tempat penginapan kami dekat saja untuk jalan2 dan ke pantai. Lepastu rasa macam membazir isi minyak sampai RM30 (sebab orang tu suruh isi banyak tu) haha takpe lah lesson learned gituuu ðŸĪŠ 

Aku pilih untuk stay dekat Anjungan Beach Resort dekat kawasan Teluk Nipah setelah membaca segala review dan pengalaman orang di kebanyakan tempat penginapan dekat kawasan Pulau Pangkor ni. Overall, aku berpuas hati terutama kawasan dia yang agak strategik di mana dari situ hang boleh berjalan kaki saja menyusuri kedai kedai di tepi jalan dekat kawasan Teluk Nipah tuu dan juga dapat terus ke pantai dia. Jadi tak gaduh nak guna kereta apa semua. Nak makan pun, ada kedai kedai berdekatan situ jugak kalau malas nak keluar ke pekan. Plus point, dia ada swimming pool yang bagi akuu best dan besar, ramai orang boleh gunaa dan tak dalam sangat haha sesuai lah untuk orang yang water confident dia agak kurang hihi. Aku seronok sebab semua orang happy termasuk Ayah aku semua seronok dapat main pool sebab rasa macam lama sangat tak main pool kan, jadi bagi aku worth the money lah. Bilik dia pun bagi aku okay cumanyaaaaaa dia punya aircond macam tak berfungsi sangat sebab rasa panasss bethol yaaa bila masuk bilik tuuu tapi bila tidur malam takda lah rasa panas sangat sebab malam kan, tapi kalau siang hari memang berpeluh. Aku ambik family room sebab kami ada 4 orang jadi dapatlah family room dekat tingkat 1, kena panjat tangga sikit. Bagi yang ada orang tua aku nasihatkan mintak bilik bawah kalau boleh masa book bilik tuuu. Bilik aku bila masuk akan ada tangga lagi, style bilik ada dua tingkat, dekat bawah katil queen dan tandas serta balkoni kemudian naik tangga ada dua single beds serta ada cermin la untuk tengok view luar haha. 



Bila dah sampai dekat jeti, dah ambik kereta sewa, kami singgah makan dulu dekat area jeti tu jugak, makan goreng2 saja untuk nak lapik perut waktu tengahari sementara nak check in dekat Anjungan. Bila dah check in, rehat rehat dulu, semayang apa semuaa kemudian terus turun mandi kolam, sebabnya waktu pi agak limited kan jadi tak leh leka sangat haha. Sebelum mandi kolam tuuu kami pi jalan keluar dulu ke kedai2 tepi jalan sambil cari apa benda yang boleh dimakan an diminum haha. Waktu jalan2 petang ni lah datangnyaaa idea tetiba kakak akuuu nak main aktiviti naik bot pusing kawasan dan juga snorkelling. Haha agak cemas yaaa sebab tak bawak barang sangat pun datang harituu haha. Lepas berbincang dan tengok harga apa semua kami pun setuju ja ambik trip awal pagi esoknyaa haha waktu tu rasa lega jugak ambik tiket balik Marina pukul 345pm hihi sempatlah slot in mana2 aktiviti yang sempat haha. Otw balik nak mandi kolam tu sempatlah shopping sikit barang2 nak bawak ke snorkelling esok nya tuuu macam beg kalis air untuk letak barang dan jugak waterproof case untuk phone adik dengan kakak aku lepastuuu beli selipar yang macam stoking tuuu fuhhh function yaa stoking tuuu walaupun harga agak keras haha. Tapi sayang sempat pakai sekali jaaa sebab time snorkelling tu dah terkoyak rabak kasut tuuu huu, ok lah janji dapat protect kaki masa kena batu2 tajam bawah air tuuu haha. 


Lewat petang sikit, kami pi tengok sunset dekat pantai situ, Pantai Teluk Nipah. Sebab Ayah aku mintak nak tengok sunset bila sampai Pulau Pangkor harituu, jadi kita turuti hihi. Alhamdulillah ada rezeki tengok sunset masa tuuu walaupun nampak macam nak hujan jaa masa kami main kolam tu. Tercapai la cita cita Ayah aku nak tengok sunset selepas kami kecewa tak dapat tengok dekat Pulau Langkawi haha. Cantik sangat sunset masa tuuuuuu, sampai sekarang tengok gambar balik rasa macam tak percaya tengok depan mata haha luls. Aku dengan adik aku pun sempat lah buat kerja gilaaa, mandi laut waktu Ayah aku menikmati sunset petang tuu haha. Seronok wehh mandi pantai situuuu 😭 



Lepas mandi pantai dan tengok sunset apa semua tu, kami terus makan malam sesiap dekat gerai2 tepi jalan yang berdekatan dengan Anjungan ni. Banyak jaa gerai yang hampa boleh pilih dekat area situuu, hati hati pilih dan pastikan ada duit cash yang cukup dekat tangan tauuu haha. Dekat Pangkor ni susah nak guna cashless transaction, lesson learned jugak dekat sini hahaha padahal beringat dah nak keluarkan duit sebelum ke Pangkor ni. Tapi jimat lah sebab takleh shopping sangat hihi. 





Dipendekkan cerita, keesokan pagi nyaaa, bersiap sedia lah kami untuk buat aktiviti pantai. Malam tu tidur lena juga lah memasing sebab dah penat kann haha. Dekat Anjungan ni, bilik harga sekali dengan sarapan pagi. Makanan pulak untuk main course kena pilih menu sesiap dan akan dihantar ke meja bila turun makan sarapan dan yang ala carte boleh makan secara buffet ambik sendiri jee. Bagi aku, ok lah pilihan makanan dia, tak boleh nak expect lebih  lah kan kita bayar pun yang sewajarnyaa tambah pulak lepastu nak buat aktiviti kan tak boleh nak makan banyak sangat haha. Masa check-in awal tu aku pilih nak breakfast dalam pukul 8.30 pagi jee malas lah nak makan awal2 kann sekali bila dah book nak naik bot tuuu kenalah awalkan sesi sarapan ke pukul 7.30 pagi haha. Alhamdulillah, syukur jugak perut bagi kerjasama haritu. ðŸĪĢ





Dalam pukul 8.30 pagi macam tu aku dengan family aku berkumpul dekat centre point dia dan buat bayaran penuh. Nasib baik boleh transfer online tauu kalau tak memang tak jadi lah plan nak naik bot untuk pusing pulau dan snorkelling ni haha. Alhamdulillah, kami sampai awal jadi masa memula tuu driver boat tu kata hantaq pi snorkelling duluuu baru bawak pusing kawasan sebab dia kata nanti ayaq surut dah jadi tak best pulak nak snorkelling, maka kami turutkan sajaaa. Kami sampai tempat snorkelling tu kiranya jadi orang kedua sebab first yang sampai trip yang ada dua orang perempuan. Seronok jugak laaa pi awai ni kurang2 boleh slow2 turun ke te tengah laut haha almaklumlah kannn kita punyaa water confidence kurang sikit ðŸĪŠ 


Alhamdulillah, overall semua orang enjoy masa buat aktiviti ni. Dapat bagi makan ikan wehh syokkk betui tengok ikan mai dekat kitaaa haha tapi lama lama rasa macam geli laa takut dia gigit kitaaa 😂 Adik aku punya water confidence tinggi jadi dia memang bebetui enjoy wehhh haha mungkin sebab first time jugak kan kami pi buat aktiviti ni satu famili. Aku selalu merengek kat dia laaa haha nak have fun jugak tapi penakut kahkah tapi ok jee aku pun enjoy masa buat aktiviti ni sebab aku fikir bila lagi kannn nak snorkelling sesama makaaa dalam penakut kita gagahkan. Aku bukan apaaa cepat panik rasa macam nak putuih nyawa kalau sensorang haha 😆 Lepas dah puas duduk kawasan snorkelling tu, kami pun call boat untuk mai ambik kami dan bawak pusing pulau. Sebaik gak kami duduk lama dekat kawasan snorkelling tu sebab nak pusing2 atas bot tuuu sat sajaaa haha. Syukur semua dipermudahkan takda yang muntah loya bagai atas bot (pro tip: makan lah ubat tahan muntah sebelum tu haha 😛)


Turun dari boat, terus balik ke Anjungan sebab nak siap2 untuk check-out dah. Oh btw, satu benda yang cam tak best sikit pasal Anjungan ni sebab waktu check-out agak awal dalam pukul 11 pagi macam tuu, aku dah biasa selalu tiduq mana mana akan check-out pukul 12pm tapi takpelah kita turutkan sajaaa huuu. Otw balik ke Anjungan, singgah beli makanan dulu dekat gerai area situu, haha strategik la bagi aku Anjungan ni sebab dari situ senang nak gerak ke kawasan pantai pakai terus jeee swimsuit apa semua tu. Kami masa tuu siap tak pakai selipar, pakai kasut getah untuk snorkelling tu jaa (beli gak sana sebab kan tak plan nak snorkelling haha ok lah function dapat jaga kaki dari luka waktu snorkelling), orang tengok jaaa kamii masa tuuu haha kami buat donno ajeee ðŸĪŠ Lepas beli makan, sampai Anjungan terus turun swimming pool dia untuk kali terakhir haha (sempat yeee walaupun nak check-out dah pukul 11am). Dapatlah dalam 20 minit macam tu mandi kolam, terus lelaju naik bilik untuk packing barang dan sesiap untuk check-out. 

Lepas check-out terus plan nak ke Masjid Seribu Doa. Sebabnya awal pagi sebelum turun sarapan tu, Ayah aku cakap dia ada tengok video viral orang pi situu jadi dia nak pi laaa tengok haha aku okay jaaa sebab masa ada masa sebelum nak naik feri. Tapi, begitulah hanya mampu merancang, tup2 tersadai sejam lepas checkout sebab kereta sewa ada masalah 😭 Makaaaa, berjemuran lah kami dekat kawasan Coral Beach, atas sikit dari Anjungan Beach Resort ni. Nasib baik pemandangan dekat situ cantik maka dapatlahh cuci mata dan ambik gambar serta video haha. Sempat jugaaa makan makanan yang dibeli (sini nak makanan kawasan terbuka kena tengok kira kanan jugak sebab ada banyak monyet 😅)


Nasib baik orang yang bagi sewa kereta tu bertanggungjawab dan cepat selesaikan masalah, jadi dapat lah pusing 2-3 tempat sebelum gerak ke jeti. Rancangan nak ke Masjid Seribu Doa tuu diteruskann dan siap kami semayang lagi dekat sana haha Alhamdulillah berpeluang jugak bawak Ayah aku ke sana dan semayang teruih sesiap. Oh sebelum sampai ke masjid tu, singgah sat dekat Pantai Pasir Bogak untuk bergambar dekat buaian diaa haha sini punn cantik sangat pemandangan diaaaaa 😭 Rasa tenang betul weh tengok pantai pantai dekat siniii 😍 Dekat kawasan Pantai Pasir Bogak ni pun ada tempat best untuk menginap cumanya kata orang susah sikit nak cari makanan kawasan situ, kena keluar ke Teluk Nipah jugak, tapi bagi akuuu okay jeee kalau nak dapat vibes privacy dan ketenangan 😋








Lepas dah semayang, dah pusing tengok keindahan masjid ni, sempat lah baca sejarah dekat pintu masuk depan sekali. Ayah aku kata ada Masjid Seribu Selawat jugak dekat sini, aku cakap ada (sebab memang aku dah survey buat itineri sikit sebelum sampai Pangkor), pastu aku ajak ja lah pi sementara masih ada masa kann. Maka, setelah mengikut maps, sampailah kami ke masjid ke-2 iaitu Masjid Seribu Selawat. Jujurnya, dua dua masjid sangat cantik. Kagum betul dengan senireka kedua-dua masjid ni 😍 Ayah aku tak payah cakap lah memang seronok betul diaaaa dapat pi jenjalan masjid ni 😂



Habis ja pusing masjid ni, ngam ngam pukul 3 petang, kami pun bertolak terus ke jeti sebab tiket pukul 3.45 petang dan kena ada awal dekat tempat menunggu sana. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan, Ayah aku drop kami dan bag dulu, lepastu pi letak kereta sat, tup tup dah dapat panggilan untuk masuk ke ruangan menunggu untuk tiket 3.45 petang, phew sebaik hihi. Trip kalini tak shopping barang apa pun haha just go to have fun dan enjoy ourself jeee Alhamdulillah duit pun tak susut sangat 😂  Dalam feri, dapat duduk lepastuu sempat lah terlelap sat tahu tahu dah sampai Marina Jetty haha. 



Sekian sajaaaaa trip ke Pulau Pangkor untuk kalini. HAHA maaf laaaa yeee panjang pulak entry kalini, boleh skip untuk tidak membaca yaaa ðŸĪĢ Al-maklumlah lama tak menaip panjang rasa macam gian pulak dengan nak masukkan gambar-gambar yang ada lagi hihi. InshaAllah, lepasni kalau rajin lagi aku up pulak entry pasal ke Pulau Langkawi masa lepas habis semseter 1 duluu (plan asal nak buat yang ni dulu, tapi sebab masih segar ingatan trip Pulau Pangkor ni, maka up yang ni duluu 😆). Buat yang sudi baca entry ni sampai habis, TAHNIAH diucapkan haha. Sampai sini duluuu aku taip, jumpa lagi di lain entry, inshaAllah. Oh btw buat yang belum pergi ke Pulau Pangkor, pergilahhh yaaa walaupun sekali hehe best inshaAllah hehe 😉 


Salam sayang, 
Alyaa ❤️


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

Unknown berkata...

Assalammualaikum,saya nk gi trio ke Pangkor pada hujung bln 10 nanti,saya nk tanya,KLU nk naik feri tu,diaorg Chek tak mysejahtera dan sijil vaksin,tq.

AlyaaIBH berkata...

@Unknown

Waalaikumsalam. Masa saya pergi haritu dah tak check pun MySejahtera dgn sijil vaksin. Lepas beli tiket, tunggu feri lepastu naik ke Pulau Pangkor :)

Harap membantuu ! ^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM