Khamis, 17 Februari 2022

Ceritera Blok 2, Semester 1 MClinPharm

Assalamualaikum dan selamat malam semua !

Kembali lagi ke entry baruuu oleh Alya yey haha 😂 Kemain ya last entry cakap nak update tentang throwback tahun 2021 tapi sudahnyaaa kelaut haha, sorry la yaaa so sibuk jadi pelajar sampai tak sempat nak menaip panjang dekat blog. Walaupun zaman sekarang di tahun 2022 ni orang dah tak baca blog sangat, tapi still aku akan menaip jugak dekat sini selagi ada kudrat dan semangat nak menaip acece. Lagipun, aku pun jenis suka baca blog orang taip kongsikan pengalaman depa jadi why not aku do the same mana tau ada info info menarik aku terkongsikan dekat sini haaa boleh buat habuan orang lain membaca jugak gituuu.

Soo, kalini nak cerita apaa?! Haha macam di tajuk atas laaa yaaa kalini aku nak kongsi tentang kisah belajar aku untuk blok 2, semester 1 ni supaya nanti bila dah kerja lain aku boleh baca balik semua kisah yang aku lalui sepanjang belajar ni haha 😆 Waktu aku menaip sekarang ni, aku dah masuk semester baru dah (haha, cepat bukan? 😋) jadi ada laaa beberapa bahagian yang aku dah lupaa sebenarnyaa, almaklumlah kapasiti otak tak besaq mana nak simpan memori2 yang tak best ni eh tiberh kan. 

Lepas saja habis final exam paper ke-3 aku pada 10/12/21 yang lalu, selang dua hari tak silap aku, kami terus mula blok 2. Penat memang penat tapi begitulah lumrah belajar kan haha kenalah hadap. Mulanya, aku sangkakan blok 2 ni akan jadi lebih tenang la berbanding blok 1, ya lah kalini ada 2 subjek saja berbanding 3 subjek sebelum ni. Dalam hati berkata "InshaAllah, boleh ni buat lebih baik dari blok 1" hahaha namun sangkaan kuuu meleret 😭 Blok 2 lagi terukkk dia punyaa mental breakdown tuuu. Jujur cakap, seminggu wehh aku rasa macam depressed sampai rasa tak sanggup nak habiskan blok 2 ni, tanyalah classmates aku, depa tauu betapa down nyaa aku waktu tuu haha. 

Tapi Alhamdulillah, slowly get up after that, kuatkan balik semangat, ingat pengorbanan orang sekeliling yang dah sokong keputusan aku nak sambung belajar ni, ingat balik hutang2 yang ada nak kena langsaikan (jadi kena cepat2 habis belajar dan dapat kerja), maka aku teruskan melangkah haha perit pun kena hadap la dah keputusan sendiri kan ehek. Lagipun minggu yang aku macam down gilaaa tuuu banyak benda lain yang jadi kat aku itu yang banyak tak ketahuan sikit jadinya haha.

Saat aku menaip ni jugak aku rasa bersyukur sangat dah lepas 'sengsara' blok 2 ni hahaha, yang mana tau ja tauu (aku dan classmates lah haha), tak gamak aku nak cerita in detail dekat sini sebab aku tak rasa perlu punn, cukup lah aku tau yang aku dah lepas (harapnyaaa tak kena ulang la yaa 😰) semua benda yang jadi masa blok 2 ni hihi. 

Mesti hampa macam heran kan teruk sangat ka blok 2 ni? Haha, dari segi masa aku akui blok 2 ni relaks sikit la berbanding blok 1 sebab blok 2 ni kadang kelas pukul 10 baru mula, masa blok 1 dulu seawal 8 pagi dah kelas, 6 petang kadang baru habis. Tapi, walaupun rileks still kami slot in masa yang ada untuk buat proposal research. Ya, kawan-kawan, jangan ingat buat master by coursework ni takda research  yaaa, masih adaaa haha. Oh yaaa, untuk blok 2 ni juga kami dapat balik ke kampus yey! 😍 Bayangkan 4 bulan belajar online, bila jumpa first time classmates depan2 terus rasa macam wahhh dapat bersosial tiberh. Alhamdulillah, classmates aku dalam online pun begitu, depan2 pun begituuu syukur semua baik baik hihi. 


Kalau tanya aku apa yang best blok 2 ni adalah masa dapat jumpa classmates depan2 laa haha, dapat buat labwork sama sama. Almaklumlah setelah sekian lama tak buat labwork kan, jadi rasa semangat sikit laaa nak masuk lab buat labwork tuu ahaha. Cumanya yang aku boleh ringkaskan utk blok 2, kami ada banyakkkk juga on-the-spot assignment serta presentation dan jugaaa macam biasa lahh exam setiap 2 minggu kecuali untuk subjek yang ada labwork tuu, markah penilaian ketiga (third assessment) kami dinilai dari presentation akhir. Fuhhh, cemas jugak part presentation ni haha untuk subjek Pharmacokinetics (Pk) tuu, siap turun fakulti tauu jumpa Prof Mansor untuk bincang pasal slides, first time laa aku buat sepanjang belajar dari Diploma sampai Masters ni haha, usung laptop gais ke bilik pensyarah, punya lahhh nervous nak kena tiau masa presentation ahaha, but after all Alhamdulillah, both presentation went so well, arghhh I am so proud of myself tiberh 😆

Alhamdulillah, final exam pun dah settle, struggle jugak sebenarnyaaa utk blok 2 ni, walaupun hanyaaa dua subjek ja perlu fokus tapi fuhh mencabar yaaa soalan final exam diaaa huwaa nak teriak bila teringat balik haha. Susah yaaa soalan clinical level masters fuh pecah peluh huuu.

Aku rasa sampai sini duluuu aku update, inshaAllah ada masa dan waktu nanti aku akan update lagi. Doakan perjalanan aku habiskan Master ni dipermudahkann nah dan doakan result semester 1 akuu baik baik sajaa nahh haha ghisauu yaa dengan performance diri sendiri.  Dan doakan jugaaa aku dipermudahkan rezeki kerja baruu  hehe moga doa doa kalian dan juga aku termakbul amin amin 💪

Jumpa lagi di lain entry.

Salam sayang, 
Alyaa 💓

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM