Khamis, 7 Disember 2017

Meniti minggu akhir kuliah...

Assalamualaikum dan selamat malam.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada harini hehe. Setelah 2 minggu jugak aku abaikan blog lepas update entry haritu. HAHA, Kan dah kata memang akan jadi macam chipsmore kejap ada kejap takda. Ini pun aku memang terasa nak update sesangat walaupun takda idea sangat benda apa yang aku nak taip untuk kalini. Huu.

Seperti tajuk di atas, aku bakal sibuk untuk dua minggu akan datang ni iaitu bila dah masuk minggu ke 13 dan minggu ke 14 kuliah. Dah menjadi kelaziman sejak dari tahun 1 lagi, minggu 13 dan minggu 14 adalah di mana minggu yang semua mahasiswa terutamanya mahasiswa UiTM akan berada dalam tahap keserabaian yang teramat sangat HAHA. Sebab dalam dua minggu akhir ni lah, pensyarah pakat2 nak bagi assignment, nak buat test, quiz, bagi due date yang hampir sama untuk semua subjek, kelas ganti bersusun-susun dan lain2 lagi lah. Bukan course aku saja, kebanyakan course pun lebih kurang sama saja aku rasa huu. Itulah cabarannya bila jadi mahasiswa ni hehe. InshaAllah, selama dah masuk 3 tahun lebih ni, survive saja tapi itulah dia punya tahap barai tu memang tak boleh tolerate langsung haha. 


Biasanya bila barai, tahap kemalasan untuk bersiap sangatlah tinggi, tudung sarung paling senang haha. #GambarThrowback

Kalau nak ikutkan pun, minggu ni dah start barai, sebab tetiba saja ada pengumuman test subjek ini dibatalkan, subjek lain pulak yang ada. Haha, suprise sungguh tauu, killer subjek pulak tu, sabar sajalah hati ini :') Nak dipendekkan cerita pulak, aku tetiba jadi tak sihat. Malas nak cerita bab yang ini sebab bila ingat balik rasa macam nak nangis, ibarat nyawa dah di hujung tanduk waktu tu, ingat Allah tak payah kata lah waktu ni huu. Sampai sekarang pun masih ada sisa2 rasa sakit tu cuma okaylah sebab dah boleh jalan sikit walaupun lambat dari biasa. Doakan aku cepat sembuh okay? Risau makin sibuk nanti makin terabai kesihatan :( 

Boleh jawab test tak? Haha, 50% boleh selebihnya tak boleh sebab yalah study last minute banyak benda la bertukar dalam kepala kan sobs. InshaAllah harap dapat buat terbaik lagi untuk test 2 akan datang minggu 14 nanti. Doakan jugak tau? Haha, mekasih semua :') Semoga aku mampu susun dan rancang perjalanan waktu dengan baik untuk minggu 13 dan 14 ni sebab memang test bersusun-susun, lab report submission, case presentation lagi dan lain2 perkara lagi. Hehe. Semoga dapat habiskan semuanya dengan baik dan dipermudahkan segala urusan olehNya :)

Okaylah sampai sini dulu aku merepek meraban benda yang tak berfaedah dekat sini. Semoga aku diberikan kerajinan berlipat kali ganda untuk kongsikan benda yang berfaedah dan bermanfaat dalam blog ini untuk perkongsian bersama. InshaAllah mana tahu esok ke aku update blog lagi kan kongsi perkara2 yang bermanfaat :P

Antara peneman untuk memastikan kebaraian tidak terlalu terserlah haha 
Terimakasih sudi singgah blog aku dan baca kalini, jumpa di lain entry ! ^_^

Salam sayang,

Alyaa Ibrahim

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM