Tak tahu lah semalam mimpi apa sebab harini tiba tiba rasa nak update satu entry dalam blog. HAHAHA. Okay tak, tipuuu. Sebenarnya aku baru saja habis jawab paper final exam aku petang tadi jadinya sekarang ni aku malas nak mula study lagi. Malam2 kejap lagi aku study hehe nak rehatkan otak kejap lepas berperang tadi. Penat weh nak nak pulak tadi baru first paper dengan rasa gabranya yang takpernah hilang tu haha. Macam mana paper tadi? Haha, usahlah ditanya akan soalan begitu pada aku sebab tak mampu rasa nak jawab dengan ikhlas hati :') Korang mesti pelik kan hari Sabtu pun ada paper nak kena jawab ke? HAHA, selamat datang ke UiTM di hatiku, di mana Ahad pun boleh digunakan untuk pelajar2 ambik exam. Hehe.
Apa tujuan aku update entry harini? Haha, disebabkan harini adalah 31 Disember 2016 adalah hari terakhir dalam tahun 2016, jadinya aku nak up lah satu entry penutup bagi tahun ni walaupun tahun ni adalah tahun paling sendu aku dengan dunia blogging ni :') InshaAllah moga tahun depan aku lebih rajin ber blogging :P Rindu sebenarnya nak blogging macam dulu, pergi singgah blog orang, hias hias blog, kongsi2 maklumat dalam blog ni macam dulu tapi itulah aku sangatlah kekangan masa tetambah bila dah mula semester baru. Bila cuti pulak, mood kurang nak menaip sebab asyik nak tidur saja haha.
So, apa pencapaian tahun 2016? Alahai aku sendiri tak pasti apa yang aku dah capai tahun 2016 ni sebab macam tak ada apa yang menarik sangat yang berlaku hahaha. Oh adalah satu, dapat pergi Sabah dengan family tercinta. Memang pengalaman tak dapat dilupakan sebab rasa nak pergi lagi HAHA. Ada lah beberapa lagi tapi simpan sendiri sajalah sebab kalau kongsi macam tak menarik sangat hee. Masuk tahun 2017 ni, masih lagi sebagai seorang pelajar yang masih bertungkus lumus nak habiskan pengajian termasuklah selesaikan FYP nya haha.
Nak cerita apa lagi? Hahaha makin lama aku tenung laptop makin takdak idea nak update apa sebab fikiran melayang fikir nak study apa lepas ni :P Okeylah, sampai sini dululah kalau rajin lagi nanti lepas habis paper lepas ni aku update entry lagi okayyy. Doakan kejayaan aku dalam exam semester kalini. Terimakasih hehe :)
Dan
SELAMAT TAHUN BARU 2017 !
0 ulasan:
Catat Ulasan