Memang sukar untuk kita memohon maaf bila berlaku pergaduhan samada kecil ataupun besar. Tapi, itulah yang sebaik baiknya. Aku pernah dengar pepatah mengatakan, orang yang memohon maaf adalah baik dan yang memaafkan adalah yang mulia. Tapi, takpasti sangat, lebih kurang cenggitulah maksudnya.
Makanya, minta maaflah walaupun ianya bukanlah salah kita. Tiada orang yang mati pun akibat memohon maaf kan. Walaupun kadangkala rasa malu begitu tebal, namun teruskan niatmu itu untuk memohon maaf kerana kelak hatimu akan berasa lebih tenang.
Samada maafmu itu diterima ataupun tidak, usahlah kau gusarkan kerana kita telah pun menjalankan tanggungjawab kita yang seadanya. Dan berdoalah agar Allah bukakan hati yang satu lagi untuk memaafkan kita. :')
Salam sayang dari Penang, Alyaa. Selamat hari Isnin kepada semua. :-)
posted from Bloggeroid
2 ulasan:
takpe yg penting kita minta maaf dari hati .
yang belum maafkan kita mungkin perlukan masa, mungkin hatinya terluka .
memaafkan juga memerlukan keikhlasan . yang penting bukanlah menyimpan dendam ;)
saya pun nak minta maaf dengan alyaa kalau ada buat salah ke selama ni . hee , maafkan saya :D
Catat Ulasan