Sabtu, 30 Julai 2011

Entry Cepat dan Padat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama Nurul tak update blog kan. Lama sangat2 rasanya.

Sekarang kena update cpat2 sebab nanti dah study pulak.

Next week banyak quiz. Huhu.. 

Minggu ni banyak sangat perkara yang berlaku. Nurul tak suke. Huhu..

Dan. Nurul jugak telah buat satu keputusan yang rasanya terlalu memberi impact yg besar kepada Nurul.

Nurul buat keputusan ini untuk memberi fokus yg lebih kepada pelajaran.

Itu je. Mungkin nampak macam remeh kan?

Tapi, Nurul dah xnak terlalu sibuk smpai abaikan pelajaran. 

Mungkin masuk sem 2 or sem 3 nanti kot. Huhu.

Oklah, class rep dah col tadi. Kena turun bawah kejap.

Semoga bertemu lagi di lain entry..

Salam Ramadhan untuk semua..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 22 Julai 2011

King Berada Bersama Saya! ^-^

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah menyiapkan assignment dan kerja segala bagai, barulah dapat mengupdate blog ni.. Hehe..

Kali ini, Nurul nak update pasal tajuk ini.

King Berada bersama Saya! ^-^



Hehe.. Korang rasakan, tajuk ni ade kaitan dengan something tak? Haha.. Xde maknanya..

Mase Nurul menaip entry ini, Nurul teringat kawan-kawan Nurul iaitu Anati dan Aiman.

Kalau ade mereka berdua, konfirm Nurul akan gelak besar punya kalau cite pasal bende ni. Hahahaha.

Tibe2 lak rase rindu nak balik Penang, huhu.. Xpe, xlame je lagi ni. Sedihnya... Nak cuti lagi!!

Oklah, berbalik kepada tajuk ini. 

Sebenarnya, Nurul nak cerita panjang pasal tajuk ini atas permintaan Anati, namun Nurul takut ade sesetengah blogger akan mengenali orang ini.

Haha, memang kantoi la macam ini.

Erm, sebabnya orang ini sangat dikenali ramai. Dia merupakan senior UiTM Pulau Pinang.

So, kepada Anati, mase kat Kolej nanti Nurul cerita k? Don't worry dear.. =)

Sebenarnya, Nurul meng'admire' abang senior ni mase minggu MDS lagi.. 

Hahaha.. Saje2 je nak admire abang ni. Tak de pape pun. Suke2 je.

Nurul suka tengok muka abang ni. Comel dan abang ni tinggi. 

Tinggi abang senior ni lebih kurang Faiz. Hehe.. Dua-dua comel..

Kalau ikutkan, nak je Nurul letak gambar abang tu kat sini. Tapi, tak payah la..

Taknak meng'kantoi'kan diri sendiri. Hehe.. 

Apa yang penting, hari ini Nurul rasa sangat-sangat happy dan boleh dikatakan hampir setiap masa Nurul senyum hari ini. Bahagia la katakan.

Kepada followers semua, Nurul pun bahagia jugak bila makin hari makin ramai follower. Walaupun sikit-sikit je naik.. Huhu.. Terima kasih followers ku! ^-^

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 20 Julai 2011

Susahnya Nak Cari Faiz Budak Civil Engineering..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saat Nurul menaip entry ini, Nurul sangat-sangat rindu akan seorang budak ini.



Namanya Faiz. Nama penuh tak sure. Dia budak Civil Engineering kat UiTM Pulau Pinang..

Kitaorang kenal masa ada PPKP, LDK Modul 1. Group 6 kat BKA 1.8(kalau xsalah la)...

Nurul dengan dia satu group mase LDK tu. Dia baik sangat. Dia selalu tegur Nurul masa LDK tu..

To be honest, dia memang sangat hensem + kacak + comel. Dia juga baik dan tinggi sangat. Huhu..

Kenapa Nurul nak rindu dia?

Sebab masa LDK tu dia rapat dengan Nurul... Kitorang bersama mase dalam LDK tu. Ade sorang lagi budak Electrical Engineering. Huhu..

Lepas LDK tu, Nurul ade terserempak dengan dia. Dekat LP=Laman Perdana..

Mase tu, dia tengah ade group discussion dengan budak EC dia.

Memang memalukan je bila dia panggil nama Nurul dengan kuat. Hahaha.. Sabar jelah..

Sampaikan semua budak2 EC tu tak kira laki ke perempuan, semua tengok kat Nurul.

Mungkin diorang pelik bila budak hensem tegur budak chubby macam ni. =( Sedihnya. Sabar2..

Then, Nurul jumpa lagi dia mase ade festival buah-buahan kat UiTMPP.

Nurul tak perasan pun dia sampai ade classmate Nurul merangkap group LDK sama, cakap dia ada kat situ.

Bila Faiz perasan Nurul kat situ, dia ajak Nurul jalan sama-sama dengan dia. Nurul malulah..

Lagipun, dia tengah jalan-jalan dengan kawan-kawan dia mase tu, Nurul pulak dengan roommate dan housemate.

Tapi, banyak kali jugak la terserempak dengan dia. Hehe. Kawan2 dia pun baik je. That's nice, right. ^-^

Ape yang membuatkan Nurul kata 

Susahnya Nak Cari Faiz Budak Civil Engineering 

Sebabnya, sampai sekarang Nurul tak jumpa FB dia. Huargh!!! Nak menangis rasa. 

Rindu sangat2 kat dia ni. Dah lama tak jumpa dia. 

Tambah2 sejak Nurul pergi belajar kat Kampus Bertam ni, lagilah susah nak jumpa. Huhu.. Takpelah. 

Lagipun, sekarang ni Nurul ada add budak Civil yang satu group dengan Nurul hari tu. 

Maybe dia tahu FB Faiz. .

Semoga jejak kasih kali ini berjaya. ^-^

p/s: Kepada Anati yang baca, silalah komen ye.. Hahahaha..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 19 Julai 2011

Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Waduh2, lama tak update blog ni, padahal sekarang ini duduk kat rumah je. Hahaha.. Sekarang ini, Nurul nak kongsikan sesuatu dengan kawan-kawan Nurul sekalian. Tajuk yang Nurul nak kongsikan kali ini ialah Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung. Rasanya, majoriti wanita yang mendiami bumi Malaysia ini memakai tudung kan. Bukan sahaja di Malaysia, malah ade jugak negara-negara yang wanitanya memakai tudung untuk menutup aurat sejajar dengan perintah Allah iaitu, wanita wajib menutup aurat. Dan seharusnya, wanita yang bertudung ini mempunyai rambut yang terurus dan rapi supaya kelak muhrimnya berasa selesa untuk bersama dengannya. So, tak salah rasanya kalau tajuk ini dikongsikan bersama-sama, kan? ^-^



1. Cuci Teratur
Pastikan anda mencuci rambut secara teratur iaitu selang dua atau tiga kali sehari. Anda disarankan menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut yang dimiliki.Selepas rambut dicuci, pastikan rambut dikeringkan sebaik mungkin sebelum mengenakan tudung kerana pemakaian tudung semasa rambut masih basah menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik bahkan boleh menyebabkan masalah pening kepala.

2. Rawatan 'Creambath'
Lakukan rawatan creambath seminggu sekali sebagai langjah membekalkan nutrisi untuk rambut dan pada masa yang sama memastikan kulit kepala kekal sihat. Seperti juga syampu, pilihlah krim yang sesuai dengan jenis rambut.

3. Kekalkan Keharuman
Peliharalah keharuman rambut anda dengan ramuan rempah ratus. Memakai tudung menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana faktor kelembapannya. Oleh itu, rawatlah ia dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agar keharumannya kekal terjaga.

4. Pilih Material Kain Kapas
Untuk menjaga kesihatan rambut, pilihlah tudung daripada material kapas yang baik pengaliran udaranya agar kulit kepala mampu bernafas.

5. Elak Tudung Yang Tebal
Elakkan juga pemakaian tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah. Pastikan tudung yang dikenakan tidak lebih daripada empat lapis. Semakin tebal tudung yang dipakai, semakin sukar kulit kepala untuk bernafas.

Rasanya ini je serba sedikit info yang dapat Nurul kongsi dengan kawan-kawan semua. Semoga dengan ini, kawan-kawan dapat menjaga rambut dengan baik. Kepada yang free hair pun, rambut itu penting kan. Kalau tak nanti, kesian kat orang sebelah kita. Hahahaha..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 18 Julai 2011

GIVEAWAY :- Anniversery Izzaty Hedry & Wazir Yang Ke 5 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang jam menunjukkan pukul 2.50 pagi. Tetapi, mata masih belum mahu terlelap.. Huhu..

Pagi-pagi macam ini ingat nak join satu GA dari salah satu blog yang Nurul follow, iaitu..


GIVEAWAY :- Anniversery Izzaty Hedry & Wazir Yang Ke 5 Tahun


Giveaway ini dilancarkan sempena perkenalan Izzaty Hedry bersama pasangannya, Wazir yang kekal selama 5 tahun. 

Tahniah Nurul ucapkan kerana bukan senang untuk mengekalkan hubungan dalam satu tempoh yang agak lama bagi Nurul. 

Semestinya banyak dugaan yang perlu dihadapi oleh Izzaty Hedry dalam mengekalkan hubungan ini kan.. 

Tahniah sekali lagi. ^-^

Ucapan Nurul untuk Izzaty Hedry dan pasangan, Wazir:

Semoga hubungan yang terjalin kekal hingga ke jinjang pelamin. 

Semoga kasih sayang yang mekar di dalam hati tu subur hingga ke akhir hayat.

Kejujuran adalah antara perkara yang penting dalam setiap perhubungan, jadi dua-dua mesti jujur k? ^-^ 

Kepada sesiapa yang nak join, bolehlah klik banner di atas. ^-^

Sekian..



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Review Sekali Lagi.. ^-^

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini nak cerita tentang

REVIEW SEKALI LAGI..


Walaupun cerita ini dah lama ditayangkan, namun tengah malam tadi baru Nurul dapat tengok. Huhu.. Tengok dengan mak. Itu pun mak yang ajak tengok CD. Kalau tak, memang Nurul tak tengok la cerita2 mcam ni. Almaklumlah, masa cerita ini keluar, Nurul sedang sibuk di UiTM sana. Haha.. So, masa cuti inilah masa untuk marathon movie. Hehe..

Apa yang boleh Nurul simpulkan dari cerita SEKALI LAGI ini ialah jangan cepat menuduh tanpa usul periksa yang mana Sheila menuduh Arman kejam kerana meninggalkannya disebabkan perempuan lain. Namun, sebenarnya hal yang sebaliknya yang berlaku yang mana Arman disahkan ada penyakit tumor. Selepas pembedahan dilakukan ke atas Arman, Arman menghidap penyakit autisme. Disebabkan itu, sifar Arman tak ubah seperti budak-budak yang mana memerlukan penjagaan rapi oleh ibunya, Puan Suria.

Arman bakal berkahwin dengan Farina, oleh sebab itu, pada suatu hari Arman dibenarkan keluar dari rumah seorang diri kerana ibunya inginkan dirinya berdikari dan Arman telah pergi ke kedai untuk mencuba pakaian pengantin.Selesai mencuba pakaian pengantin, Arman diserang oleh peragut namun diselamatkan oleh seorang budak perempuan, Amy. 

Amy dan Arman menjadi sahabat baik selepas itu kerana sifat Arman yang kebudak-budakan itu dapat menyesuaikan diri dengan Amy. Namun, persahabatan mereka dihalang oleh mama Amy iaitu Sheila. Sheila terpaksa menyara Amy sendirian setelah ditinggalkan suaminya. Haris, yang menjaga Amy sepanjang ketiadaan Sheila ke tempat kerja, menaruh hati kepada Sheila dan ingin melamarnya. Sheila membuat keputusan untuk menerima lamaran itu. 

Tetapi, sesuatu telah berlaku. Kemuncak berlaku apabila Farina berterus terang tentang mama Amy kepada Puan Suria. Berakhirnya cerita apabila Amy menganggap Arman sebagai ayahnya dan Haris sebagai papanya. Amy bahagia kerana mempunyai 2 orang ayah. 

Setakat itu je boleh cerita sebab rasanya ramai yang dah tengok cerita ini. Bosan jugak rasanya kalau cerita benda yang orang ramai dah tengok kan? Haha...

Apa yang Nurul boleh katakan, cerita ini santai je walaupun pada permulaan sedikit confused. Nurul bagi 4 bintang untuk filem ini. Thumbs up untuk krew2 yang buat filem ini.. ^-^

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 17 Julai 2011

Home Sweet Home And Happy Holidays!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Update, update dan update lagi.. Hahahaha..

Mood today<---speaking jap. hehe.. ^-^

HAPPY, EXCITED, EXHAUSTED AND HAPPENING!!!!!

Alhamdulillah, Nurul dah selamat sampai ke Batu Pahat, Johor pagi Sabtu dalam pukul 5. 45 pagi. Letihnya rasa masa duduk dalam bas. Almaklumlah, first time balik naik bas. Hahha..

Pagi Sabtu tu breakfast kat McD. Hehe.. Mak tiba2 je nak makan kat situ. Apa lagi, ambik peluang la.. Hahaha.. So, kawan-kawan, pada pukul 10 pagi, Nurul baru boleh kata::::::::

HOME SWEET HOME



Best2, sampai rumah sudah.... Hehe.. Sebenarnya, tak nak buat entry panjang2.. Sebab lepas ni nak pergi main bowling lagi..... Haha.. 

Kepada semua pelajar2 UiTM terutamanya kepada roomate dan housemate Nurul, classmate Nurul, groupmate Nurul, kawan-kawan rapat Nurul, dan kawan-kawan terdekat Nurul,

HAPPY HOLIDAYSS!!!!


Manfaatkanlah cuti yang selama seminggu ni dengan sebaik mungkin. Jaga diri baik-baik. Kalau rajin, bolehlah belajar, cover lecture depan2 tu kan.. Siapkan assignment ke.. 

Kalau ada duit, bolehlah gi bercuti. Tapi, mase bercuti tu, harapnya tak ada apa2 yang berlaku k?

Nurul harap, kali terakhir kita jumpa hari tu adalah permulaan kepada sesuatu yang baik.. Amin~~

Oklah, semua dah siap nak gi main bowling. Rindunya nak main bowling membuak2.

Semoga bertemu di lain entry...

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 14 Julai 2011

Test Oh Test!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak update lagi.. Yeay!! Haha..

Kali ni nak update dalam keadaan cepat sebab Nurul baru je balik dari Kampus Bertam ni.

Bapak lambat gila la bas hari ni. Hari ni hari kedua dah balik lambat. Erm.. sabarnya..

TEST OH TEST!!!!!


Kalau nak cerita pasal test ni memanglah panjang sebab minggu ni banyak sangat test yang Nurul ambik.

Semuanya senanggggggg sangat2.. Huhu...

Ni merupakan rumusan untuk test yang Nurul dah hadapi:

Isnin: 11 July 2011 - PHC 111 - ICT For Pharmacy (senang la jugak, boleh tahan la...)
       : 11 July 2011 - PHC 112 - LIFE SCIENCES (sangat menyayat hati..=(  )

Rabu: 13 July 2011 - PHC 114 - PHARMACEUTICAL CHEMISTRY (boleh tahan beb! )

Jumaat : 15 July 2011 - MAT 133 - PRE CALCULUS( xjawab lagi. esok baru jawab. hahaha)

So, itu jelah test yang Nurul ambik dalam minggu ni. Nampak macam sikit, tapi tajuk yang nak cover tu memang banyak sangat2.. Huhu..

Dan esok jugak iaitu hari Jumaat bersamaan 15 July 2011,

CUTI!!!!!!!!!!!!!!!! MID SEMESTER BREAK!! YEAY!!! HAPPY... ^-^ 



Sekian..

p/s: Balik rumah nanti boleh update hari-hari.. (Itu pun kalau rajin la)^-^
      Rindu nak blogwalking.. Rindu semuanya. Hehe..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 9 Julai 2011

GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat tengahari. Korang semua sihat tak? Nurul sihat alhamdulillah. Hehe..

Hari ini ingat nak join satu GA la. Lama rasanya tak join GA dan Contest...

Sibuk yang melampau-lampau la katakan. Ni pun curi masa kejap.. Padahal tengah study tadi. Hahaha...

Oklah, kali ni Nurul nak join GA dari blog Kerana Manisnya Epal.

Jom kita tengok Banner GA ni.. Comel secomel tuannya.. Hehe..


Oklah, kepada kawan-kawan semua, joinlah GA ni ye.. Tak rugi pun.. Hehe..

Sebab.......


Pemenang akan dipilih secara randomly menggunakan True Random Number Generator


Cepat ye kawan2.. Jangan leka sangat untuk join GA ni..

Sebab...

GA ini akan bermula pada 2/7/2011 sehingga 31/7/2011

Tag 2 orang:



Sekian...



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 8 Julai 2011

Tertutup Sudah Pintu Hati Ini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menulis entry dalam keadaan yang agak emosi jarang Nurul buat. Tapi, hari ni saja-saja nak test market! ^-^
Tapi, takdelah test market sangat sebab benda ni memang Nurul sedang lalui pun. ='(





Kepada si dia yang disayangi,
Mungkin awak tak tahu yang saya begitu menyayangi diri awak walaupun perkenalan kita singkat saja. Cara perkenalan yang bagi saya agak kelakar membuahkan rasa sayang di hati ini. Saya pun tak tahu kenapa begitu cepat saya rasa menyayangi diri awak. Padahal saya ni  seorang yang susah nak sayangkan seseorang. Sebab bagi saya, bila saya sayangkan seseorang, saya akan sayang betul2 dengan sepenuh jiwa dan raga. Mula-mula  saya keraskan hati ini untuk menyayangi diri awk sebab semua orang di sekeliling saya membantah saya untuk bersama dengan awk. Diorang kata awk jahat, suka cakap besar, ego tu terlampau tinggi. Tapi, bagi saya.. awak bukan semua tu. Awak baik je dengan saya walaupun kadang2 awak ni menyakitkan hati. Hehe.. Saya bersabar dengan awk sebab saya sayangkan awak. Tapi, rupanya saya salah. Saya salah menyayangi diri awak. Tapi saya bersyukur sebab sayang saya kat awak tak bercambah lagi besar. Mungkin Allah dah bukak mata saya untuk melihat segala2nya. Kalau sebelum ni, hampir setiap hari kita mesej sampai larut malam, xpun sampai pagi. Namun, sekarang ni dah takde pun mesej dari awak. Langsung takde.. :'( Saya sedih awak. Setiap hari saya tunggu mesej dari awk, call dari awak. Tapi takde.. Saya kecewa awak. Hancur luluh hati saya ni. Lama-kelamaan, saya sedar yang awak dah tak perlukan saya. Saya pasrah... Tapi, satu hari tu, awak ade mesej saya dan  mintak no kawan saya. Saya dah rasa tak sedap hati. Saya pun bagilah no kawan saya tu. Rupa-rupanya, Itulah kali terakhir awk mesej saya. Lepas tu dah takde pape. Kenapa awak???? Kenapa? Entahlah, saya dah menyerah. Saya dah taknak mengharap pada ape2 lagi.. Cukuplah sampai di sini saja. ='(  Walaupun hampir setiap hari kita akan berjumpa, tapi tak sanggup rasanya untuk saya melihat muka awak. Saya akan rasa seolah-olah ditikam oleh pedang. Sakit sangat. Dan untuk pengetahuan awak, saya tahu yang sekarang kawan saya menjadi pengganti . Menemani awak siang dan malam. Tak perlu rasanya awak sorokkan dari saya sebab saya dah tahu semuanya. Everything dear. Kecewa nya saya bila dapat tahu hal yang sebenar. Dan untuk yang terakhirnya, terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini walaupun hanya sementara. Saya hargai sangat2 awk.. Dari jauh, saya doakan awak dan dia bahagia untuk selama-lamanya. Dan saya juga harap janganlah lagi mencari saya atau menghubungi saya supaya hati ini tak terluka lagi. Awak adalah lelaki yang terakhir di hati saya. Lepas ni, pintu hati saya dah tertutup untuk semua lelaki termasuklah awak. Andai kata pintu hati ini terbuka,saya harap biarlah lelaki yang berjaya membuka pintu hati ni akan menjadi suami saya suatu hari nanti. InsyaAllah. Saya juga harap dia dapat membahagiakan awak. Sekarang pun saya tahu yang awak dah pun bahagia kan? Baguslah. Gembira saya melihatnya. Semoga awak kekal bersama dengan dia k? Amin...
Semoga dengan luahan hati ni, saya dapat tenangkan diri saya. Untuk awak, jagalah diri ye. Kesihatan pun jangan lupa walau sesibuk mana pun awak. Makan lah jugak walaupun awak tak rasa lapar. Nanti kalau sakit susah pulak. Saya dah takde untuk marah2 awk lagi.. =( Sekian.


Macam mana? Feeling habis tak? Haha.. Inilah yang sedang dilalui oleh Nurul. Eh, yeke? Takdelah sangat. Sikit2 je. Hehe.. Alhamdulillah, Feeling better now.. ^-^

Kepada kawan-kawan semua, hargailah orang yang ada disekeliling kita.. Hehe.. Dan jangan mudah menyayangi seseorang macam yang Nurul buat. Hahaha.

Sekian...

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 6 Julai 2011

Alangkah Baiknya Kalau Hari-Hari ialah Hari Cuti..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Update dan update lagi. Yeay! Alnag-alang dah ada masa sikit ni kan, update la kejap. Haha..

Kali ini Nurul nak update cerita-cerita semasa je. Hehe..

Untuk pengetahuan semua, esok bersamaan hari Khamis.. Pulau Pinang CUTI!!!! Yahoooooo!!!!


Best sangat2. Boleh la rehat jugak. Hehe..

Yela, dah 3 hari Nurul belajar kat Bertam dan sangat2 letih bila balik ke Permatang Pauh ni.

Tambah2 kalau hari ni, hari Rabu. Ada kokurikulum kat sini. Kelas habis pukul 3.00 petang.

Bas hanya ada pukul 4.00 petang. Tu pun kalau nasib baik dapat naik. Yela, orang kan ramai. So, kena pandai2 sendiri la nak naik macam mana.

Yang paling sakit hatinya, senior yangg xde kokurikulum pun sibuk2 je nak balik awal. 

Padahal, boleh je tunggu dulu. Bagilah kitorang yang nak pergi kokurikulum ni balik dulu. 

Memang kena sabar jelah kalau dengan orang yang ada title SENIOR ni. Huhu..

Tapi, xdelah semua. Ade je senior yang baik2 tapi susah nak cari.. Hehe..

Oh, okelah. Sudah2 cerita pasal yang tu. 

Memandangkan esok cuti, so.. banyak lagi kerja yang nak kena buat.

Stdy untuk PHC 111, PHC 112, PHC 114, MAT 133 lagi.. Aduish.. Banyak giler..

Test berderet2 laa minggu depan. Erm... Dugaan2..




Tapi, xpe.. Lepas test tu terus boleh balik rumah! Yahooo.. Best2.. ^-^

Ok, next story lak nak cerita pasal present yang Nurul dapat dari parents baru2 ni. 


Happy sangat2.. Thanks to mak dan abah. Sayangggg mak dengan abah.. 

Present apa? Biarlah rahsia. Yang penting, present tu mmbuatkan Nurul rasa happy yang teramat.

Syukur sangat2 sebab kesabaran Nurul selama ini berbaloi juga. Hehe..

Rezeki Nurul la tu kot. Alhamdulillah.. 

Erm.. Ape lagi yang nak cerita yer? Dah xde kot.

Lagipun mata rasa dah mengantuk la. Penat sangat hari ni. 

Oklah, nanti kalau ade masa lagi Nurul akan update lagi.

Insyaallah.. ^-^

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 3 Julai 2011

Tak Perlulah Sakitkan Hati Ini Lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mengupdate blog lagi bila ada kelapangan. Mintak maaf la kalau kebanyakan entry Nurul ni bosan atau tak interesting. Nurul tak banyak masa sangat nak update. Just update mana yang sempat kuar dari otak je. Haha.

Untuk pengetahuan semua, bermula hari Isnin ni, 4 Julai 2011 Nurul akan berpindah kampus ke Bertam untuk menghadiri semua kuliah dan tutorial di sana. Huhu.. Terpaksa bersiap sedia dari segi mental dan fizikal lepas ni.

Ok, berbalik kepada tajuk asal entry kali ni. Nurul nak buat sedikit luahan perasaaan la. Lagipun, tak best la kalau asyik roomate je yang dengar kan? Hehe..

First of all, korang pernah tak sakitkan hati orang tahap sampai orang tu menyampah giler ngan korang? Sebenarnya, salah buat macam tu. Berdosa kalau tak salah Nurul. Correct me if i'm wrong k? ^-^ Tapi, tulah yang Nurul sedang lalui sekarang bila ade seorang hamba Allah ni telah menyakitkan hati Nurul. Sampaikan Nurul rasa tak boleh nak pandang langsung muka dia lepas ni. Yang 2 pun tak boleh jugak an, tapi hati Nurul sakit sangat-sangat bila dia buat macam ni.



Dulu memang Nurul tak pernah terlintas pun akan kenal ngan dia, cakap ngan dia, mesej ngan dia sebab muka dia yang scary tu. Sumpah tak terlintas langsung. Walaupun muka dia sama iras ngan muka Faizal, tapi Faizal sangat baik dari dia, tak pernah nak sakitkan hati orang di sekeliling dia, cakap baik-baik je dan tak cakap besar pun. Dia ngan Faizal ibarat langit ngan bumi. Dia memang tak sempurna, tapi cara dan perangai yang ditonjolkan membuatkan orang sekeliling rasa menyampah dengan dia. Serius, menyampah kalau orang tu memang tak kenal dia. Dia memang seorang yang bajet giler kot..

Pertama kali Nurul boleh 'ter'kenal ngan dia ialah sebab Nurul tersalah hantar mesej kat nombor dia. Nurul ingatkan nombor kawan Nurul yang Nurul tak sempat save tu, rupa-rupanya nombor dia. Pernah lepas tu, dia  mintak tolong Nurul sebelah pagi, then sebelah petangnya dia marah-marah atau tepat sekali dia maki Nurul atas sebab Nurul sendiri pun tak tahu. Nurul memang dah sakit hati terkata dah masa tu. Maklumlah, first time rasanya kena maki teruk macam tu.. Huhu..

Nurul terus tak mesej dia. Malam tu lak dia datang balik cari Nurul. Call Nurul, mesej Nurul. Nurul xnak layan mula2 sebab dah menyampah sangat2 kat dia. Hati dah terguris kot. Tapi, bila roomate pujuk and slow talk ngan Nurul, Nurul pun mengalah la. Nurul pickup phone tu dan cakap la apa2 yang patut ngan dia.. Lepas tu, kitorang kerap mesej. Sampaikan roomate cakap, dah macam pasangan bahagia je. Asyik mesej je. Nurul memang bahagia, tapi dia tak kot. Macam mne nak bahagia mesej ngan Nurul sebabnya dia ada menaruh hati pada sahabat Nurul sendiri dan dalam masa yang sama menaruh harapan kepada yang 'asal'nya.

Nurul bersabar je setiap kali mesej dengan dia. Lama-lama dia dah tak mesej Nurul. Nurul pun dah malas nak layan. Mampos ko lah.. Nurul tahu dia dah ada orang lain nak layan karenah dia, Biar je lah. Yang Nurul tak boleh tahan tu, bila dia selalu sebut perkataan ....... yang menyebabkan Nurul rasa nak penampar je muka dia. Sabar2!

Dan pada hari ini, iaitu baru je berlaku tadi masa Nurul dan sorang kawan Nurul tu mengenakan dia. Dia tiba2 nak jadi emosional terlebih dan nak feeling habis la konon. Tapi, takde nya orang nak melayan karenah dia tu. Oklah.. Dah malas nak cerita panjang2 lagi. Tambah menyakitkan hati lagi adalah.. Masuk kali ni sahaja dah 4 kali hati ni disakiti oleh orang yang sama. Huhu..

Kesimpulannya, bersabarlah dalam apa jua keadaan walaupun masa itu hati kita dah terlalu sakit dek perkara itu.. Apa yang Nurul harapkan dari dia, berubahlah dari sekarang.Walaupun muka tu scary, tapi perangai dan cara pergaulan tu jagalah sikit. Tak payahlah bagi orang sakit hati dengan ko ye..

Akhir sekali,.....

TAK PERLULAH SAKITKAN HATI INI LAGI...

Sekian.. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM