Jumaat, 24 Jun 2011

Minggu Yang Sibuk Sebagai Seorang Mahasiswa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni memang betul2 rasa lama sangat tak update blog. Huhu.

Ye la, boleh dikatakan hampir setiap hari sibuk dengan kelas, tutorial, assignment lagi.. Erm..

Buat masa ni, inilah rutin harian Nurul sebagai seorang Mahasiswi Fakulti Farmasi.

Memang sangat2 sibuk kalau jadi student farmasi ni, banyak benda kena belajaq, kena hafal lgi.. Huhu..

Sememangnya sangat menguji kesabaran Nurul.. ^-^

Ok, sekarang Nurul nak cerita sikit tentang apa yang dah berlaku pada minggu ni dan akan datang nanti.

Bermula dengan hari sabtu dan ahad lepas, yang mana Nurul mengalami demam yang agak teruk.

Seharian hanya berbaring atas katil tanpa melakukan apa-apa kerja kcuali solat lah.. =-=

Then, Nurul dikejutkan dengan berita bahawa Hari Isnin keesokannya, akan ada test 1 untuk Life Science.

Memang semput sangat rasa, sebabnya memang tak ready langsung. Orang sakitlah katakan. =="

Dan dengan perasaan yang sangat serabut, Nurul stay up sampai pukul 3 pagi untuk belajar Life Science saja.  Hehe..

So, masa subject PHC 112 hari Isnin tu, madam bagi lecture dulu then baru ada test.

Test 1 utk PHC 112 pada hari itu sangat-sangat senang sampaikan rasa taknak hantar kertas jawapan tu.


Klau korang nak tahu, soalan PHC 112 semuanya subjektif! Memang senang pun. =(


Lastly, masa hantar tu, muka memang pasrah habis la. Redha je semuanya. Haha..


Ok, habis pasal test yang menyerabutkan kepala tu. Hehe..

Nak tahu lagi?

Minggu ni jugak lah suatu peristiwa buruk telah berlaku pada Nurul... Sangat menyakitkan hati dan marah!

Selain itu, minggu ni jugak Nurul dan budak-budak farmasi yang lain dimaklumkan bahawa kami semua akan berpindah kampus ke Bertam pada 1 Julai 2011..

Arghhhhh!! Satu lagi tekanan menimpa diri. Berpindah ke Bertam, bermakna tiada lagi senda gurau dengan roomate dan juga housemate.

Itu juga bermakna masa rehat kitaorang sangat-sangat lah PACK! Huhu..

Bas dari UiTM Permatang Pauh akan ke Kampus Bertam pada pukul 7.45 pagi paling lewat. Ini bermakna kalau kelas pukul 8.00 pagi, kena bertolak dari sini pukul 7.15 pagi. Huhu..


Sangat-sangat best bila hampir tiap-tiap hari selama 5 hari berturut-turut kena bangun awal dari orang lain...

Dan hanya akan balik ke Kampus Permatang Pauh pada pukul 5.00 petang sahaja. Huhuhu....

Rasanya sampai kat sini dululah Nurul cerita..

Sebab memandangkan hari ni hari Jumaat, so banyak perkara yang boleh dilakukan seperti:

Membasuh dan menjemur baju

Mengemas bilik dan almari

Menyiapkan segala homework dan assignment!

Study untuk Test2 dan Quiz2 yang terdekat...

dan banyak lagi.... Hehe..


Semoga bertemu di entri yang seterusnya. Mohon ampun kalau Nurul jarang update sebab kat sini susah sikit nak masuk blog. Kalau facebook macam senang la jugak! ^-^


Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM