Selasa, 31 Mei 2011

Memulakan Kuliah Di Kampus Bertam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Inilah aktiviti yang dilakukan buat masa ni bila kelas pun masih belum bermula dengan sepenuhnya. Haha.

Sebenarnya, Nurul ada hal yang nak buat bila datang CC ni. So, dah alang-alang bukak, terus la update blog. Hehe..

Rindu giler ar kat blog bila duduk kat sini. Huhu. Tapi demi merealisasikan impian untuk menjadi seorang ahli farmasi, Nurul akan korbankan lebih banyak masa untuk study. Haha.. Macam sengal je ayat tu.

Nurul mintak maaf sangat-sangat kalau ada yang mengunjungi blog ni tapi Nurul tak balas atau tak follow balik. Nurul tak banyak masa sangat sekarang ni.

Dan untuk pengetahuan, esok Nurul akan memulakan kuliah di Kampus Bertam. Kampus yang agak jauh dari Kampus Permatang Pauh ini.

Akan menaiki bas dari Kampus Permatang Pauh ke Kampus Bertam dalam pukul 7.15 pagi. So, memang kena bangun awal la.. Huhu.. Sabar jelah..

Oklah, nampaknya setakat ini saje yang Nurul boleh update. Lagipun ramai lagi nak guna PC ni. Hahaha.. Kalau ada masa lagi ataupun hujung minggu ni, Nurul akan update sepanjang yang boleh. Hahahaha..

p/s: Sayang korang semua yang sentiasa sokong Nurul..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 29 Mei 2011

Selamat Sudah Menjadi Mahasiswi UiTM Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, sudah genap seminggu Nurul berada di UiTM Pulau Pinang.

Minggu Destini Siswa(MDS) telah selamat Nurul jalani dengan jayanya.

Pelbagai perkara yang baik dan buruk berlaku sepanjang Nurul menjalani MDS kali ini.

Letih memang tak terkata laa... Dengan mandi sekali sehari je. Memang dahsyat la.

Selain itu, kena jemur bawah panas matahari yang sangat terik dicampur dengan duduk kat atas jalan raya yang panas tu. 

Memang pengalaman betul laaa.. Baru dapat rasa kepanasan yang sebenarnya. Hahaha..

Namun, semua itu adalah untuk mendidik kami semua. mahasiswa baru untuk menjadi lebih berdisiplin dan menepati masa. 

Ribuan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para PMDS sekalian kerana telah menjaga kami dengan sebaiknya walaupun kami semua rasa macam terseksa sepanjang seminggu ni. Haha..

Oklah, rasanya setakat ini sahaja yang Nurul boleh coretkan buat masa ni. Kalau ada kesempatan masa lagi, Nurul akan ceritakan tentang Kolej Kristal yang Nurul duduki sekarang ni.

Semoga bertemu di entry yang seterusnya..

Untuk makluman Nurul akan memulakan kuliah farmasi pada hari esok, Isnin 30 mei 2011..




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 18 Mei 2011

Selamat Tinggal Semua..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry dalam mood yang agak sedih. 

Ini merupakan entri Nurul yang ke 220 dan merupakan entri yang terakhir sebelum bergelar mahasiswi.

InsyaAllah, kalau takde aral melintang, pagi esok Nurul akan memulakan perjalanan ke Penang.

Doakan yang terbaik buat Nurul yer kawan-kawan semua..

Korang pun samalah. Nurul doakan yang terbaik buat kita semua.. Jadi siswa/siswi yang beradab sopan k?

Jangan berani lagi langgar peraturan semua tuh. Ingat kita masih lagi baru. Masih baru nak menapak.

Kepada kawan2 blogger yang akan sama kos dan universiti dengan Nurul, jangan malu2 tegur Nurul k?

Nurul nak jugak kenal ngan korang semua di alam nyata.. ^-^

Jangan risau, Nurul memang muka macam garang tapi hati baik. Hahahaha. 

Cubalah dulu try kawan baru tahu. Hehehe.. <--- perasan jap.. 

Oklah, mood sedih balik..

Selamat Tinggal Semua



Ehsan Google


Selamat Tinggal:

- FACEBOOK


- BLOG DAN BLOGGER SEKALIAN


- TWITTER


-LAPPY KESAYANGAN


-BILIK KESAYANGANNN..

 Kepada sesiapa yang singgah ke blog ni, jangan segan silu yer follow. Mungkin akan bersawang sikit la.

Maybe after 1 month kot baru blog ni akan diupdate. Tapi, semuanya ikut keadaan lar..

Dah kekeringan idea nak tulis. Just nak maklumkan tentang pemergian Nurul ini.

Barang masih lagi nak kemas. Ada sikit-sikit lagi tak tersusun..

Nurul harap kehidupan di UiTM akan jadi lebih baik. 

Dan semoga orientasi Nurul nanti tak banyak aktiviti yang serabutkan kepala. Hehe..

And harap sangat yang orientasi UiTM ni best sangat-sangat.. 

p/s: Tolong jangan rindu Nurul yer...

Sekian.. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 17 Mei 2011

Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Erm. Update entri waktu pagi-pagi buta

Sebenarnya, nak post tentang Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN




Korang tahu tak benda apa nih?

Tolong la terangkan kat Nurul. Memang la Nurul dapat.

Ramai yang kata WPP ni diorang bagi awal. 

So, nanti akan dipotong dari bayaran pinjaman PTPTN. Huhu. Entahlah..

Maybe tak terima kot WPP ni. Apa2 pun kena bincang dengan family dulu.

Family pun tak tahu lagi tapi blogku dah tahu. Hahaha..

Kalau family kata tak payah, so memang tak ambik la. 

Tapi kalau family suruh ambik, ambik jelah. Dah rezeki.

Lagipun, nanti memang nak mintak PTPTN jugak kan? Huhu.

So, korang semua yang baca ni, tolonglah jawab pertanyaan Nurul ni..

Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN ni apa?
Segala kerjasama yang korang berikan, Nurul ucapkan ribuan terima kasih..

Sekian. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 16 Mei 2011

Family Day Terbaik! ^-^

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama rasanya tak update blog kesayangan ni. Hehe..

Sebenarnya, Nurul baru je balik dari Mersing semalam. So, badan masih lagi letih dan perlukan rehat


Endau Beach Resort..

Ingatkan sebelum pergi Mersing tu, boleh lah update blog tapi blogspot buat hal lah pulak. Huhu.. 

So, terpaksa tunda niat nak update blog ni.

Sekarang ni ingat nak buat entry pendek je tentang family day yang Nurul pergi baru-baru ni.

Keseluruhannya, Family Day kali ini sangatlah bestlah. Aktiviti2 pun semuanya menghiburkan..

Part yang paling best ialah Nurul dapat mandi laut dan mandi swimming pool.. Hehehe..

Sangat2 best dan Nurul harap lepas ni ada lagi Family Day macam ni. Huhu

Okeylah, untuk segala gambar dan aktiviti yang berlaku di sana, Nurul akan buat entry lain.

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 12 Mei 2011

Penukaran Tempat Pendaftaran Untuk UiTM Kampus Bertam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau nak diikutkan tahap kemalasan Nurul ni, memang tengah malam buta nanti baru nak update. 

Tapi, disebabkan ada sesuatu yang urgent, so Nurul kena update jugak blog ni..


-Ehsan Google-

Penukaran Tempat Pendaftaran Untuk UiTM Kampus Bertam

Untuk makluman semua pihak, semua pelajar yang sepatutnya akan mendaftar di UiTM Kampus Bertam

akan mendaftar di UiTM Permatang Pauh buat sementara waktu ini.

Mungkin after 1 week baru pelajar akan dipindahkan semula ke Kampus Bertam..

Setakat ini, ini saja maklumat yang Nurul dapat kongsi dengan kalian semua.

p/s: Kalau ade pape maklumat, Nurul akan update di entri ini, okey? ^-^

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Dah Siap Segala Urusan UiTM..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama rasanya tak update blog ni. Yelah, sibuk la katakan sekarang  ni. Hahaha..

Kalau nak diikutkan, setiap hari on9 je FB. Cuma tak larat nak update blog.

Yela, banyak  preparation yang kena buat. Kalau asyik dengan blog dan FB, memang tak terbuatlah semua kerja2 tu.  Hahaha.

Kalau on9 FB pun,  kejap je boleh. Sebabnya badan dah letih. Asal mata dah celik je kena buat banyak benda.

Tapi sekarang dah boleh tarik nafas lega dah.

Alhamdulillah, semuanya telah selesai setakat ni. Cuma, yang tinggal nk packing baju je.


-Macam banyak je barang sampai nak bawak kotak. Haha.. Ehsan Google-

Barang pun kebanyakannya dah beli. Kasut, baju dan lain2 pun dah beli. Bantal je belum. Huhu.

Dan adelah beberapa lagi barang-barang yg kecil tak beli lagi mcm peralatan mandi.

InsyaAllah, kalau takde aral melintang, malam ni baju akan dipacking sepenuhnya. ß tpi  mcm tak je asenya. Haha. Sb nak main bowling lagi. Hehe.

Owh, btw alang-alang dah buat entry ni Nurul nak bagitahu something 

Hari Sabtu dan Ahad ni Nurul akan off blog dengan FB sebab akan pergi ke Mersing untuk menghadiri Family Day.
Dah la barang2 nak pergi UiTM tak kemas lagi. Ni nak kena kemas barang nak pergi Family Day pulak. Huhu… Sibuk betul la diriku ni. ^-^

Erm.. Korang nak tahu tak? Nurul happy sangat2 hari ini sebab ada  

Kawan satu batch di MRSM Kuala Berang dapat uitm yang same ngn Nurul. Satu fakulti pulak..
Huhu.. Bestnya. Nurul tak tahu pun sebenarnya. Nurul dah lost contact ngn dia pas SPM dulu. Nurul rindu gila kot ngn dia. Dia seorang yang sangat baik kot. Then, tiba2 je dia msg pagi tadi gitau pasal tu. Dia pun nak pergi sana.. Bestnya!! Ada teman gua.

So, rasanya sampai sini dulu Nurul coretkan untuk tatapan korang semua. InsyaAllah, kalau ade masa lagi, Nurul akan update blog ni..

Kepada kawan-kawan semua, doakan Nurul dapat selesaikan semuanya dengan lancar dan dapat masuk ke UiTm dengan hati yang tenang.. Amin~~

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 9 Mei 2011

UiTM Kampus Bertam, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okey, akhirnya lahirlah satu lagi entry Nurul dan mungkin entry yang terakhir. Mungkin je. Hahaha..

Kali ini Nurul nak umumkan tempat di mana Nurul akan belajar 21 Mei nanti.

Seperti tajuk di atas, rasanya semua dah baca kan? Hehe..

UiTM Kampus Bertam, Pulau Pinang

Yup! Di sinilah Nurul akan melanjutkan pelajarann tidak lama lagi.

Mungkin akan tanya. 

"Eh, ada ke UiTM kat Bertam ni?" 

Owh, itulah soalan common yang selalu Nurul dengar bila Nurul cakap nak further study kt situ.

Isk2,jenuh Nurul nak jawab. So, sekali lagi Nurul jawab yer semua..

Yes! Jawapannya memang ada UiTM di Bertam itu. Baru sahaja ditubuhkan.

Dan kalau tak salah, kami merupakan batch yang pertama masuk di sana. Hehe..

Di bawah ni, adalah sikit2 gambar yang disnap oleh member Nurul semasa melawat di UiTM Bertam tuu..


Member Nurul. Model UiTM tu..Hahaha..




Dah tak tahu nak cerita apa lagi sebab Nurul pun tak pernah sampai sana lagi. Huhu..

InsyaAllah, lepas Nurul selamat sampai sana, Nurul akan ceritakan lagi di blog ni.

Nurul akan ceritakan lebih terperinci untuk tatapan kawan-kawan semua.

Semoga kehidupan Nurul di UiTM Kampus Bertam ni akan menjadi lebih baik. 

InsyaAllah, amin~~~

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 8 Mei 2011

UiTM di Hatiku!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sorry semua sebab lama tak update blog. Sekarang ni pun letih sebenarnya. Sibuk laa awok2! Huhu..

Okey, meh nak story sikit apa yang jadi sampai Nurul sibuk ni.

Sebenarnya, pada tanggal 6 Mei 2011, Nurul telah ditawarkan oleh UiTM untuk buat diploma farmasi..


Ehsan Google.. 

Di UiTM mana? Esok baru Nurul cerita. Hehe. So, lepas je dari tu, pening fikir nak sambung mana?

Ada yang suruh gi matrik, ada yang kata buat diploma saja dulu..

Dan akhirnya, keputusan di buat..

Nurul akan menyambungkan pelajaran di UiTM dalam bidang diploma farmasi.

Antara sebabnya, ialah Nurul minat sangat-sangat farmasi. 

Kalau pergi matrik, takut tak boleh score dan tak dapat farmasi. Tu lagi sedih.

Kalau kat UiTM, boleh sambung degree terus lepas dah habis diploma. Walaupun agak lambat.. =)

Bila keputusan dah buat, mulalah sibuk nak beli barang la apa la. Faham2 sajalah.. Perempuan kan. Hehe..

Okeylah, setakat ni saja yang Nurul nak cerita.

Sambung esok pulak. Dengan cerita pasal UiTM pilihan Nurul. 

So, kepada semua rakan-rakan bloggers, sorry sebab tak dapat nak blogwalking dan post entry baru banyak2. Huhu.. 

InsyaAllah, lepas semua selesai, Nurul akan update sebanyak mungkin. (Kalau sempat laa..)

Korang semua yang baca entry ni.. Doakan yang terbaik buat Nurul taw.

Owh, untuk pengetahuan.

Nurul akan mendaftarkan diri di UiTM lebih awal dari budak2 Matrikulasi..

Huhu, sedih laaa.. Awal sangat tuh.. =(

Tak puas lagi duk umah. Hehehe..

Oklah, panjang la pulak. Nak berehat jap. Esok nak post entry lain lak

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 6 Mei 2011

Follower Ke 400 -Kamal Adli-

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam ni nak kongsi satu berita dengan korang semua.

Nak percaya atau tidak, itu lain cerita yer.

Tapi, Nurul menaip entry ni dalam keadaan happy gitu. Hehe..

Sebab korang nak tahu tak yang Follower Nurul dah sampai 400 orang.

Alhamdulillah, dalam masa 3 bulan Nurul berblogging ni, follower makin hari makin bertambah.

Walaupun, kadang-kadang agak perlahan pergerakan tu, tapi naik la jugak. Hehe.

Oklah, sekarang Nurul nak perkenalkan follower Nurul yang ke 400 ni..

iaitu...




Owh, kelas gitu rasanya. Bila artis follow Nurul.. Haha. Bapak perasan doe. Relax2 yer.

Silalah jeles sekarang yer. Hahahahaha.. Seronok...

 Erm.. Sebenarnya, blog ni dikendalikan sendiri oleh KAMAL ADLI. 


Diambil dari Blog KAMAL ADLI. ^-^

So, jangan segan silu yer pergi jenguk sana. Confirm tak rugi. Sebab KAMAL ni bapak peramah gila laa..

Btw, thanks yer KAMAL ADLI sebab sudi follow yang serba sederhana ni. Huhu..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

"1st GIVEAWAY by HAJAR HASAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Join di saat-saat akhir. Hope diterimalah. 

"1st GIVEAWAY by HAJAR HASAN"



Btw, tak ade apa yang nak dikatakan. Cuma blog Hajar menarik, entry pun kebanyakanya bagus. 

Tak macam blog Nurul ni. Hahaha. Kutuk diri sendiri ni. Huhu..

Semoga Hajar berjaya dalam apa jua bidang yang Hajar pilih.

Kita sama umurkan? Seronok dapat berkenalan dengan Hajar. Hehe...

Tag 2 orang.

Hamizullani

Ungunya Cinta!

Sekian..



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA Sesi 2011/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Last entry sebelum tidur. Ni untuk makluman semua pelajar lepasan SPM 2010.

Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA Sesi 2011/2012.

Semakan boleh dibuat pada 06 Mei 2011 pukul 12.00 tengah hari.

Kepada yang dah dapat tawaran, jangan lupa kongsikan di sini yer. 

Bolehlah kita kongsi kegembiraan itu bersama-sama. Huhu.

Korang semua doakan yang terbaik untuk Nurul yer.

Semoga Nurul dapat tempat di Universiti pilihan Nurul. Takut ni sebenarnya. Debor..

Korang semua klik je banner kat bawah ni kalau nak ke aplikasi semakan. 


Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Berjaya Kali Ini.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry pendek saja. Dah penat kot. 

Mood tengah malam ni: Happy + bersyukur sangat sebab menang main bowling malam ni.. 


Ehsan Google

Hehe. Sebenarnya, tournament tu malam ni. Tarikh telah diubah. Huhu. 

Nasib baik score baik je. Syukur sangat-sangat. Dapatlah jugak hasilnya.

Tapi, tak banyak sangat score. Dalam 300 ++ je jatuhan pin.

Btw, dapat jugaklah hadiah daripada tukang sponsor nya. 

Walaupun tak seberapa, tapi at least usaha Nurul berbaloi.

Okey, jumpa di next entry ok?

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 5 Mei 2011

Sibuk Lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Fuh! Sat - sat sibuk saja. Mengalahkan Perdana Menteri saja Nurul ni. Hehe..

Ini pun kena taip dalam keadaan cepat sebab lepas ni nak berlatih bowling pulak. Tournament dah dekat.^-^


Ehsan google.

Sebenarnya, taklah sibuk sangat cuma hari ni Nurul puasa. So, macam tak larat nak taip entry pagi dan petang tadi. Lagipun, Nurul tak bersahur pagi tadi. Tak terkejut sebab letih sangat semalam. Huhu..

Memang rasa terseksa jugak la terpaksa tahan lapar. Dah la hari ini pulak semua orang macam suka-suka saja nak makan depan Nurul. Sob3.. Sabar sajalah. Alhamdulillah, iman masih kuat sampailah berbuka puasa tadi.

Oklah, nak pergi dah ni. Doakan malam ni Nurul berjaya score yang terbaik untuk bowling. Kalau sempat, lepas habis bowling, Nurul akan update lagi untuk entry terbaru.. 

Sekiann..



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

...Saya Sayang Nuffnang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Owh, Saya Sayang Nuffnang..



Memang pun. Sebab Nuffnang bagi duit kat Nurul. Haha. Padahal sikit je.

Korang nak tahu tak? Sebenarnya, Nurul baru je jeles dengan kawan blogger sorang ni 


sebab dia cakap dia dapat BE lagi dari Nuffnang walaupun tak update blog. fuh, hebakkk tuuu.. 

Lepas tu, dengan perasaan cemburunya, Nurul pun pergi la bukak akaun Nuffnang Nurul setelah agak lama merajuk dengan Nuffnang. Haha.. xboleh blah la merajuk..

Dan apa yang mengejutkan Nurul ialah earning Nurul dah naik. Bukan sikit taw, banyak la jugak.



Sebabnya, dari beberapa sen dah jadi ringgit.. Hehe.. Seronoknya tengok.. ^-^

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dengan rezeki yang ada walaupun tak seberapa.

So, kepada korang semua, rajin2lah klik iklan nuffnang Nurul tu yer.. Sayang korang lebihh....

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

KEPUTUSAN PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN) 2011[JPA]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, temuduga telah berjaya ditempuh oleh rakan-rakan seperjuangan Nurul. 

Dan sekarang, tibalah masa untuk kalian semua mengetahui adakah kalian semua berjaya. 

Jangan risau. InsyaAllah, kalau ada rezeki, korang akan dapat tawaran dari JPA. 



Namun, kepada yang tak berjaya, banyakkan bersabar. Mungkin rezeki korang kat lain.

Ingat yer!

KEPUTUSAN PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN) 2011[JPA]

akan diumumkan pada 

6 MEI 2011

iaitu hari yang sama keluarnya keputusan pengambilan UPU panggilan pertama.

p/s: Sebarang pindaan akan dimaklumkan kemudian.. ^-^

Sekian.


UPDATE


SEMAKAN PILN JPA DITUNDA PADA 9 MEI 2011 PUKUL 5.00 PETANG..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


SAYA DAPAT BANNER NI DARI BEN ASHAARI

Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 4 Mei 2011

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua calon lepasan SPM yang tidak berjaya untuk ke Matrikulasi, anda semua dinasihatkan untuk menyemak status tawaran untuk kemasukan ke Tingkatan Enam 2011.

Buat pilihan yang terbaik demi masa depan kalian semua. Nurul tak dapat masuk Tingkatan Enam dan alhamdulillah, dapat tawaran matrikulasi. Namun, masih menunggu panggilan UPU. ^-^

Kalian semua boleh menyemak dengan klik di SINI



Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tahniah Buat Zed Zaidi dan Nelly Natalia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya masih belum terlambat untuk Nurul ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada jejakan idaman Malaya iaitu Zed Zaidi dan pasangannya Nelly Natalia di atas perkahwinannya mereka baru-baru ni.


Credit to Google

Zed Zaidi dan Nelly Natalia selamat disatukan pada 29 April 2011 yang lalu. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu diucapkan kepada mereka berdua.

Semoga rezeki Zed Zaidi lebih melimpah ruah lepas berkahwin ini. Diharapkan perkahwinan Zed Zaidi dan Nelly Natalia kekal hingga akhir hayat.

Rasanya semua dah tahu yang  mereka berdua ni kenal di Facebook. Disebabkan itu, kad kahwin mereka bertemakan Facebook. Sangat kreatif tuu.. I like!!! ^-^


Credit to Google..

Ucapan Nurul buat mereka:

Kepada Zed Zaidi, semoga menjadi seorang suami yang baik, ayah yang penyayang, ketua keluarga yang adil dan saksama.

Dan kepada Nelly Natalia, semoga dapat jadi isteri yang solehah dan dapat melahirkan baby-baby yang comel serta menjadi ibu yang penyayang.

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 3 Mei 2011

...Sorry Semua...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

...Sorry Semua...


Credit to Google

Pagi ini Nurul nak mintak maaf kat semua sebab dah lama tak post entry-entry baru. Nurul sangat-sangat sibuk sejak masuk bulan Mei ni. Tambah-tambah baru-baru ni mak dengan abah cuti 3 hari terus, so ambik peluang pergi jalan-jalan la. Lagipun, abang Nurul yang belajar kat Penang tu sampai kat Batu Pahat pagi semalam. So, mak dengan abah ajak pergi Melaka. Fuh, letih sangat kot. Jalan merata kat Melaka tuu.. Ni pun tak cukup rehat lagi ni.

Sehari sebelum pergi Melaka lak, pergi berlatih bowling. Nak tournament tak lama lagi. Memang letih. Balik dari main bowling, terus tidur. Balik dari Melaka semalam pun terus tidur. Sangat-sangat letih + penat + tak larat = nak tidur lagiiii... =p Masa main bowling tu, memang dugaan betul laaa. Sampai corak permainan pun dah jadi perlahan. Erm.. Lepas ini kena berlatih lagi laaa.. Susah kot nak score 120++ untuk satu game. Takpe2, Nurul akan berusaha lagi untuk kali ni. Korang semua doakanlah Nurul berjaya dalam tournament ni ok? Hehe..

Lagi satu, tak lama lagi pulak, Nurul akan masuk belajar. So, kena buat banyak persediaan.Namun, Nurul akan cuba untuk update blog ni sebaik mungkin. Hope Nurul tak abaikan blog ni terlalu lama. Dan kepada korang yang baca blog ni, doakan Nurul dapat buat pilihan yang terbaik untuk sambung belajar yer? ^-^..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 1 Mei 2011

"SAYA NAK JADI BLOGLIST SIMANIS-CADBURYLADY"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Update sepantas kilat ni sebab lepas solat Zohor nanti, nak antar adik pergi tuisyen dan nak pergi SHOPPING!

Hehe.. Nak ikut tak? Datanglah Batu Pahat, Johor.. Hihi.. Gurau jep! ^-^

Okey, kali ni Nurul nak join satu segmen lak. Rasanya dijemput oleh tuan penganjur sebab beliau ada tinggalkan link di shoutmix sebentar tadi. Tapi, kalau tak jemput pun, Nurul nak join jugak. Boleh kan? Huhu..

Jom kita teruskan dengan syarat-syaratnya. Nurul tak akan nyatakan di sini. Korang tengoklah sendiri di SINI



Kena tag rakan-rakan blogger. Oke, kali ni Nurul tak nak tag. Cuma kepada sesiapa yang baca entry ni, Nurul harap korang join la yer. Ataupun, nanti Nurul akan tag secara random je kat FB yer. Senang.. ^-^

Sekian..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM