Khamis, 15 Mac 2018

Semester 8 Degree Farmasi yaww !

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Wehuuuuu, akhirnya setelah masuk minggu ketiga bulan Mac ni barulah ada semangat nak mula menaip balik hahaha. Itu pun setelah sepuluh juta kali fikir patut ke tak up entry lagi dekat blog sebab sekarang ni mood semuanya sangat lah malas. Haha, rasa nak baring atas katil hari hari selagi boleh 😋 

So, tajuk kalini pun dah terang lagi bersuluh kan. Hehe, alhamdulillah selamat dah daftar semester baru dan semester terakhir di UiTM Puncak Alam ni pada 4hb Mac 2018 yang lalu gituu. Rasa macam tak percaya dah masuk semester 8, semester terakhir di sini sebagai seorang pelajar, semester terakhir sebagai mahasiswa UiTM di Fakulti Farmasi, fuhh siapa sangka kan haha. 7 tahun perjalanan sebagai seorang pelajar farmasi akan berakhir tak lama lagi, oh saya tidak boleh bayangkan bagaimana jadinya nanti 😱 Jadinya, entry entry yang akan naik dalam blog aku semestinya lah aku berkisar tentang kehidupan aku sebagai seorang pelajar hiks. InshaAllah kalau aku rajin terlebih, ada lah entry2 lain yang berinformasi gituu, sama2 lah kita doakan ya 😜

Best ka bila dah masuk tahun akhir ni? Haaa, setakat ni masih baik2 saja lagi, almaklumlah masih baru masuk sem lagi kan, masih belum sibuk dengan aktiviti2 dan tugasan2 yang ada. Apa2pun, semester ni aku suka dengan jadual nya hehehe, sebab kelas tetiap hari sampai pukul 12pm saja maximum kalau tiada tutorial/pembentangan case 😝 Hari Khamis pula, iaitu seperti harini, langsung takdak kelas okayyy?! Ohhh, syukur pada Allah, dapatlah juga rasa ketenangan semester akhir ni haha poyo sikit lah 🙈 Tapi itulah, bila free sangat ni, sampai satu masa rasa bosan jugak terutamanya kalau asyik duduk dalam bilik ja sobs. Poket belum tebal lagi gais, doakan tak lama lagi poket aku tebal sikit k 😇

Poket belum tebal gais, ni orang belanja haritu HAHA banyak masa sangatkan, keluarlah pergi makan sedap 😈
Dannn sekarang ni yang rasa serabutkan kepala aku, adakah aku patut study awal supaya tak terkapai kapai di hujung semester ni? 😅 Bukanlah nak kata aku ni skema habis, asyik baca bukuu ja, tidak tidak haha tapi sebab memikirkan nanti kami bakal duduki peperiksaan akhir semester lepas menyambut Hari Raya Aidilfitri terus rasa macam tak semangat HAHA. Walaupun kalau ikutkan ni dah nak masuk kali ke 3 final exam lepas raya, mungkin sebab dah final semester kan, perasaan tu macam lain sikit, haaa gitu 😕 Konklusinya, tengok kalau lepas lepasni aku rajin sikit, aku bukaklah nota sikit tengok apa yang patut, biasalah kurang cerdik macam aku ni kenalah bertindak awal sikit dari orang lain huu doakan aku jadi bijak sikit okayy dah final semester ni HAHAHA 😎

Aku dah tak tahu nak taip pasal aku jadinyaaaa sampai sini dulu entry kalini. Maaf lah kalau macam membosankan sedikit HAHAHA. Panjang panjang pun bukan ada orang baca sis, true af  🙊 Harapan aku untuk semester terakhir ni semoga semuanya baik2 saja, dari segi melibatkan diri serta bersosial bersama rakan2 satu batch serta juga dari segi akademik nya hehehe. Dan semester last ni kena jaga sungguh CGPA last ni kalau tak menangis lahh diri sendiri huu 😩 Semoga seorang Alyaa mampu habiskan Degree Farmasi nya dengan jayanya inshaAllah amin 🙏



Jumpa lagi di lain entry ! 😘 Ohhh sebelum tu, tahniah pada semua calon2 SPM 2017 atas keputusan SPM yang diumumkan pada harini. Apapun keputusan, terima dengan hati yang terbuka ya ! Ada hikmahnya tu kenapa Allah bagi banyak tu pada kita, setimpal dengan usaha kita 😉

Bye! 

Alyaa Ibrahim

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

4 ulasan:

Adam berkata...

Hai akak. Kerja bidang farmasi ni kan.. dia kerja belakang tabir bahagian ubat-ubatan tu eh dekat hosp? kalau macam saya nak bisnes farmasi gitu boleh ke? ( macam kedai-kedai farmasi ).

iam.umifuzy berkata...

salam kenal dari www.umifuzy.com

AlyaaIBH berkata...

@Parker Fox

Hai. Yup kerja bahagian ubat-ubatan di hosp. Boleh je nak bisnes farmasi. Kena habiskan 4 tahun degree, duduki exam forensik, habiskan setahun latihan provisional (PRP) dan lengkapkan khidmat wajib berkhidmat dgn kerajaan, lepastu boleh bukak kedai farmasi :)

AlyaaIBH berkata...

@Mrs Fuzy Hamid

Salam kenal :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM