Jumaat, 20 Februari 2015

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Jun 2015


Buat adik adik lepasan SPM 2014 yang akan menerima keputusan peperiksaan 3 March nanti,

Bolehlah membuat permohonan untuk mengikuti kursus perguruan lepasan SPM(KPLSPM) ambilan Jun 2015.

Buat mereka yang meminati bidang perguruan, rebutlah peluang yang satu ini

InshaAllah jika terpilih, anda sangatlah bertuah

Sebab semuanya akan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dari persediaan hingga ke Ijazah Pertama.

Nasihat aku hanya satu, pilihlah subjek yang betul. Janganlah terlalu memilih subjek yang nampak macam mudah seperti Bahasa Melayu atau Matematik sebab saingan sangatlah tinggi.

Tak kiralah macam mana keputusan nanti, cubalah apply dulu sekarang ya ;) Semoga berjaya :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 19 Februari 2015

Keputusan Peperiksaan SPM 2014

                                                                                                      

                                                       
Keputusan Peperiksaan SPM 2014 akan diumumkan pada 3.3.2015. (Gambar ihsan FB)
             
Tambah tolak, lebih kurang 12 hari saja lagi keputusan peperiksaan SPM 2014 akan diumumkan. 


Semoga berjaya buat semua calon-calon peperiksaan SPM 2014 yang lalu

Semoga kejayaan milik kalian semua ;)

Beruntung sebenarnya  batch kalini sebab kementerian umum awal tarikh nak keluarkan result, berbanding masa batch aku dulu, merintih nak tunggu bila kementerian nak umum tarikh. Hahaha

Apa2pun, harapnya keputusan yang keluar setimpal dengan usaha korang semua !

Semoga berjaya juga buat adik aku nanti. Haha. Adik yang nak ambik result, hakak hakak yang nervous. Well, biasalah tu kan. Over excited :P

Gambar ihsan daripada FB Group HPSS



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 17 Februari 2015

Seminggu menghilang

Assalamualaikum selamat malam

Alhamdulillah masih berpeluang untuk menaip malam ni. Seminggu menghilang. Bukan kemana pun, ada saja kat sini cuma tak berkesempatan nak update blog. Haha. Almaklumlah, masa cuti macam ni ja dapat spend time dekat rumah, spend time dengan orang yang kita sayang. Tak gittew? :P

Mengidam lagi nak makan ni :(
Harini dah 17 Februari. Sekejapnya rasa masa berlalu. Tak lama lagi dah nak balik ke kampus kesayangan aku dah. Hahaha. Jadi kenalah nikmati seadanya cuti yang ada ni kan. Minggu lepas aku banyak keluar rumah pergi spend time dengan kawan2, lepastu balik keluar dengan family spend time sama2. Hihi. 

Post birthday celebration w friends
Sekarang ni dah kekeringan idea nak tulis apa. Sebab dah tak aktif blogging macam dulu kan, nilah akibatnya. Biasanya idea mencurah curah saja. Sedih lah jugak rasa sobs. Oklah sampai sini dulu aku update, inshaAllah next entry nak cerita pasal Hari Jubah aku. Walaupun dah basi sesangat dah, kahkah. Stay tunee ! ;)





Rakan seperjuangan sewaktu diploma dulu. Thanks 4 the  time girlss 



Spend time dengan family. Alhamdulillah rezeki lebih :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM