Isnin, 24 Februari 2014

Keinginan . . .

Keinginan ,

Sungguh semua orang punyai keinginan ,

Tak kira keinginan itu besar ataupun kecil ,

Begitu juga aku.

Aku ingin sekali ,

Berada dan bersama

orang yang menyayangi aku ,

orang yang memahami aku ,

orang yang menerima aku ,

baik dan buruk aku ini ,

orang yang mampu terima keluarga aku ,

adik beradik aku ,

dan semuanya mengenai aku .

Tapi itu hanyalah keinginan ,

bukanlah impian

Kerna aku tahu semuanya jauh dari gapaian aku sendiri

Terlalu jauh untuk aku impikan sebegini rupa

Alhamdulillah, sekurang2nya aku juga punya rasa teringin itu (:



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 23 Februari 2014

Dah selamat semuanya . . .

Alhamdulillah, baru2 ni terima berita gembira mengenai seorang kakak kesayangan ku masa di Klinik Kesihatan Seberang Jaya , yang dia dah selamat melahirkan seorang bayi pada 22.02.14.

Sekarang ni tengah tunggu gambar dari kak Hajar dengan baby dia ! Hehehe. Sangat tak sabar rasa.

Dan insyaAllah, dalam perancangan untuk pi melawat Kak Hajar dgn baby nanti. Nasib baik Kak Hajar dah bagitau awal2 nak berpantang kat mana kan, hehe. Rasa macam nak ajak kakak2 yang lain bila nak pi nanti. Harap sangat plan menjadi, yey !

Selain dari tahun ni banyak jemputan kahwin, aku jugak aku banyak terima anakbuah baru, haha. Merasa lah jugak jadi makcik angkat kan, hekhek. :-P

Apa2pun tahniah kak Hajar dan abg Harith ! Dah selamat semuanya, alhamdulillah. Btw, can't wait to see your junior soon ! :-D



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 22 Februari 2014

MAGNUM Chocolate Brownies

Assalamualaikum, selamat malam ---

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hirup udara di muka bumi Allah ni.

Ok, sekarang cuaca macam panas, terik sikit kan bila siang hari. Bila panas, rasa macam bahang, tak gittew ? Siapa yang duduk area Penang ni kalau tak rasa semua ni, macam tipu jer, macam tipu jer, haha.

So, sejak2 cuaca begini, aku sudah kembali berkecimpung untuk makan aiskrim. Amboi kau Alyaa, tekak nak hebat saja kan, hekhek. Baru2 ni tetiba ja rasa nak makan aiskrim Magnum. Entahlah tetiba rasa tekak gatal nak makan yang tu, padahal sebelum ni punyalah tak mau makan sebab aiskrim ni kan mahal, haha

Cuba teka aku makan Magnum yang mana ? Yess ! Tepat sekali, MAGNUM Chocolate Brownies, memula sekali aku makan. Rasa not bad lah, sedap jugak. Sebabkan mahal, so aku expect sedaplah kan, kalau tak memang aku dah bising dah serata dunia, haha.



Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepastu, ternampak iklan kat TV pasal Magnum ni, dan barulah tahu perisa ni baru lagi. Patutlah pong. Bagus2, banyakkan lagi perisa ya Magnum, hewhew.

So, malam ni tetiba tekak terasa nak makan Magnum jugak tapi perisa Almond punya. Ewah, kemain kan. Sanggup keluar rumah kejap nak beli aiskrim tadi, haha. Hmm, motif kan taip entry macam ni malam2 ni. Jangan marah nah.

Saja ja nak merepek memalam macam ni. Oklah, babai. Selamat malam, selamat hujung minggu ! :-P



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM