Sabtu, 30 April 2011

Izyan Masri First Random Giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mood sekarang ialah baru bangun tidur. Hahaha.Orang lain tengah tidur, Nurul dah bangun. Hehe..

So, nak join GA pulak kali ini. GA yang dianjurkan oleh Izyan Masri



Kepada tuan penganjur...

diharapkan pilihlah blog Nurul yang tak seberapa ni untuk menang GA ini...

memandangkan blog ni tak pernah menang apa-apa GA ataupun contest walaupun dah kerap kali join. Huhu.. 

*Ayat sedih ni.. =(

Btw, Nurul tak kisah pun samada menang ataupun tidak. 

Sebab semua GA ataupun contest yang Nurul join ni untuk menyokong rakan-rakan blogger. 

Lagipun, tak salah kita nak memeriahkan dunia blogging ni kan? Hehe..

So, kepada semua kawan-kawan blogger sekalian, kalau rasa nak join GA ini, kliklah banner di atas.

Ataupun bolehlah klik SINI

Tag 2 orang:



Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 29 April 2011

Halia Bantu Atasi Hidung Tersumbat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Update blog dalam keadaan yang lemah badan ni sebab sedang hadapi selsema yang agak teruk. Huhu.. Sakitnya hidung tak payah kata la. Habis tisu-tisu di rumah ni digunakan untuk membersihkan hingusan-hingusan yang keluar. Hehe.. Sorry la, bunyi macam kotor je kan.

Tapi, itulah realiti yang dihadapi oleh semua orang kalau selsema menyerang kita kan? Lagipun, rasannya macam dah musim pulak selsema ni. Ramai la jugak kawan-kawan Nurul yang selsema. Owh! Nampaknya Nurul dah melalut terlebih pulak. Sebenarnya, kali ni Nurul nak kongsikan sesuatu berkenaan dengan selsema jugak. Huhu..

Untuk pengetahuan korang, banyak cara yang ada untuk mengatasi hidung tersumbat. Antara cara untuk mengatasi hidung tersumbat ialah:

Minum Banyak Air

Minum banyak air sebenarnya penting untuk menjaga cairan di dalam tubuh agar keadaan hidung kekal lembap bagi membantunya lebih kebal terhadap jangkitan.

Cari Tempat Hangat

Seboleh-bolehnya jauhi tempat berhawa dingin kerana ia akan memburukkan keadaan hidung tersumbat anda. Hidung yang tersumbat teruk menyebabkan kepala semakin sakit.

Ambil Vitamin C

Banyakkan pengambilan vitamin C. Tidak semestinya pil-pil, tetapi boleh dapatkannya secara semulajadi dengan menikmati makanan seperti limau dan buah strawberi.

Kunyah Halia


Jangan pandang rendah pada halia. Rasanya pedas dan berangin tetapi inilah yang dapat membantu anda untuk mengurangi hidung tersumbat. Makan tiga potong atau hirisan halia setiap hari ketika kita dijangkiti selesema. Ia efektif secara semulajadi untuk mengurangi gejala hidung tersumbat.

Keluarkan hingus

Membuang hingus seperti yang dilakukan Nurul juga membantu, tetapi perlu ada caranya. Jangan memaksa hingus untuk keluar dengan cara menghembus dengan kuat. Hembuskan nafas melalui hidung secara perlahan. Cuba agar tidak meyedut kembali hingus anda.

Sekian.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

BEN ASHAARI vs BAIM WONG [Siapa Lebih Handsome?]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Huhu. Saje je nak buat entry hangat, Hah! Takde maknanya. Kali ni nak post entry ni pun sebab takde idea kot nak post entry apa. Lagi pun kejap lagi ada hal. So, malas nak fikir panjang nak buat entri apa. So, next entry adalah malam ni kot. Haha.. Malas nak update banyak-banyak. Bukan ada orang nak baca pun.. ^-^.

Entri kali ini sebenarnya Nurul ambil daripada Hajar Hassan. Tapi, korang jangan risau la. Nurul dah mintak permission daripada beliau taw. So, entri ini nanti akan dikredit kepada beliau. Hehe. Sebab tulah Nurul kata tak payah fikir panjang nak buat entri kali ni. Huhu. Just ambik dan terangkan semula je.. =)


Credit to Hajar Hassan

Apa yang korang perasan daripada gambar di atas? Okey, kalau nak diikutkan daripada entri Hajar Hassan, beliau tanya, antara Ben Ashaari dan Baim Wong, siapa yang lebih handsome? Haha.. Soalan cepu emas kot tu.. Dan melihatkan kepada comment-comment di entry beliau, ada yang menyatakan Ben Ashaari ada iras dengan Baim Wong. Hehe. Betul ke? Tapi, kalau tengok gambar kat atas pun, macam iras-iras kan? So, pendapat korang macam mana? Ada iras-iras tak? n Siapa lebih handsome? ...

Oops! Tunggu. Ada 1 lagi gambar..


Credit to Hajar Hassan

Okey, sekarang korang buatlah penilaian siapa yang lebih handsome.. Haha.. Buatlah pilihan yang terbaik. Antara Ben Ashaari atau Baim Wong? ^-^. Btw, korang janganlah marah. Entri ni saja-saja dibuat. Tapi, Nurul suka Baim Wong. Hehe.. Takde maknanya. Cerita Indon pun malas nak tengok. ^-^

Oklah, got to go now sebab ada kerja yang hendak diselesaikan. Lagipun, hujan tengah lebat ni. Tak leh nak on9 sangat. Takut.. Huhu.. Last but not least, kepada Hajar Hassan, thanks very much sebab bagi permission untuk kongsikan entry ni. Lagipun, I takde idea nak buat entry ni. Hahaha..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM