Khamis, 5 Julai 2012

'Sense Your Soul' by Imam Muda Azhar. :)

Assalamualaikum dan selamat malam.

Sambil dengar ceramah, aku ambik kesempatan untuk update blog kejap. Hehe.

Alhamdulillah, harini aku dapat join satu program ceramah 'Sense Your Soul' oleh Imam Muda Azhar. Program ni rasanya dapat sambutan ramai sebab aku tengok dewan penuh je sekarang ni.

Macam mana ceramah dia? Boleh tahanlah. Mula mula macam mengantuk jugak sebab nada dan tone Ustaz Azhar ni macam slow sikit.

Lama lama nada dan tone Ustaz ni makin best dan menarik! Jadi, aku takdelah rasa mengantuk sangat. Dan sekarang masih lagi segar mata aku untuk dengar ceramah ni. Hehe.

Oklah, yang tu saja aku nak update. Tengah malam satgi baru aku update lain. Babai. :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 4 Julai 2012

Shopping Sendiri. Best ke?





Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Siapa yang pernah pergi shopping sendiri sendiri tanpa di temani sesiapa? Hah, aku pernah. Itu gambar kat atas tu bukti aku gi shopping sendiri. Rasa macam forever alone gila ooo masa duk pilih pilih barang tu. Act, gambar ni dah lama. Masa aku mula mula nak masuk semester baru nih. Takdak orang nak teman aku gi beli barang, so terpaksalah drive sendiri pergi Longwan untuk beli barang. Kahkah. Macam lawak pun ada bila fikir-fikirkan balik. Lagipun, bagi aku.. senang lagi kalau pi shopping atau beli barang sorang sorang sebab senang nak pilih barang. Betul, tak percaya pi try buat. Nak beli pun rasa aman gila lah, tenang ja nak buat pilihan. Haha. Jenis aku pulak yang berjimat sikit bila beli barang, makanya aku akan buat pengiraan dengan setiap apa yang aku beli. Siap buat calculation kot supaya tak lari bajet. Hikhik. Beli barang pun pilih yang murah-murah dan berkualiti. Cerewet jugaklah aku ni. Jadinya, aku rasa aku menghabiskan lebih kurang 2jam untuk pilih barang. Belinya takdelah banyak sangat. Haha. Memilih kan, biasalah tu.



Tapi aku ni jenis memilih barang ja, kalau bab bab lain, aku tak memilih sangat. Berkawan pun, aku berkawan dengan semua. Tak dak pilih2. :) So, pendapat korang apa pulak? Best ke kalau pi shopping sorang-sorang ni? Well, lain orang lain pendapat kan. Aku dengan pendapat aku sendiri. Korang pun mesti ada pendapat kan. :) Oklah, yang tu je nak update. Saja nak cerita pasal ni, kalau asyik pasal life aku kat kampus ni, kang ada yang nak termuntah baca. Haha. So, babai. ^__^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 1 Julai 2012

Sukan Antara Fakulti 2012 (SAF) - Bowling

Nampakkah kalian akan namaku yang tertancap di situ di dalam Borang Pendaftaran Pasukan Sukan Antara Fakulti 2012, Bowling Wanita. Oh, tidak ku duga yang aku akan wakil fakulti aku dalam pertandingan bowling ni. Rasa macam mimpi je kot. Iyelah, aku bukanlah pemain bowling yang hebat. Main pun untuk saja-saja ja. Setakat tournament biasa biasa pernahlah aku mainn.

Well, apa apa pun terima kasih sebab pilih aku untuk berganding dengan player kebangsaan, Amni. Fuh, hebat jugaklah adik junior ni. Player kebangsaan kot.

Game kami dijadualkan pada hari Jumaat ni, 6 Julai 2012. Kami masih dalam training lagi. Supersenior, Abg Hazwan tolong jadi coach kami. InsyaAllah, kami akan buat yang terbaik.  Doakan team kami okey. :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM