Ahad, 12 Jun 2011

Keriangan dalam Kesedihan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makin hari diri ini makin sibuk. Sangat-sangatlah sibuk dengan pelbagai perkara.

Dengan assignmentnya lagi, homework lagi. Pas tu dengan koko yang menyakitkan hati tu.. Huhu..

Tapi, mula-mula je rasa serabut. Lama-kelamaan dan setelah hampir 3 minggu lebih menjadi student UiTM Pulau Pinang ni, semuanya dah berjalan lancar. 

Cuma, kadang-kadang tu adalah beberapa masalah yang melanda diri ini.

Tapi, Nurul akan cuba pastikan masalah itu tidak menganggu fokus utama Nurul datang ke sini.

Nurul dah tetapkan yang terbaik untuk diri ini Demi membahagiakan dan membanggakan kedua-dua ibu bapa Nurul yang disayangi.

InsyaAllah, semoga semuanya berjalan lancar.

Kepada followers Nurul yang masih setia, terima kasih Nurul ucapkan kerana masih megikuti blog ni.


Kepada yang dah unfollow, takpelah. Nurul tak kisah. Mungkin korang bosankan?

Ye lah, Nurul dah jarang update blog. 

Kalau update pun pendek2 je, dah tu entry memang bosan kan?

Nurul mintak maaf sangat2. Sekarang ni memang susah sikit nak on9.

Nurul pulak tak bawak lagi laptop. Susah, macam tak best je nak pinjam laptop roomate selalu semata2 nak on9. Huhu..

Lagi satu, sekarang ni quiz dan test dah nak dekat giler. So, kena banyak kejar..

Erm.. Oklah. Petang ni ada group discussion pulak. Nak siapkan diri utk present assignment.

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 11 Jun 2011

Assignment yang banyak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama rasanya tak update blog ni.

Sibuk sangat la katakan. Hahahaha.

Assignment terlalu banyak. Homework lagi laa.. Tak terkata...

Itulah akibat dan kesan yang perlu diambil bila dah jadi budak farmasi ni. Padan dengan muka. Huhu..

Subject untuk semester ni ada 7 kesemuanya. Ada yang susah dan ada yang senang.

Takutnya rasa sebab minggu depan ada test dengan quiz.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar.Amin..

Sorry semua sebab tak dapat nak update lama-lama memandangkan sekarang ni tengah guna laptop kawan. 

Laptop sendiri tak bawak lagi la.. Malas lagi... Hehe..

Sekian..

 Korang rasa macam bersalah tak kalau rampas hak orang lain? ^-^


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 6 Jun 2011

Kita Hanya Merancang, Tuhan Yang Menentukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menaip dalam kelajuan yang semaksima yang mungkin untuk memaklumkan apa yang terjadi baru-baru ni..

Seperti yang sedia maklum, Nurul pernah bagitahu yang Nurul akan memulakan pengajian di Kampus Bertam kan?

Namun ada sesuatu yang telah berlaku dan menyebabkan pengajian kami dipindahkan semula ke Kampus Permatang Pauh.

Hari Rabu minggu lepas Nurul ada maklumkan yang Nurul akan pergi Bertam kan?

Kitaorang memang pergi tapi hanya buat lawatan je. Haha.. Sebab masa tu semuanya berterabur.

Kelas tak tahu kat mana, kemudahan pun masih tak berapa nak lengkap. Lecturer pun masih pening2 lagi dengan keadaan kat sana.

So, lebih kurang pukul 10 hari Rabu hari tu kitaorang kena berkumpul di perpustakaan baru di Kampus Bertam tu untuk berjumpa dengan Rektor Kampus Permatang Pauh.

Dan di situ segalanya terjawab.

Rektor memaklumkan kepada kitaorang yang buat masa ni Kampus Bertam tak boleh nak digunakan sepenuhnya lagi.

So, diharapkan bersabar yer kepada kawan-kawan seperjuangan sekalian.


Sebab Kita Hanya Mampu Merancang, Tuhan Yang Menentukan..


Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM