Isnin, 28 November 2022

Keputusan Semester 2 dan Semester 3 MPharm

Assalamualaikum dan selamat malam.

Wahhhhhh akhirnyaaa setelah hampir dua bulan lebihhh aku meninggalkan blog tercintaaa, kembali lagi dalam sesi menaip entry untuk harini 😂 So, apa khabar semuaaa? Acece konon macam ada yang baca blog dia tuuu 🤪 Haha, nampaknya aku masih gagal untuk kekalkan momentum sebulan satu entry untuk tahun ni. Bolehlah kita bawak azam ni ke tahun depan pulak ahaha. Berbaki sebulan saja lagi sebelum kita menjengah ke tahun baru, masuk entry ni aku baru ada 8 entry. Perlukan 4 lagi entry untuk cukupkan 12 entry bagi tahun 2022. Marilah kita tengok dapat capai ke tidak 4 entry lagi tuuuu. Ikutkan yang ada dalam draf entry tuuu cukup jaaa tapi banyak kisah2 yang dah berlalu yang belum aku sempat kongsikan di sini macam entry kalini ehek. Takpelah akan aku kongsikan jugak untuk tatapan bacaan aku di kemudian hari 😉

Ok marilah kita teruskan dengan entry kalini. So, seperti tajuk di atas, kalini aku nak kongsikan pengalaman aku tengok keputusan Semester 2 dan Semester 3 akuu. Disebabkan aku dah publish entry “Unofficially done with Semester 2 MPharm” dan juga “Unoficially done with Semester 3 MPharm” sebelum ni, maka rasa tak lengkap kalau takda entry tentang keputusan semester berkenaan kan hehe. Masa semester 1 sebelum ni aku dah upload dua dua nya jadi rasa macam rugi pulak tak update untuk lagi dua semester ni. Bolehlah pergi baca entry lepas pasal pengalaman Semester 2 dan Semester 3 aku haha 😂 

Bila keputusan Semester 2 aku diumumkan? Keputusan Semester 2 MPharm aku diumumkan pada 9 September 2022. Namun begituuu, ada kejadian yang tidak diingini berlaku pada hari kejadian HAHA. Semangat ya sis tunggu pukul 9 pagi nak semak keputusan sebab masa try bukak dekat apps macam takdapat nak akses haha rupanya bersebab! Aku rupanyaaa ada tunggakan yuran untuk semester 3 (semester semasa aku waktu tu) makanyaaa tidak lah dapat aku tengok keputusan semester 2 aku pada haritu. Aku sebenarnya macam terkejut jugak sebab sepanjang tempoh aku belajar dari Diploma, aku tak pernah lagi kena sekat keputusan aku atas apa jua sebab sekali pun tambah2 disebabkan oleh yuran haha. Dipendekkan cerita, bendahari jana bil kami asing asing untuk semester 3 jadinya aku baru bayar 1/2 bil yang dijana. Ingatkan nak bayar lambat sikit lah sebab aku agak sibuk masa semester 3 tambah2 di minggu minggu akhir semester. Tangguh punya tangguh last sekali itulah hasilnyaa, keputusan semester 2 DISEKAT ! Haha. Ada lah jugak pengalaman kan keputusan semester kena sekat dengan UiTM 🤣 

Lepas saja tauu disebabkan yuran belum bayar, hari yang sama jugak aku buat permohonan untuk pembayaran yuran guna KWSP. Setiap semester memang aku guna KWSP untuk selesaikan yuran aku terus dengan UiTM sebab aku rasa lagi mudah dengan cara macam ni. Dipendekkan cerita lagi, dah namanyaa pun bayar pakai KWSP kan, mestilah ambik masa kurang kurang dua minggu haha. Aku dah macam cacing kepanasan masa ni sebab aku nak sangat tauuu samada aku lulus atau gagal untuk semester 2 tu. Sebab dalam banyak2 semester, memang semester 2 adalah semester paling ngeri buat akuu 😭 Demi nak kasi fokus untuk Viva MPharm aku, makanyaaa aku tanya pensyarah akuuu tentang keputusan aku haha. Aku dapat tau yang kami semua lulus semester 2 dengan jayanyaa Alhamdulillah Alhamdulillah, seronok betul rasa masa tuu syukur hihi. Struggle nyaaa semester 2 tuuu Allah sajaa yang tauuu 😭

Kenangan clerk case di KK Anika, Klang waktu semester 2


Antara cabaran semester 2. Discuss cases through online session, guna MTeams.

Ok, teruskan untuk semester 3 punya keputusan pulakkkk! Haha yang ni lawak sikit sebabnyaaa kami taktauuu pun tarikh sebenar bilaaa keputusan semester akhir kami ni akan keluar haha. Dia macam tahu tahu eh result dah keluar gituu surpriseee 🤣  Masa ni kalau ikutkan aku tengah tunggu giliran untuk temuduga kerjaa haha, agak tak tentu arah jugaklah bila dapat tau result keluar harituu jugak haha sebaik result ok jeee tak la kacau mood haha Alhamdulillah 🤲  Rasa berbaloi laa penat lelah di hujung semester tuu lepastuuu habiskan tenaga betulkan format thesis, kumpul data, pergi workshop, berjaga malam, ahhh semuaa alahh rasa berbaloi haha 😂 

Result ni sajaaa yang cantik, bolehlah tunjuk sini haha 😆 

Alhamdulillah, berjayaaaa tamatkan semester 3 dengan jayanyaaa hihi. Masih terasa macam mimpi, hingga ke harini, yang mana status TM naik dekat keputusan akhir aku. Tak sangka mampu habiskan Masters in Clinical Pharmacy, seolah mimpi menjadi kenyataan, bakal memegang skrol nama sendiri dan tersemat indah perkataan SARJANA FARMASI KLINIKAL 😍 Allah saja yang tahu betapa berlikunyaaa aku untuk sampai ke tahap ni, tanpa iringi doa dari semua ahli keluarga, sahabat handai, para pensyarah dan mereka yang mengenali aku secara langsung dan tidak langsung, dan juga tanpa rahmat dariNya, aku tak rasa aku mampu habiskan apa yang aku mulakan dulu. Bagi orang lain, laluan yang aku pilih ni nampak macam mudah kan, tapi bagi aku tidak. Sebab aku bukanlah insan yang cemerlang dalam pelajaran, banyak turun naiknya, namun aku tak kan berhenti mencuba di setiap langkah yang aku ambil. InshaAllah, doakan aku dimurahkan rezeki untuk sambung ke peringkat seterusnya, PhD in Pharmacy (Pharmacy Practice), inshaAllah amin amin hihi (berangan duluuuu 🤪)

Kenangan masa hantar hardbound thesis 5/10/2022 🥳

Ok, rasanya sampai sini duluuu perkongsian untuk harini, entry pendek sajaaa untuk panaskan enjin balik setelah sekian lamaa menghilangkan diri hahaha 🤣 InshaAllah jika diberikan kerajinan lagi akan aku update lagi entry lepasni untuk cukupkan entry yang ke 12 akuuu, moga tercapai azam blogging aku tahun ni hahaha amin amin 🤭

Jumpa lagi di lain entry, bye. 

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM