Saturday, September 3, 2016

September !

Assalamualaikum selamat pagi


Alhamdulillah harini diberikan sedikit kerajinan setelah hampir 2 minggu abaikan blog kesayangan ni, HAHAHA. Sebenarnya aku ada 2, 3 entry yang masih dalam draft tunggu masa untuk dipublishkan sebab tu lama tak ada entry baru dekat sini. Sibuk buat entry yang entah bila nak dipublishkan hehe. Semoga diberikan kerajinan yang terlebih untuk publish kan entry2 tersebut. Amin.

Okey, berbalik kepada tajuk, nampaknya kita sudah pun memasuki bulan ke 9 dalam tahun 2016 ! Wahh, cepatnyaaa masa berlalu, rasa macam baru sangat lagi masuk tahun baru 2016 huu. Alhamdulillah, dalam turun naik kehidupan yang telah direncakan oleh Allah, aku masih lagi di sini, masih berdiri teguh untuk meneruskan hidup di dunia ini. Dan ya, masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar di kala kawan-kawan yang lain sedang meraikan kejayaan menghabiskan sarjana muda, ada yang sudah bekerja dan ada juga yang sudah berumah tangga. Tak kurang juga yang telah menyambung lagi pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mula-mula fikir bila tengok semua orang bergembira, rasa down sekejap, tapi sekejap sajalah sebab sedar kemampuan diri sendiri macam mana, sekarang pun terumbang ambing lagi tak stabil ada hati nak maju lagi dari orang lain eh HAHA, dah mula merepek dah ni hihi.

Ketika di Sabah (belum update entry lagi)
Jadi, apa yang ada dalam bulan September ni? Ya, ya, dan yaaa, dah masuk bulan September ni maknanya habislah sudah cuti beronok-ronok aku selama ni di rumah. Bakal kembali ke Puncak Alam tercinta pada esok pagi. Macam tak percaya cuti dah habis, rasa macam sekejap sangat tau cuti sedih betul huu. Nasib baik lah masuk seminggu ja lepastu cuti raya haji seminggu pulak sekali dengan Hari Malaysia. Jadi taklah rasa terkilan sangat nak balik hah gittu. HAHA. Tunggu lah nanti lepas cuti raya haji tu, dua bulan lebih takkan balik ke Penang ni sebab tiada cuti dah sampai lah bulan November hmm, baiklah saya redha :( 

Trip Sabah 2016 
Aku harap semester baru ni akan bagi sinar baru dalam hidup aku setelah beberapa kali tewas dalam perjuangan, inshaAllah sama2 lah kita doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang 14 minggu kuliah dan 3 minggu peperiksaan, amin. Semoga aku juga akan rajin untuk jenguk-jenguk blog ni walaupun sibuk teramat nanti. Cukuplah sekadar jenguk update entry ringkas supaya tak adalah suram sangat blog aku ni, tak begitu? HAHA.

Oh btw, alhamdulillah aku sekarang dah masuk tahun ketiga. Tahun ketiga tahun di mana kesibukan di alam kampus akan menghantui dirimu sentiasa hah, Semua benda di padatkan dalam satu tahun ini demi nak bagi rehat di tahun akhir nanti, inshaAllah semoga baik-baik saja. 

Okey, sebelum entry ni jadi lebih panjang dan mengarut, lebih baik kiranya aku update sampai di sini dulu, kang panjang-panjang langsung orang taknak baca. Aku pun dah nak kena tidur dan kemas barang lagi haha. Doakan semoga perjalanan aku balik ke Puncak Alam selamat hendaknya, amin :)

Rindu sama kamu Sabah (doakan aku rajin update pasal Sabah hehe)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA