Wednesday, August 10, 2016

Cerita NoGAPS 2015

Assalamualaikum dan selamat malam !

Hai, Alyaa kembali menaip entry pada harini. HAHA. Alhamdulillah diberi kerajinan sikit pada kalini untuk buat new post :P Okey, untuk entry baru harini aku nak bercerita tentang NoGAPS yang aku pergi pada tahun lepas. Ya, tahu dah setahun berlalu tapi memandangkan tahun ni punya NoGAPS aku takdapat sertai, jadi macam nak buat cerita throwback sikit lah dalam entry harini haha, rasa taknak baca bolehlah skip yer. Sajalah nak update sambil sambil mengimbau memori lalu. Nanti bila bila bosan, boleh go through semua entry yang aku dah buat ni. Rasa menyesal sikit lah sebab tak banyak entry yang aku update sejak masuk degree ni, bila bukak dashboard tengok post2 lepas banyak yang tahun 2015 punya. Harap2 dah masuk bulan 8 tahun 2016 aku rajinlah nak menaip banyak2, takda lah sepi sangat nampak blog ni kan HAHA. Okay, dah banyak melalut ke tempat lain dah ni, kang penuh cerita lain daripada cerita yang sepatutnya .

Sebagai permulaan, NoGAPS adalah National Gathering of Pharmacy Students iaitu dalam bahasa mudahnya ialah perhimpunan pelajar pelajar farmasi seluruh Malaysia dalam satu tempat, hah gitu. Masa aku pergi tahun lepas, lebih kurang 16 atau 17 universiti yang hantar penyertaan. Ada yang tak dapat nak hantar sebab tengah final exam, kuliah dan sebagainya. NoGAPS 2015 telah diadakan di AIMST University, Semeling, Kedah Darul Aman. Disebabkan lokasi agak dekat dengan rumah aku, jadinya aku tak perlu balik ke PALAM macam aku buat masa aku pergi NPSC 2015 tu. Tapi aku mintak abah hantarkan aku dekat rumah Sal dekat Sungai Petani ja sebab kalau abah terus hantar pergi Semeling kang, aku tinggal sensorang tak tahu punca dan arah tuju HAHA. Alhamdulillah, nasib baik Sal baik bagi tumpangkan sekali dalam satu kereta sebab kebetulan Sal bawak kereta ke sana. 

Program diadakan selama 5 hari 4 malam termasuk perjalanan pergi dan balik. Yuran penyertaan yang dikenakan asalnya adalah sebanyak RM 200 tapi alhamdulillah sangat sangat, murah rezeki masa tu, beberapa minggu sebelum pergi program, dimaklumkan bahawa kami dapat sponsor dari pihak fakulti hehe. Terus masa ni rasa macam tak sia2 aku register nama last2 minute nak join program ni walaupun kena bayar mahal hiks :P Sebab kan aku cuba untuk memendekkan jalan cerita, kita terus kepada aktiviti2 yang diadakan masa program ni yer. Kebanyakan program yang dirancang semuanya best2, banyak perkongsian yang dapat walaupun masa pergi tu baru habis first year degree HAHA.

Selepas pendaftaran, terus dapat tag nama kita serta details grouping
Mengikut tentatif, pendaftaran peserta adalah pada petang hari, jadinya aktiviti secara rasmi bermula pada sebelah malamnya iaitu Welcoming Party. Welcoming party ni lebih kepada aktiviti dalam kumpulan untuk mengenali ahli kumpulan masing2 yang datang dari pelbagai universiti, kemudian ada aktiviti bersama kumpulan untuk bina bendera (logo) serta slogan untuk kumpulan. Juga terdapat aktiviti berkumpulan untuk kreativiti bersama. Masa aku pergi haritu, kena bina menara paling tinggi dan stabil menggunakan kertas surat khabar. Hah, punya susah lah fikir macam mana nak buat bagi dia kukuh. Kumpulan aku dapat lah bagi menara tu tinggi tapi tak berapa stabil, sekejap dah runtuh HAHA :')

Bersama ahli kumpulan Lysine dan bendera kami. Alahai, rindu betul dekat diorang semua 
Masuk hari ke 2, ada Opening Ceremony sebelah paginya pada 9 pagi. Disebabkan sarapan disediakan dekat kawasan pendaftaran kira2 5 minit berjalan dari hostel tempat kami tinggal, jadinya bersiap awal sikitlah kan. Berkumpul dalam satu dewan bersama semua bakal pamasis ni bahang dia terasa lain macam sikit sebab yang lain nampak macam sangatlah gah berbanding kita ni, tetambah bila tengok yang dari USM, UM, UKM, rasa macam tertinggal belakang terus HAHA. Selepas habis ucapan perasmian NoGAPS 2015, kami diberi rehat sebentar dalam 10 minit sebelum ke aktiviti seterusnya iaitu Symposium. 

Wakil dari UiTM :)
Selepas majlis penutup bersama mereka :)



Depan kami adalah pelajar dari UM, hah tergugat kan nampak muka2 pintar itu HAHA :')

Nak tergugat lagi? Nahhh bergambar bersama semua peserta selepas majlis. Nampak takk betapa ramainyaa yang ada?

Symposium ni lebih kurang macam forum yang mana ada beberapa ahli panel di pentas dan menceritakan dan membahasakan mengenai tajuk yang dipilih. Untuk program NoGAPS kalini, Symposium bertajuk Dispensing Right Separation, bertepatan dengan isu semasa yang hangat pada waktu itu. Sekarang ni pun isu ni masih lagi hangat tapi taklah sehangat masa symposium ini dilaksanakan. Speaker yang terlibat masa symposium adalah Mr John Chang (Immediate Past President of FAPA), Mr Amrahi Buang (Vice President of MPS), dan Prof Mohd Azmi Ahmad Assali (Deputy Dean of Students Affairs, USM). Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang dapat bila dengar symposium ni. Dapat tahu macam mana reaksi para doktor mengenai isu ini, dapat tahu bidang tugas kita yang sebenarnya adalah lagi luas dan besar, dapat tahu pandangan pengguna mengenai isu ini dan lain lain lagi. Banyak sangat yang dapat dan apa yang boleh disimpulkan, farmasi masih mahu hak untuk mengasingkan pendispenan ubat dari klinik bagi menjamin kualiti ubat yang diberikan kepada pesakit dan mahu elakkan dari medication error yang mana mampu mengancam nyawa pesakit dan banyak lagi.  


Panel yang hadir untuk Symposium: Dispensing Right Separation 

Para peserta yang hadir


Disebabkan hari kedua kami adalah hari Jumaat, jadinya kami yang perempuan dapat rehat lama sikit sementara yang lelaki pergi menunaikan solat Jumaat (yang beragama Islam). Kemudian, kami terus masuk ke aktiviti Workshop 1. Dalam aktiviti ni, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan sebab dalam satu workshop ni ada beberapa ceramah (talk). Masa pendaftaran, kami diberi kelonggaran untuk kami pilih tajuk yang kami minat untuk ikuti. Antara tajuk yang ada untuk Workshop 1 adalah Malaysian physician expectations towards Malaysian pharmacist (1), Respiratory system - clinical and therapeutic - COPD and asthma (2), Problems faced by pharmacist in opening retail pharmacy (3) dan Traditional med vs alternative med (4). Aku dengan kawan-kawan yang pi sekali ambik tajuk no 1 sebab nampak macam menarik sajakan HAHA :P Alhamdulillah, banyak juga ilmu yang dapat terutamanya dekat bahagian bagaimana nak bezakan ahli farmasi dengan doktor di hospital. Aku suka penceramah dia, nampak santai dan sporting walaupun macam tegas sikit, tak silap dia adalah pensyarah di AIMST sendiri.

Nampak tak acah2 macam khusyuk masa dalam bengkel :P


Untuk Workshop 2, terbahagi kepada empat jugak iaitu "Kenali Ubat Anda" Workshop (1), Dosage Form Design Preparation - Lab (2), Respiratory (3) dan ECG (4). Kami pilih tajuk yang last sekali iaitu ECG, disampaikan oleh penceramah yang sama dari workshop 1 tadi, terkejut jugak masa masuk dewan seminar tu bilik tengok penceramah sama ja. Hehe.

Aku tiada dalam gambar sebab duduk sebelah sana HAHA :P
Habis workshop ni, kami semua dibenarkan pulang ke hostel untuk berehat dan makan malam sebelum turun ke tempat perjumpaan untuk aktiviti seterusnya iaitu Briefing for PHC. PHC stands for Public Health Campaign. PHC ni dah kira macam sinonim dengan pelajar farmasi sebab setiap tahun setiap universiti akan ada PHC kempen masing-masing, cumanya yang kalini diorang buat untuk versi NoGAPS yang ada semua universiti bergabung :) Semua peserta yang telah dipecahkan kepada 20 kumpulan kemudiannya dipecahkan lagi kepada dua kumpulan besar kerana PHC yang dianjurkan melibatkan dua tempat iaitu satu di SK Sungai Layar, Sungai Petani untuk Carnival ABC (Active Burn Calories) dan satu lagi dekat Tesco Selatan Sungai Petani untuk Kempen Kesedaran Diabetes dan Kempen Derma Darah, 

Jadinya, untuk aktiviti malam tu, kami diminta untuk sediakan bahan2 untuk program keesokan harinya. Kumpulan aku termasuk dalam kumpulan untuk ke SK Sungai Layar. Disebabkan program esoknya bakal melibatkan permainan dan pameran kesihatan, kami diarahkan untuk menyediakan sendiri bahan2 untuk adik2 di sekolah tersebut. Kami juga dibahagikan kepada kumpulan untuk mural lukisan (yaa, aku disini hiks), untuk gotong royong sekolah, dan juga untuk buat demonstrasi ubat - ubatan. Secara kasarnya, itulah aktiviti pada malam ke dua kami di AIMST. Seronok sebab dapat tolong sama2 diorang yang tak cukup ahli nak buat kerja ataupun yang perlukan ahli untuk buat kerja yang kecil2 macam mengunting dan menampal gambar. 

Syafura ni ahli kumpulan aku dari UKM, dia pandai melukis

Senyum lebar lebar sebab kami tak banyak kerja malam tu HAHA

Ini yang daripada group untuk persediaan ke Tesco
Esoknyaaa, program kami Public Health Campaign (PHC) berjalan seperti yang dirancang oleh pihak urusetia. Alhamdulillah, kami enjoy sangat buat program ni :) Bagus jugak program program macam ni diteruskan untuk masa masa depan sebagai salah satu langkah nak upgrade skill kami bila berhadapan dengan orang ramai hehe.

Tugasan kami yang sebenarnya masa hari kejadian, terasa macam lukis mural zaman sekolah dulu hehe

Awal pagi tu ada sesi aerobik dulu tapi kami bergambar duluu HAHA

Pameran kesihatan dan demonstrasi ubat
Ahli kumpulan aku jugak, paling aktif dan meriah dalam kumpulan

Phewww, lap peluh :P

Kempen derma darah di Tesco Selatan SP

Kempen Kesedaran Diabetes
Balik dari aktiviti PHC dan dah makan lunch semua, kami terus pergi ke dewan untuk Poster Presentation (PHC). Poster presentation ni adalah presentation aktiviti PHC yang universiti masing2 dah buat. Kiranya datang NoGAPS ni untuk persembahkan aktiviti2 yang telah dilakukan. Alhamdulillah, UiTM dapat best award untuk event PHPC :)

Serius muka dengar orang present poster

Dua orang bidan terjun yang kena present poster senior sebagai wakil UiTM

Poster UiTM walaupun kurang menarik nampak tapi sangat kemas okey hahaha :P
Kami diberi rehat selama 10 minit sebelum meneruskan workshop yang terakhir kami di sini iaitu Workshop 3. Workshop ni lebih kepada menguji kreativiti para peserta dan ada tiga kumpulan iaitu Quiz (1), Patient Counselling (2) dan TV show (3). Aku pilih yang TV show sebab rasa macam menarik sangat HAHAHA. Ramai budak UiTM pilih yang ni jadi tak lah rasa kekok sangat hah gituu :P

Malamnyaaa pula adalah aktiviti Interaction Night. Lebih kurang macam Welcoming Party punya aktiviti tapi best dan menarik jugak. Yang paling best bila kena hias seorang dari ahli kumpulan kita sebagai model guna bahan bahan yang disediakan. Ada juga aktiviti yang buatkan korang kena cari orang untuk penuhi kriteria yang ditetapkan dalam kertas permainan korang, kena ada well communication skills kat sini tauu sebab kena mingle dengan everyone to know that they meet the criteria HAHA nak tergelak pulak fikir main game malam tu.


Model daripada setiap kumpulan berkumpul untuk buat catwalk

Yang paling tinggi Mr Dino menang malam tu

Yang perempuan adalah model daripada kumpulan aku 

Yaa, tengah khusyuk tu kami buat kerja HAHA
Masuk hari keempat, acara pagi tu adalah Pharmazing Race, tapi atas sebab sebab tertentu aku tak join aktiviti pagi tu. Tapi kumpulan aku berjaya dapat tempat kedua HAHA hebat betul mereka, kalau aku masuk mesti kalah wekk :P Lepas tu ada aktiviti bebas sampai lah acara kemuncak pada malam harinya iaitu Gala Night.

Tablemates  :)

Hiasan atas meja

Berposing dengan perut yang penuh HAHA 
Selesai Gala Night bersama PJS mate
Alhamdulillah, overall aku sangat berpuas hati dengan NoGAPS tahun lepas kecuali masa untuk solat sebab banyak aktiviti mula awal habis lambat jadinya terkejar kejar nak tunaikan solat. Makanan, penginapan dan lain lain semua terbaik. Terimakasih AIMST university sebab sudi jadi host untuk 10th NoGAPS. Untuk tahun ni, gabungan 3 universiti iaitu KPJUC, Lincoln University dan Taylor's University, bertempat di KPJUC, Nilai. Atas sebab2 tertentu aku tak dapat join NoGAPS tahun ni, sedih tuu memang tak terkataa tapi apakan dayaa HAHA. Kepada peserta NoGAPS tahun ni, do have fun okayy nanti mesti korang rindu nak pergi lagi macam aku huu. 

Okaylah sampai sini dulu aku taip setelah panjang lebar punya entry kalini. Semoga yang baca dapat manfaat dan yang tak baca pun takpa, aku cuma nak jadikan ia sebagai salah satu kenangan manis dalam blog ni yang boleh aku kenang kelak bila dah habis belajar. Doakan semoga aku berpeluang lagi nak join NoGAPS yang seterusnyaa amin ^-^ 

Sebelum pulang ke rumah masing masing. Thankyou AIMST University !

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM