Sunday, August 7, 2016

Cerita Aidilfitri 1437H

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !


Alhamdulillah, harini diberi kerajinan sedikit untuk update entry mengenai Hari Raya Aidilfitri 1437H yang baru saja berlalu. Raya tahun ni rasa macam tak berapa nak best sikit sebab kena hadap exam dalam tengah tengah mood beraya datang. Haha. Kalau korang rajin follow blog aku dan baca entry aku tetiap tahun tiap kali raya, memang aku suka buat aktiviti #ZiarahRaya ke rumah rumah kawan kawan aku yang ada di sekitar sini. 

Nak dipendekkan cerita, tahun ni walaupun kena jawab exam dalam mood raya tapi tetap jugak aku jalankan aktiviti #ZiarahRaya ni sebab memang aktiviti wajib aku tetiap tahun bila raya HAHA. Dengan cara ni ja dapat jumpa balik kawan kawan hang yang dah lama menyepi, kawan kawan hang yang dah habis belajaq, kawan kawan hang yang nak kahwin, malah kawan kawan hang yang dah ada anak ! Hah, itu tujuannya aku buat jugak tetiap tahun dan cuba untuk maintain aktiviti macam ni kalau boleh sebab dalam setahun sekali saja kita bertanya khabar beramah mesra kan, jadi apa salahnya :P

Untuk tahun ni, masih berkesempatan untuk solat sunat Aidilfitri di Masjid Pajak Song, Kepala Batas. Kalau ikutkan tetiap tahun aku solat sunat Aidilfitri dekat masjid sini sebab mak ayah suka dekat sini lagi berbanding masjid lain, jadi kami ikutkan sajalah haha.

Selfie lepas solat rayaaaa HAHAHA. Padahal tercandid ja masa ni :')
Masa raya pertama tu macam biasa, lepas sesi bergambar apa semua dekat rumah, pi balik kampung belah mak sat pi jalan2 dekat kampung. Tahun ni aku rajin sikit lah pi ikut beraya dengan makcik, maksu aku sebab ada kakak aku temankan hehe. Kalau aku sorang, memang idok lerr, segan sikit sebab mak abah tak ikut terus balik rumah nak siapkan makanan; ada tetamu nak datang. Dipendekkan cerita, petang raya pertama tu aku pi beraya rumah kawan- kawan baik aku ( my girlfriendss of course :P) tapi sempat singgah dua rumah ja daripada empat rumah sebab nak kena balik Perak pulak tapi okeylah sempat jumpa semua walaupun tak sempat singgah rumah hiks.


My lovely girlfriends :')
Fast forward to raya ketiga sebab raya kedua memasing balik kampung takda di Penang, kami pun berpakatlah sekali lagi untuk pergi beraya bersama-sama. Mana mana rumah yang tuan rumah ada semua kami singgah HAHA. Seronok tau buat benda ni sebab masa ni hang akan tau hang ada ka dak no telefon kawan hang untuk dihubungi, almaklumlah sekarang kan zaman media sosial, semuanya bertegur di insta dan FB ja kannn :P

Kuat chemistry kami sampai baju pun boleh sama tema kecuali dua orang lagi tiada dalam gambar (Rumah pertama)
Rumah pertama dengan rumah kedua kami kunjungi rumah kawan2 kami saja alhamdulillah seronok buat ni jugak sebab dapat kenal dengan keluarga kawan kawan kita. Bila family kenal kawan kawan kita, bila nak keluaq lain kali senang sebut nama ja dah tau keluaq dengan sapa hehe.

Rumah Farah (rumah kedua)

Rumah Aufa (rumah ketiga)
Rumah ketiga ni rupanyaaaa dekat ja dengan rumah aku HAHA nampak sangat tak pernah sampai walaupun kawan daripada sekolah rendah lagi hiks. Berguna jugak lah pi raya tahun ni, kot nanti nak pi kenduri kahwin ka senang dah nak cari rumah (itu pun kalau buat dekat rumah kan, Aufa :P)

Rumah Thaqif (rumah keempat)
Rumah keempat ni paling tak dijangka sekali kami nak singgah tahun ni sebabnyaaa kami taklah rapat mana dengan dia walaupun kawan dari sekolah rendah. Almaklumlah, lepas sekolah rendah, semua bawak haluan sekolah masing2 termasuklah aku pun haha. Dia ni budak pandai, bakal doktor, belajaq dekat India, ini pun balik sebab cuti raya seminggu ja, rajin nau hah dia balik. Tapi, dia rajin mai rumah aku bila aku buat makan makan ka, jadinya macam balas budi lah datang singgah rumah dia. Alhamdulilah dapat duit raya dari mak dia HAHA mekasih makcik :) 

Raya ketiga paling meriah sikit pi sana pi sini, raya keempat dengan raya kelima raya jugak cuma taklah pi merata rata sangat, biasalah exam mood kan masa tuuu sobsobs

Jumpa kawan lama buat kawan baru
Cerita raya keempat pula, berjumpa kembali dengan kawan lama yang dah lama tak bertanya khabar dan juga buat kawan kawan baru iaitu kawan kepada kawan aku. Masa ni lah nak buat networking kan, untuk tujuan masa depan jugak eh haha untuk kerja maksud aku okeyy

My driver if i don't have car HAHA :P

Raya kelima mereka datang beraya di rumah aku
Disebabkan aku asyik pergi beraya rumah orang saja, jadi macam segan pula kalau tak jemput datang beraya rumah aku, tak gituu kann hehe. Ini pun last minute punya planning, nasib baik diorang boleh datang juga alhamdulillah. Raya kelima ni dah hari Ahad, aku kena balik Puncak Alam hari Isnin. Gigih jugaklah ceritanyaa kan nak jumpaaa sebelum kembali berperang hiks.  

Alahai, sambil taip entry pun rasa rindu dekat gegadis ni :")
Rasaaa macam panjang semacam entry aku kalini. Biasalah, dah lama tak menaip pepanjang dekat blog ni, rasa macam lain macam pun ada. Rasa kekok, janggal pun ada tapi belasah sajalah sebab dah mood rajin tu sampai nak update entry, kalau tak sampai sudah peram cerita kan hihi. Alhamdulillah, kita pun dah selesai sambut sebulan hari raya, moga masih berkesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan inshaAllah sama2 kita doakan yer :)

Okeylah, sampai sini dulu entry aku untuk harini. InshaAllah bila mood rajin sampai lagi, aku akan update lagi sementara tengah bercuti lagi ni kan, bukan selalu hah Alya nak rasa rajin begini taip entry pepanjang :P Jumpa lagi untuk entry seterusnyaa babaiii :)

Satu selfie sebagai penutup entry bersama kesayangan aku HAHA

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM