Sunday, August 30, 2015

Outing ke Monkey Beach :)

Assalamualaikum, selamat pagi

Hai, Alyaa kembali lagi untuk menulis. Hihi. Maaflah sejak sejak cuti nak habis ni, makin banyak pulak kerja yang nak diselesaikan haha. Ok harini aku rasa macam nak cerita pasai aku keluar dengan kawan kawan aku haritu pi Monkey Beach. Pergi berenang renang di lautan gittew :P

Nak kata haritu macam baru sangat ja kan haha padahal masa pi ni masa bulan Syawal hah. Kira baru lah jugak kan sebab Syawal pun baru ja habis hiks. Sebenarnya benda ni last minute plan hah sebab masing masing tengah cuti kan lepastu masih mood raya so macam eh okeylah jugak pergi laut kan. Aku pun takpernah sampai Monkey Beach ni lagi, pernah dengaq nama jalah haha. 

Bertujuh :)
Gambar dekat atas ni sebenarnya kan kami nak try pi tengok dekat kolam buatan dekat Taman Rimba tu. Acah macam nak pi tengok tempat dulu lah sebab masing masing tak pernah sampai sana lagi kan haha, konon nya kalau dekat kolam tu kosong nak mandi dekat situ ja lah sebab senang takpayah pi Monkey Beach dah haha (kami memang suka ubah plan last minute :P) Tengok tu semangat tak kami masing2 dah siap pakai baju nak mandi. Eh tapi aku masa mulamula bertolak pakai jeans dulu lepas berhenti kat masjid baru tukar uniform hee. 

Sempatlah selfie lima enam keping dekat kolam buatan ni haha walaupun takdapat mandi sini 
Nak dipendekkan ceritanya kan, kolam tu penuh dengan orang almaklumlah masa tu masih dalam mood cuti raya hah. Kawasan yang kami nak pi ke dalam sikit tu penuh dengan lelaki hah memang jawabnya tidaklah nak mandi kat situ kan haha. Kami pun balik ke plan asal pi ke Monkey Beach. Masa tu dah lepas Zuhur dah dalam pukul 3 lebih macam tu, okeylah taklah panas sangat kan. Lagipun Monkey Beach ni dia terlindung sikit dengan bukit di sekeliling nya jadi tak rasa sangat panas time mandi tu haha. Dekat Monkey Beach ni best sebab ada macam macam aktiviti air. Tapi kami memang dah plan nak berendam (mandi) ja dekat situ, so tak main lah aktiviti lain, ditambah dengan jimat duit sama :P 

Semua muka excited naik bot nak pi Monkey Beach haha
Cara nak ke Monkey Beach ni ada dua, satu hiking melalui Taman Negara dan yang kedua dengan menaiki bot. Dah kami ni sampai sana lebih kurang 3 lebih jadi mestilah naik bot kan, takkan nak hiking pulak entah pukul berapa kami boleh nak mandi kalau macam tu hahaha. Pilihan di tangan anda, ikut mana rasa yang adventure hihi. Naik bot pun adventure tau, tambah2 kalau air pasang haha.

Jatuh cinta dengan awak. Eh dengan pemandangan dekat sini haha
Oh untuk bayaran bot ke sana, masa tu kami sewa satu boat RM80 jadinya naik 7 orang kan, seorang dalam RM11.50 macam tu lah. Masa sampai ke Taman Negara nanti akan ada orang yang tanya nak naik bot tak? Nak ke mana? Hah semua tu lah jadi jangan risau okey. Lepastu jangan lupa daftar masuk kat Taman Negara bagitau pergi berapa orang ke mana apa semua manatau incase jadi apa2 mereka ada rekod kita kat sana. Aku kalau pergi selalu daftar masuk ja daftar keluar jarang buat haha sebab bila dah penat lupa habis semua benda kena buat. Mohon jangan tiru okey. Dah daftar masuk mesti daftar keluar :P
Masa dah sampai pun excited hah nak masuk air. Semua tahan sabar semua nak mandi :P

Seperti yang dijangka, air laut tak panas pun waktu tu haha sangat lah best rendam dalam tu sambil tengok kawan kawan aku ni berlatih skills renang. Seronok masa ni sebab tak ramai orang jadinya taklah berebut sangat dengan orang. Hihi. Gambar berendam dan berenang dalam air takdapat dimasukkan dalam blog atas sebab sebab tertentu acece. Biarlah rahsia yang penting kami sangatlah enjoy masa tu rasa macam takmau balik pun ada haha. Dekat 3 jam lebih berendam kami pun balik sebab nak kejar waktu solat Asar haha kang lambat terus masuk Maghrib susah hah.  


Dah nak balik dah masa dalam bot. Yang depan tu hah tour guide kami masa haritu.
Nama dia Aliah haha kawan dari sekolah rendah.
Lepas dah selesai urusan bersihkan badan apa semua, kami pun lapar. Tapi kami solat Maghrib dulu sebelum pi makan tu takut nanti makan kelam kabut kan. Dari Monkey Beach tu kami basah basah dengan pakaian naik bot untuk balik ke darat haha jangan risau diorang tak marah punya. Kalau rasa nak senang tukar baju terus dekat tandas sana. Dekat sana juga, ada disediakan surau boleh solat dekat sana jangan risau surau selesa inshaAllah, telekung ada disediakan ;)


Pasembor :P
Makan kat mana tu? Hahaha. Masing masing masa tu dah lapar so tak kisahlah ikut saja mana yang tour guide nak bawak. Dia bawak kami pi Padang Brown. Untuk orang Pulau Pinang mungkin tau kat mana tempat ni. Dekat sini yang bestnya, pasembor (pasemboq) murah sikit lah walaupun ambik banyak banyak haha. Alhamdulillah, masa tu dapat makan mee sotong (salah satu benda mesti makan kalau jenjalan belah sana) dengan coconut shake. Aumm memang terangkat angkat sampai tak sempat ambik gambaq nak masuk blog haha. 

Lepas dah makan apa semua masing2 dah kenyang, dalam pukul 930 malam kami pun gerak balik seberang. Nasib baik jalan tak berapa jem masa atas jambatan. Syukur. Masa dalam kereta dalam perjalanan balik semua dah lena kemain hah kat belakang letih sangat katakan haha. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah masing masing dalam 10 ke 11 malam macam tu :) Terimakasih semua untuk semua kenangan haritu, terimakasih jadi sebahagian memori indah cuti semester aku. Bersyukur masih ada yang sudi kawan dengan aku sampai sekarang, semoga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah amin :)

Satu selfie sebagai penutup entry ;)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, August 23, 2015

Border's Tea Bertam ;)

Assalamualaikum selamat pagi

Hi jumpa lagi kita di entry yang seterusnya hehe. Semangat kemain hah sekarang nak update blog. Bersusun saja cerita nak taip hari hari inshaAllah kelapangan tu ada, aku cuba lah untuk taip. Haha. Kiranya kalau blog ni berupdate, maksudnya aku tengah free time lah tu okey :P Kalini aku nak cerita pasal Border's Tea. Tau tak apa benda tu? Meh nak tunjuk.


Inilah dia Border's Tea :)
Border's Tea ni sebenarnya sejenis minuman macam dalam gambar atas tu. And yes, currently this is my current addiction haha. Almaklumlah nanti dah balik Puncak Alam dah tak dapat nak rasa dah huu mesti akan rindu nanti haha. Jadinya sekarang ni aku cuba untuk rasa semua perasa yang ada. Tak banyak pun perasa yang ada tapi okeylah at least kau taklah rambang mata sangat nak rasa yang mana satu kan. Yang dalam gambar atas tu perisa Green Tea and for sure memang dah jadi favourite orang ramai tapi bukan aku lah. Aku kurang sikit bila green tea ni haha janganlah tanya kenapa okey. Aku ada perisa kegemaran aku sendiri haha silalah baca sampai habis kalau nak tau hehe.

Ok tak baca sampai habis pun takpa sebab taraaa inilah favourite aku Coco Ice Milk Tea :P Haha. Sedap lah semestinya kan.

Ok berbalik pada tajuk, Border's Tea ni baru ja bukak cawangan dekat Bertam dan semestinya lah kann dekat dengan rumah aku haha sebab tu harihari boleh pi beli. Eh taklah sampai hari hari selang sehari mungkin :P Sampai akak kedai tu macam dah cam muka aku ni hah, hiks.

Oh sebelum tu, aku kenal Border's Tea ni dah lama lah jugak sebab kakak aku selalu suruh pi beli tapi malangnya cawangan terdekat dengan aku sebelum ni hanyalah di Seberang Jaya. Jadi macam susah sikit nak turun Seberang Jaya sekarang ni kalau takdak hal di sana. Haha. 

Dan bulan Syawal baru ni tiba2 dapat berita yang Border's Tea buka cawangan baru di Bertam dan paling best dekat sangat okey dengan rumah aku haha tak tipu serius. Dekat dekat pun, dah minggu kedua bukak baru aku sampai eh yaka? Rasanya lah hehe. Busy sangat nampak hah. Oleh itu, jutaan terimakasih aku ucapkan kepada pengurusan Border's Tea sebab bukak cawangan yang dekat dengan rumah aku. Bukan rumah aku saja malah dengan rumah mereka yang berdekatan terpaksa budak sekolah. Haha. 

Dah cuba, mestilah kena bawak kawan pulak untuk cuba kan hahaha
Cerita banyak banyak pn macam tak guna kan. Mesti orang tertanya tanya berapa harga dia kan sampai aku kalau boleh hari hari nak pi kan? Haha. Taklah sampai hari hari, habislah duit aku yang tak berapa nak ada ni hah. Hahaha. Harga dia okey lah berbaloi dengan jumlah air yang dibekalkan satu bekas tu hah. Harga dalam  RM 4.50. InshaAllah budak budak sekolah pun mampu beli haha. 

Perasa apa yang ada? Aku ingat beberapa saja antaranya :

  • Ice Milk Tea
  • Yogurt Peach
  • Coco Ice Milk Tea
  • Mocha
  • Mango Bingo
  • Green Tea 
  • Strawberry 
  • Chafe

Rasanya macam yang ni saja kalau tak silap aku. Haha. Tak berapa nak ingat sangat yang aku jarang minum tu. Hehe. Setakat ni Chafe dengan Strawberry aku tak pernah rasa lagi. Nampak macam sedap tapi itulah ada masa nanti aku cuba lagi haha. 


Gambar ni dari page Border's Tea Bertam. Pinjam nah jangan marah admin :)
Jadi, jika ada soalan atau pertanyaan ataupun nak order air ni manatau tiba2 teringin tapi tak mau tunggu lama lama nak pi pickup ja, boleh try no yang tertera di atas. InshaAllah layanan baik akan diberikan. Dan janganlah malu segan untuk like page mereka untuk tau semuanya berkenaan Border's Tea ni. Bukak pukul berapa, tutup pukul berapa. Takkan semua nak cerita sini kan haha kesian admin page nanti takdak orang tanya soalan kat sana. Jadi silalah rajin rajinkan diri sikit ke page mereka okey.



Logo Border's Tea. Design simple and atrractive
Sebelum aku akhiri entry kalini, sukacita nak maklumkan yang aku bukanlah duta ataupun model yang dilantik oleh mereka. Aku cumalah insan yang ingin berkongsi rasa dan cerita tentang perkara yang berlaku sekeliling aku dan aku cumalah salah seorang customer yang mendambakan Border's Tea ni selagi masih ada di Penang. Haha. Oh lagi satu, mereka juga ada cawangan di Jitra dan Seberang Jaya okey. Jangan lupa tu ! Pergi lah dapatkan segera sementara nafsu nak minum tu masa ada hahaha :)

Jumpa lagi nanti di lain entry bye ! ^_^


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, August 22, 2015

Berwajah baru ;)

Assalamualaikum selamat pagi


Yeay! Akhirnya setelah sekian lama kini blog aku berwajah baru ;) Haha. Tiba tiba aku rasa aku perlukan perubahan dalam blog aku. Supaya tak nampak macam kanak kanak sangat, lebih kedewasaan gittew acah acah :P 

Haha sebenarnya kan nak ambik mood baru untuk lebih bersemangat nak taip entry hari demi hari sebab aku banyak sangat cerita nak kongsikan dari dulu lagi. Tapi sangatlah kekangan masa, dah la tu masa cuti pun kemain sibuk hah jadi bila masanyaaa nak taip entry kan? Haha. 

Sebelum diproses 
Nak dijadikan cerita lepas ubah suai sikit blog ni terus nak up satu entry ni iaitu yang ni lah. Haha. Nampak takk nampak tak semangat yang membara tu dah ada. Hiks. Sebenarnya aku rindu masa blogging zaman dulu dulu mesti taip entry tak kira cerita pasal apa pun. In fact pasal cerita aku tengok dekat tv pun aku update kat sini haha :P

Aku kalau boleh taknak lah cerita pasal life aku saja nanti jadi bosan pulak blog ni kan jadinya kenalah variety sikit baru orang boleh nak baca haha. Sebab in future akan berada dalam profesional career kan kenalah up entry ilmiah sikit lepasni kan. Haha wayy to go Alyaa mohon sedar diri okey.

Setelah diubah suai serba sedikit
Okey rasanya update sampai sini dululah. Maaf kalau banyak merapu sebab taip entry ni pukul 1.45 pagi hari Jumaat nak masuk Sabtu hahaha. Mamai mamai  sikit nak tidur dah. Selamat malam ;)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, August 19, 2015

Cuti Semester

Assalamualaikum, selamat pagi.

Haiii semua, apa khabar? Akhirnyaaaaa aku kembali lagi haha setelah menyepi hampir sebulan lamanya dari dunia blogging ni. Oklah sekurang kurangnya sebulan sekali aku update jugak kan hiks. Maaflah sebab aku terlalu sibuk banyak urusan sangat hah. Itu yang buatkan aku jarang ada masa nak update blog ni. 

Macam macam aku buat sebenarnya dalam tempoh sebulan aku menyepi ni hah. Jadi ayuhlah baca serba sedikit tentang apa yang aku buat bila menyepi dari blogging selama ni. Oh tak panjang pun summary cerita saja sebenarnya hehe. 

1) Ziarah Raya
Semestinya lah kan sebab dah nama pun Hari Raya kan, ziarah menziarahi itu perlu dilakukan setiap tahun. Alhamdulillah tahun ni aku beraya agak sakan lah jugak sebab cuti panjang sikit kan hee ditambah pulak kawan kawan yang study oversea ramai balik Malaysia hah jadinya meriah lah sikit. Dekat raya ke 11 jugak aku beraya lepastu baru rehat untuk beri laluan puasa enam Syawal haha. 


Open house rumah Aqilah. Mini reunion bersama rakan sekolah rendah ;)
Open house rumah aku haha. Terimakasih sudi mai meriahkan rumah aku :)

2) Lepak
Lepastu, aku juga rajin melepak sekarang ni. Hahahah. Tak sopan betui guna perkataan lepak kan tapi lebih kepada berjumpa dan bersembang sebenarnya hee. Lepak dengan kawan adalah benda paling best dapat buat cuti ni sebab nanti bila masing2 dah sibuk, susah nak kumpul jumpa balik hii. Lepak juga dengan satu satunya adik angkat aku, Alya. Tahniah dik dapat further degree semoga berjaya ;) Well basically lepak tak perlu pun sampai 3,4 jam cukuplah memadai dalam 1,2 jam untuk bertukar tukar cerita haha.   


Untuk lepak, takperlu lepak tempat tempat yang hipster. Cukup sekadar beli air sorang satu lepas tu pergi santai kat taman semudah ABC :)
3) Outing dengan kawan
Outing dengan kawan adalah antara aktiviti yang aku paling suka buat sepanjang cuti semester ni. Hihi. Syukur jugak ada kawan yang baik sudi nak bawak ke sana ke mari. Habaq ja teringin nak pi situ nak pi sini inshaAllah adalah rancangan dia sekian sekian nanti :') Teriimakasih kawan. Cepat sikit balik dah tak sabaq nak pi food hunting lagi haha. Alang2 outing tu kami suka jugak buat food hunting ohh hobi kami kan suka makan ;) 
Outing ke Perlis dan Padang Besaq. Semestinya best hahaha
Outing ke Monkey Beach. Mandi laut yeay!

4) Kenduri kahwin
Sebab dah hobi suka makan, kiranya pi kenduri kahwin ni jugak antara yang hobi jugak sebenarnya haha. Nak kata banyak tu taklah tapi boleh tahan. Apa2pun tahniah dan selamat pengantin baru buat semua yang baru mendirikan rumah tangga :) 



Majlis perkahwinan anak Sir Nadzmi, Nurul Azzah :)
5) Melawat Kampus Bertam
Ok, ni kelakar. Padahal rumah dekat sangat dengan kampus. Ini sebabnya aku bawak kawan aku dari Pahang jumpa lecturer kat sini. Sajalah lepas rindu jumpa lepastu gelak gelak apa semua bergossip sikit tukar tukar cerita sikit hee. Sebenarnya ada lagi beberapa aktivti yang aku buat tapi rasa macam malas nak menaip dah. Haha boleh takkk. Mentang2 dah lama tak menaip, rasa kemain malas lagi hah. Hiks. 
Wefie dengan pensyarah tersayang tercinta acecce
Ok sebenarnya kan aku baru balik dari program dua hari lepas dan masih dalam mood rehat lagi ni. Almaklumlah dekat program jadual penuh sangat, tak terdaya rasa haha. So balik kena rehat dulu. Nanti aku kongsi kan program yang aku pergi tu dekat lain entry k. InshaAllah kalau rajin hee.

Setakat ni dulu serba sedikit tentang cuti semester aku. Masih berbaki 2 minggu. Semoga aku dapat manfaatkan dengan sebaiknya. Amin. Doakan aku jumpa lagi lain entry bye ! :) 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM