Isnin, 20 Julai 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Assalamualaikum dan selamat pagii

Alhamdulillah akhirnyaaaa dapat jugak aku menaip kembali dekat blog kesayangan yang tercinta iini setelah hampir sebulan lebih lamanya aku biarkan blog ni sunyi dan sepi ohhh sedihnyaa rasa tengok performance blog yang makin merosot ni sobs :( Kekangan masa dan kesibukan belajar membuatkan aku terpaksa abaikan blog ni sementaara waktu, almaklumlah pelajaran itu kan lebih penting, kalau tak macam mana nak jadi pharmacist yang berjaya kan hihi.

So, straight to the point, alhamdulillah kita dah habis dan berjaya melalui bulan Ramadhan yang penuh barakah dan sangatlah sayu sebab malam2 terakhir tu aku sempat beberapa hari saja merebut peluang untuk ber qiamullail. Syukur lah jugak sebab dapat buat walaupun tak macam tahun lepas kedatangan nya tu :( Sebab aku habis final exam lambat, 11.7 baru balik Penang hah. Itulah ceritanya, jadinya aku sangat sangat sangat berharap yang aku masih berpeluang jumpa Ramadhan tahun hadapan inshaAllah amin sama2 doakan dipanjangkan umur :')

Pejam celik pejam celik dah masuk 4 Syawal dah harini. Sekejap sunguh rasa masa berlalu kan. Rasa macam baru saja solat sunat Aidilfitri hari Jumaat haritu tup2 dah Isnin. Haha, nasib baiklah aku dah start cuti panjang jadilah tak rasa sangat yang orang lain dah start kerja balik apa semua kan hihihi. 

Dipendekkan cerita setakat 4 Syawal ni, memang aktiviti aku agak penuh lah sebab pi beraya dan ziarah raya rumah kawan2 aku yang ada yang aku kenal masa sekolah haha seronok sebab dapat tukar2 cerita tukar2 gossip hiks. 1 Syawal aku dengan family saja sebab balik kampung lepastu 2 Syawal dan 3 Syawal dengan kawan kawan haha bukan selalu kan dapat berkumpul sekali ;) Dan 4 Syawal iaitu harini, inshaAllah kejap lagi ada buat makan2 sikit dengan kawan kawan sebab masing2 dah lama tanya bila nak ajak mai rumah hewhew.

#selfie raya Selamat Hari Raya semua dari Alyaa dan keluarga :)
Ok, rasanya nak cerita sampai sini dulu sebagai permulaan untuk entry2 yang seterusnya inshaAllah. Banyak kerja lagi nak kena buat ni. Ini pun curi2 masa saja update blog sebab dah rindu sesangat dah hah. Jumpa lagi di lain entry dan sebelum tu, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin aku ucapkan buat semua yang mengenali aku samada secara online ataupun offline. Mohon maaf sesangat kalau ada salah dan silap sepanjang perkenalan dan persahabatan kita andai ada tersilap kata, terlanjur bicara dan terlebih perbuatan. Salam kosong kosong okey :*
#ZiarahRaya 2 Syawal 1436 H

#selfieraya #ZiarahRaya 3 Syawal 1436H

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM