Wednesday, March 4, 2015

Semester baru.

Assalamualaikum selamat petang


Alhamdulillah aku kembali menaip lagi setelah menghilang selama beberapa minggu. Haha. Maaf ku mohon andai tak mampu nak respons pada semua pertanyaan sebab sibuk dengan urusan nak masuk semester baru. Mana dengan tak sihat lagi minggu sebelum balik ke Puncak Alam, memang tak terkata sibuknya tu. Haha.

Harini 4 March 2015, dah masuk hari ketiga dalam semester baru aku. So far semuanya masih berjalan lancar walaupun adalah beberapa halangan yang nak kena tempuh. Biasalah tu, cabaran dalam hidup barulah tahu erti hidup kan hehe. Untuk semester baru ni ,aku dah tak duduk kolej. Duduk rumah sewa konon nak jadi dewasa. Hahaha. Pun sama, so far masih okey walaupun agak kekok kan, inshaAllah aku yakin lama2 akan terbiasa. ;)

(Mr Google Images)
Duduk rumah sewa ni bawak kereta ke? Haha, soalan paling glamer sem baru ni. Setiap orang yang aku jumpa yang tahu aku duduk rumah sewa, mesti akan tanya soalan yang sama. Malas nak jawab pun ada hewhew. Bila diorang tanya aku macam ni, aku pun terasa macam nak respons " awat duduk luar, rumah sewa memang kena ada kereta ka?" Haha tapi itu hanyalah monolog dalaman aku 

Well, sebenaqnya aku tak bawak kereta pun. Cukuplah naik bas yang disediakan oleh UiTM tu walaupun jarak dari rumah nak ke bus stand tu kemain jauh tak terkata *over gila ni hihi* Tipulah nak cakap tak penat tu, memang lah penat, tapi demi memikirkan aku pun nak berjaya macam orang lain, jadi gagahkan diri jugak berjalan hari2. Sentiasa positifkan diri selagi mampu. Aku tahu Allah ada perancanganNya untuk aku dan housemates. Ya, kami berenam semua naik bas sebab tak mampu nak bawak kenderaan sendiri lagi. InshaAllah ada rezeki kami nanti adalah. Sama2 kita doakan ;)

So, nak cerita apa lagi? Rasanya sampai sini dulu. Ada masa aku update lagi nanti inshaAllah. Oh btw, baru2 ni result SPM dengan STPM dah keluar kan. Tahniah buat semua yang berjaya dan bagi yang kurang berjaya, jangan risau masih ada peluang untuk terus berjaya. Yang penting jangan putus asa okey :) Jumpa lagi di lain entry :)

(Mr Google Images)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA