Sunday, January 25, 2015

Cuti bermula ! ;)

Assalamualaikum selamat pagi. Alhamdulillah. Baru berkesempatan nak update blog kesayanganku ini. Haha.

Plan nya sebaik saja jejak kaki di Penang haritu aku nak update blog tapi dek kerana kepenatan teramat, aku banyak berehat dari nak update blog. Haha. Maaf maaf sebab baru nak update setelah hampir 3 hari berada di rumah. Lagipun memang aku cuba kurangkan sikit aktiviti di media sosial untuk 3 hari ni sebab nak spend time bebetul kat rumah, haha. Penat berperang dengan final exam katakan :P

Oh ya, alhamdulillah sekarang ni aku tengah cuti semester untuk 6 minggu inshaAllah. Haha. Tapi tak sempat pun aku nak menikmati sangat 6 minggu cuti ni sebab esok pagi (Ahad) dah kena balik Puncak Alam. Haha. Ada tanggungjawab lain menikmati. InsyaAllah selama seminggu, moga Allah permudahkan, amin.

Jadi nak cerita apa lagi? Hmm, banyak sebenarnya benda yang nak aku ceritakan ni, tapi dek kerana dah lewat malam, eh dah nak dekat pukul 2 dah pun, hmmm jadinya sampai sini saja lah aku update. Hihi. Jangan marah nahhh. Sejak aku dah jadi part time blogger balik ni, kemain susah nak cari mood nak menaip balik haha.

InshaAllah akan lebih kerap update lepasni, eh tapi lepas aku dah selesaikan kerja aku itu lah yer, hahaha. :') Oklah, jumpa di lain entry. Doakan aku selamat pergi dan selamat sampai ke Puncak Alam dan balik ke Penang dengan selamatnya, amin. :)

P/s : Sebab malas nak on lappy, jadinya terpaksalah update pakai tabs, sungguh pemalas Alyaa ni :P





-Gambar selfie bersama girlfriendsss sejurus selepas tamat paper Eco415-
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, January 7, 2015

Berjuang Untuk Peperiksaan Akhir !

Assalamualaikum selamat pagi.


Waaa, lamanyaaa tak update blog ni. Last update tahun 2014, sekarang ni dah tahun 2015 lah. Hahaha, okay tak kelakar pun sebenarnya. Sebenarnya buat masa sekarang ni aku tengah sibuk struggle untuk final exam sem 1 aku ni, seperti yang aku pernah mention dalam previous entry kan. Tapi dek kerana hati terlalu membuak buak nak update, makanya terkeluarlah jugak satu entry ni. Hewhew. Acah2 macam reward untuk diri sendiri sebab dah lepas 1 paper. Haha

Minggu exam, nescafe dan aku berpisah tiada, oh dan ahli baru Mr Bear. 

Baru 1 paper okeyy, orang lain dah habis berapa banyak paper dah, kami baru start HAHA. Dah tu ada yang dah habis dah pun kami start tak lagi, silalah sedih sikit untuk kami, sobs. Alhamdulillah selesai dah satu paper Isnin haritu. Paper kedua menyusul esok pagi (Khamis) tapi buat masa sekarang ni aku masih belum masih study, biasalah membuang masa tu salah satu kerja aku haha, okay okay lepas update ni aku sambung study okay? :P To be truth, alhamdulillah sebab aku boleh jawab lah jugak walaupun tak pernahnya nak yakin dengan jawapan sendiri ditambah dengan tak cukup masanya lagi, sedih tau tahu nak jawab tapi tak sempat masa, nak semak MCQ pun tak sempat, redha ja ada jawapan yang tak bertanda, sedih sedih. Tapi sebab dah malas nak fikir aku biarkan ja semua rasa yang membelenggu diriku ini. Nanti time nak dapat result baru kita nervous balik fikir HAHA. 

4 paper lagi :( 
Okay, rasa macam nak uupdate sampai sini saja sebab kalau dibiarkan ni boleh buat karangan SPM habis ni tak pasal2 kelaut study yang bertimbun lagi tak habis tu. Kuikui. Mohon doakan kejayaan aku dalam final exam ni dan doakan agar aku dapat terus berjuang hingga ke paper terakhir hingga jayanya, insyaAllah amin. Semoga aku dapat lulus dengan jayanya untuk semester ni. Risau jugak sebab boleh kata semua paper adalah killer paper HAHA. Tabahlah diri sebab nak capai cita cita kan. Orait, jumpa lagi semua untuk next entryyy ! 

Sumber tenaga konon la ni HAHA. Time tengah rasa down haritu aku makan satu paket ni lepastu menyesal habis :')

Oh sebelum tutup entry ni, Selamat Tahun Baru 2015 dari aku, dia dan keluarga HAHA. Moga tahun 2015 bawa sinar baru buat korang semua. InsyaAllah azam aku tiap2 tahun hampir sama kalau ada pun perubahan sikit sikit lah moga tercapai lah hendakNya amin :) Dan aku doakan agar Allah permudahkan semua segala urusan mangsa mangsa banjir yang terlibat terutamanya di Pantai Timur, Pahang Kelantan dan Terengganu. Sesungguhnya ujian Allah buat kalian ada hikmahnya insyaAllah akan nampak kemudian hari nanti. :')

Ada yang rinduuu tak? Takdak? Ok takpa nak letak jugak gambar selfie, satu kemestian okey sekarang ni lepas update mesti nak letak satu gambar selfie HAHA. Itu kawan baik saya, nak berkenalah boleh PM :P

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA