Rabu, 7 Januari 2015

Berjuang Untuk Peperiksaan Akhir !

Assalamualaikum selamat pagi.


Waaa, lamanyaaa tak update blog ni. Last update tahun 2014, sekarang ni dah tahun 2015 lah. Hahaha, okay tak kelakar pun sebenarnya. Sebenarnya buat masa sekarang ni aku tengah sibuk struggle untuk final exam sem 1 aku ni, seperti yang aku pernah mention dalam previous entry kan. Tapi dek kerana hati terlalu membuak buak nak update, makanya terkeluarlah jugak satu entry ni. Hewhew. Acah2 macam reward untuk diri sendiri sebab dah lepas 1 paper. Haha

Minggu exam, nescafe dan aku berpisah tiada, oh dan ahli baru Mr Bear. 

Baru 1 paper okeyy, orang lain dah habis berapa banyak paper dah, kami baru start HAHA. Dah tu ada yang dah habis dah pun kami start tak lagi, silalah sedih sikit untuk kami, sobs. Alhamdulillah selesai dah satu paper Isnin haritu. Paper kedua menyusul esok pagi (Khamis) tapi buat masa sekarang ni aku masih belum masih study, biasalah membuang masa tu salah satu kerja aku haha, okay okay lepas update ni aku sambung study okay? :P To be truth, alhamdulillah sebab aku boleh jawab lah jugak walaupun tak pernahnya nak yakin dengan jawapan sendiri ditambah dengan tak cukup masanya lagi, sedih tau tahu nak jawab tapi tak sempat masa, nak semak MCQ pun tak sempat, redha ja ada jawapan yang tak bertanda, sedih sedih. Tapi sebab dah malas nak fikir aku biarkan ja semua rasa yang membelenggu diriku ini. Nanti time nak dapat result baru kita nervous balik fikir HAHA. 

4 paper lagi :( 
Okay, rasa macam nak uupdate sampai sini saja sebab kalau dibiarkan ni boleh buat karangan SPM habis ni tak pasal2 kelaut study yang bertimbun lagi tak habis tu. Kuikui. Mohon doakan kejayaan aku dalam final exam ni dan doakan agar aku dapat terus berjuang hingga ke paper terakhir hingga jayanya, insyaAllah amin. Semoga aku dapat lulus dengan jayanya untuk semester ni. Risau jugak sebab boleh kata semua paper adalah killer paper HAHA. Tabahlah diri sebab nak capai cita cita kan. Orait, jumpa lagi semua untuk next entryyy ! 

Sumber tenaga konon la ni HAHA. Time tengah rasa down haritu aku makan satu paket ni lepastu menyesal habis :')

Oh sebelum tutup entry ni, Selamat Tahun Baru 2015 dari aku, dia dan keluarga HAHA. Moga tahun 2015 bawa sinar baru buat korang semua. InsyaAllah azam aku tiap2 tahun hampir sama kalau ada pun perubahan sikit sikit lah moga tercapai lah hendakNya amin :) Dan aku doakan agar Allah permudahkan semua segala urusan mangsa mangsa banjir yang terlibat terutamanya di Pantai Timur, Pahang Kelantan dan Terengganu. Sesungguhnya ujian Allah buat kalian ada hikmahnya insyaAllah akan nampak kemudian hari nanti. :')

Ada yang rinduuu tak? Takdak? Ok takpa nak letak jugak gambar selfie, satu kemestian okey sekarang ni lepas update mesti nak letak satu gambar selfie HAHA. Itu kawan baik saya, nak berkenalah boleh PM :P

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

4 ulasan:

sweetie berkata...

Semoga mendapat keputusan bagus. Result exam sem 1 ni penting lebih-lebih lagi kalau ingin memohon tajaan/biasiswa JPA. Untie doakan!

Unknown berkata...

assalamualaikum. good luck untuk exam. semoga dipermudahkan urusan ya.

p/s: sekiranya alya atau kawan2 perlukan kereta sewa boleh kontek kakzu 0111-532 7642. wasap pun boleh. akak di bertam perdana sahaja :)

AlyaaIBH berkata...

@Sweetie
terima kasih auntie sudi doakan. alhamdulillah dah selesai semuanya :)

AlyaaIBH berkata...

@sewakereta bertam

okay kak, insyaAllah akan dimaklumkan nanti kelak pada yg lain ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM