Sunday, August 31, 2014

Selamat Hari Merdeka Ke 57

Assalamualaikum, selamat malam.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Alhamdulillah, 31 Ogos sudah pun tiba kembali. Bersyukur masih diberi nikmat kehidupan hingga ke harini. Masih dapat merasa keamanan dan keharmonian negara Malaysia kita yang tercinta dengan penuh kemakmuran dan kesejahteraan ini.

Selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke 57 buatmu, Malaysia tanah tumpah darahku. Semoga terus aman makmur, aman sentoasa aman damai dan bebas dari segala unsur fitnah dan kejahatan. Terimakasih Ya Allah atas nikmatmu yang satu ini. Nikmat yang mana kami masih lagi boleh keluar rumah tanpa perlu takut peluru di atas kepala, pedang di leher, rumah dibakar dan sebagainya. Alhamdulillah. Semoga Kau terus pinjamkan nikmat yang satu ini kepada negara kami yang tercinta, Malaysia.



57 tahun mengorak langkah sebagai sebuah negara yang merdeka, kini kami sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang sedang meningkat maju ini. Semoga terus maju jaya, Malaysia tercinta ! Semoga satu hari nanti nama mu Malaysia tersohor di seluruh dunia dek kerana kebaikan dan keluruhan yang kita punya. InsyaAllah.

Di sini lahirnya sebuah cinta.. Moto kemerdekaan yang dipilih untuk tahun ni. Sungguh membuatkan aku terimbau dengan lagu Warisan nyanyian Allahyarhan Sudirman Hj Arshad. Lagu yang pernah aku laungkan sama2 dengan rakan2 seperjuangan suatu ketika dahulu. Lagu yang penuh dengan maksud tersirat. :')

Oh, tahun ni punya logo aku sangat suka tengok. Rasanya, lagi better dari yang previous years, especially last year punya edition. Sikit tak menarik minat mata sebenarnya, hehe. Jangan ambik serius, perkongsian jujur saja ni. Alhamdulillah, they did improve the quality of the logo every year, and hope to see the great logo for next year, insyaAllah amin.

31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2014 :
57 tahun MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, August 28, 2014

Selangkah mencapai cita-cita

Assalamualaikum, selamat petang.

Alhamdulillah, dapat lagi aku menaip untuk entry harini. Hehe. Maaf atas ketidak update an blog ni selama beberapa hari kerna kesibukan yang melanda diri ini sejak akhir2 ini. Biasalah, bila tak sibuk baru aku berpeluang nak taip entry banyak2, ini sibuk makanya selang 4,5 hari baru dapat update, hehe.

Harini dah 26 Ogos 2014. Sekejapnya rasa dah nak hujung bulan 8. Baru sangat rasa masuk bulan 8. Tiba2 dah nak penghujung, begitu juga dengan tahun 2014. Dah tak lama nak masuk 2015. Semoga masih berkesempatan untuk hidup dengan izinNya.

Ok, aku teruskan kepada tajuk utama yang nak ditaip harini. Tajuk harini 'Selangkah mencapai cita-cita', amboi tajuk kemain lagi. Hahaha. Untuk entry harini, aku ingin kongsikan suatu berita gembira buat semua, berita gembira buat aku, buat mak dan abah, buat ahli keluarga dan buat mereka yang mengenali aku. Alhamdulillah, Allah tunaikan dan makbulkan permintaan aku. Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh tak sangka Allah mendengar keluhan dan permintaan hambaNya yang hina ini.

Masih ingat entry aku Sebulan lagi, insyaAllah? Kalau tak ingat, silalah rajin2kan diri godek blog ni, hihi. Alhamdulillah, 2 minggu lepas, 12 Ogos 2014, aku telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, dan aku bersyukur sangat2 Allah makbulkan doaku. InsyaAllah, aku akan menyambung pelajaran ke Bachelor of Pharmacy (Hons) a.k.a Sarjana Muda Farmasi di UiTM Puncak Alam. Alhamdulillah, alhamdulillah sesangat sebab Allah dengar doa aku, doa mak abah aku, doa mereka yang sentiasa mendoakan aku dan lain2, doa semua agar aku dapat sambung ke BPharm.

Sungguh ini nikmat dan anugerah yang terbaik, dan paling menarik Allah kurniakan buat aku dan keluarga. Sungguh aku tak sangka masih berpeluang untuk bersama dalam Fakulti Farmasi UiTM buat kali kedua. Terima kasih Ya Allah kerna Kau mendengar doa hambaMu yang hina ini. Setiap satu yang aku pohon, Kau kurniakan tak kira samada cepat ataupun lambat, Kau tetapkan makbulkan. Allahu, terasa sungguh hina diri ini sekiranya aku masih jauh dariMu. :'(

Bagi mereka yang dekat dengan aku, sangat mengerti dan tahu macam mana nervousnya nak tunggu keputusan penerapan haritu. Menggigil tangan masa nak masukkan IC nombor. Hehehe. Mereka ini tahu betapa aku sangatlah berharap agar dapat BPharm. Dan alhamdulillah, setiap dari mereka yang sentiasa ada bersama aku ni dapat juga peluang untuk sambung belajar. Tahniah buat kawan2 semua. Jumpa time convocation nanti, insyaAllah. :)

Sebelum menutup entry, aku harap agar semua yang baca entry ni dapat mendoakan kejayaan aku dalam BPharm dan seterusnya dapat mencapai cita-cita aku menjadi seorang ahli farmasi yang bertauliah, amin. Dari diploma farmasi aku mengorak langkah selama 3 tahun, insyaAllah melangkah satu tapak lagi ke Sarjana Muda Farmasi selama 4 tahun dan menjadi PRP yang terbaik dan menjadi FRP iaitu cita2 aku yang aku tanam sejak Form4 lagi. Doakan semoga aku dan kawan2 aku dapat tempuh pengajian lagi 4 tahun ni. Amin.

Buat batchmates Diploma Farmasi 11/14, tahniah buat mereka yang dapat sambung BPharm sama dengan aku, insyaAllah jumpa kita di Puncak Alam, untuk struggle sama2 lagi, hehehe. Untuk mereka yang dapat kos selain dari BPharm, seperti Optometri, Fisioterapi, OSHA, Kimia Bioproses, Sains Biologi, Sains Kimia, Pendidikan dan lain2 lagi, aku doakan korang dapat buat pilihan yang terbaik untuk masa depan. Jangan mudah putus asa, yakin perancangan Allah itu yang terbaik. Tak semestinya kami yang dapat sambung BPharm ni akan berjaya dan tak semestinya korang semua akan gagal. No, sebab setiap perkara dan benda yang berlaku, semestinya ada hikmah yang berlaku di sebaliknya. Percaya dan yakin bahawa rezeki Allah itu luas. Apa2pun pilihan yang korang buat dan pilih, jangan risau kami tetap berdiri teguh di belakang korang semua. Jangan pernah rasa terlalu merendah diri dengan kami kerna kami juga kawan kamu semua. Panjang umur, jumpa Hari Konvokesyen nanti. :')

Akhir kata, terimakasih Ya Allah kerana dengan rezeki yang Kau berikan, aku selangkah lagi untuk mencapai cita2 aku. Alhamdulillah =)




posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, August 22, 2014

Aku dan Blog

Assalamualaikum, selamat tengahari

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur hingga ke harini untuk menghirup udara segar di sini. Aku masih sihat seperti biasa, dan makin bertambah sihat hendaknya, hahaha.Terimakasih kerana masih sudi singgah di sini.

Ok, aku tahu sekarang ni aku dah makin jarang nak update, last update 12 Ogos, harini 22 Ogos. Oh cepatnya masa berlalu tanpa ku sedari. Ikutkan, akan bertambah jarang update untuk selepas ini. Maafkan aku, aku rasa aku tak mampu nak jadi blogger tegar yang sejati dan abadi sebab ini mungkin bukan bidang aku. Aku menaip dan punya blog hanyalah sekadar hobi dan hiburan semata-mata. Aku cuba sedaya upaya untuk update blog macam dulu sehari ada dlam dua tiga entry atau paling kurang pun dalam sehari ada satu hari. Tapi tak boleh. Ada saja kekangan dan halangan tiap kali aku nak taip entry. Banyak tanggunjawab mungkin. Hehehe

Aku malas nak update entry bukan sebab aku kekurangan idea. Tak, sama sekali tak. Idea datang sentiasa mencurah-curah sampaikan kadang2 aku terpaksa expresskan dalam bentuk yang lebih mudah dibaca dan difahami serta cepat boleh disampaikan iaitu melalui facebook ataupun instagram. Kalau tak percaya, silalah follow aku di sana dan tengok setiap gambar tu kalau boleh caption yang aku sikit punya panjang, haha. Penangan blog barangkali ;p





Aku taktau nasib yang akan jadi kepada blog aku ni lepasni. Samada masih berupdate ataupun tidak. Tapi aku harap aku masih punya kerajinan untuk update blog ni, sekurang-kurangnya blog ni masih hidup dan mampu memberi sedikit informasi yang dicari. Tipu kalau aku kata aku tak berhasrat nak menutup blog ni ataupun buatkan ia jadi private, tapi aku rasa sayang sangat2. Memang lah blog ni tak menarik sangat pun, tapi dengan blog ni lah aku kenai macam2 manusia, dengan blog ni jugak minda aku terbuka luas dengan pembacaan di blog2, dapat tambah kenalan baru, dan yang paling penting, blog ni adalah satu-satunya social network aku yang PUBLIC. Social network aku yang lain kebanyakan nya aku PRIVATE atas beberapa sebab keselamatan. Haha. Dengan adanya blog ni, senanglah para stalker aku sekalian nak stalk aku kan. Eh, masalahnya ad aka orang nak stalk hang alyaa? Hehe, mestilah ada kan. *perasan jap*

Kisah perjalanan aku bersama blog ni terlalu banyak, terlampau banyak. Tahun ni jika tak silap aku sudah masuk tahun ke 4 aku berblogging. Tapi bukanlah secara serius sangat cumanya aku suka menaip, suka berkongsi cerita aku yang banyak tu. Al-maklumlah nak cerita dengan kawan pun, bukan semua orang nak dengar cerita aku, alih2 aku sendiri jugak bercerita kat sini, haha. Target aku buat masa sekarang ni sebelum aku melangkah pergi jauh sikit dari sini, adalah aku nak langsaikan hutang hutang entry aku yang tertunggak yang hamper sekian lama iaitu entry mengenai praktikal aku. Aku masih tetap dan ingin abadikan kenangan praktikal aku di blog ni, sekurang-kurangnya dapat juga aku baca kelak bila rasa down dengan bidang yang aku pilih ni, hehe.

Rasanya setakat ni saja yang mampu aku coretkan untuk entry kalini. Sebab aku masih ada beberapa entry yang ingin aku publishkan selepas ni dan hari yang seterusnya. Seperti biasa, doakan aku punya kerajinan yang tinggi, setinggi langit di atas sana. Haha. Oh lagi satu, jangan pelik kenapa aku tiba2 update blog waktu tengahari sebab harini kan hari Jumaat, rehat panjang sikit kan. Jadi gunalah peluang yang ada ni, hehe.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, August 14, 2014

Cerita Rumah Terbuka ;)

Assalamualaikum selamat malam

Ingat lagi entry haritu yang aku ada cakap nak update pasal rumah terbuka kat rumah aku hujung minggu lepas? Orait, aku terdetik nak update harini. Haha, silalah baca celoteh aku untuk malam ni. :)

Alhamdulillah, Ahad lepas, 10 Ogos 2014 bersamaan 14 Syawal 2014, kami sekeluarga bersepakat nak buat majlis rumah terbuka untuk jiran2 dan rakan2 terdekat kami. Majlis berjalan agak lancar, cuma agak sedikit tak terkawal sebab tetamu tiba2 jadi ramai, jauh jangkauan dari rancangan asal tapi alhamdulillah, menu cukup untuk semua tetamu yang hadir. Jadi tak terkawal sebabnya datang sekali segerombolan, tak panas punggung lagi datang pulak yang lain, haha. Itu jeee lah yang tak terlayan. Harap maaf yer semua.

Menu pada haritu simple saja, semuanya homemade oleh abah aku. Hehehe. Terimakasih abah, sayang abah ! :* Antaranya bihun goreng, nasi goreng, laksa, ketupat, kuah kacang, rendang ayam, rendang daging, nasi impit, dadih, agar2, kek coklat. Hehe, semuanya sedapp.




Ok, untuk tetamu yang aku jemput, kebanyakan dari kawan2 sekolah rendah aku, kawan2 yang kenal aku, dan mereka yang free pada hari tu. Haha. Aku jemput semua sebenarnya, siapa yang free datang jeee, macam tu lah kiranya. Tetamu aku tak ramai sangat pun, banyak kawan2 office kakak aku dengan orang kampung jee. Hihi

Persiapan untuk rumah terbuka memang start awal, dari Khamis pagi lagi, bersambung sampai Ahad pagi. Haha, punya lama nak bersiap kan, biasalah tu. Majlis start dalam tengahari, lepas Zohor macam tu. Tetamu paling awal haritu adalah kawan2 adik aku. Pukul 12 dah sampaii hah. Tak menyempatttt, hmm.

Terimakasih sangat2 untuk semua tetamu yang sudi datang memeriahkan majlis dekat rumah aku. Terima kasih sudi memeriahkan hari aku, menceriakan aku. Terimakasih sebab sudi makan masakan abah aku, dan seribu kemaafan aku mohon andai ada yang terkurang. Sesungguhnya kami hanyalah insan yang serba kekurangannya.

InsyaAllah, panjang umur kita ketemu lagi ya, kawan-kawanku. Sekali lagi, terimakasih sesangat, hihi :)))

Bersama geng2 praktikal farmasi HSJ ;)



Kawan sekolah rendah, yang selalu ada dengan aku :')

Kesayanganku ;') Bakal merindui saat2 kita pergi beraya rumah orang, wuu

Selfieeee time bersama kakak tersayang aku. Staff dari HSJ dan HPP. PF dan PPF yang awesome.  Jumpa lagi nanti, insyaAllah.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, August 12, 2014

Bila dah kerja ...

Assalamualaikum selamat malam


Waaaaaaaaaaaaaaaah, lamanya tinggalkan blog ni tak berupdate, Ya Allah teruk betul perangai hah. Haritu semangat berkobar-kobar lagi nak jadi blogger tegar ceritanya, tapi update seminggu sekali, hahaha. Maaflah, diri ini terlalu sibuk dan teramat lah sibuk sejak Jumaat lepas, sebab hujung minggu lepas buat rumah terbuka. Persiapan dibuat dari Jumaat lagi, dan sekarang ni pun masih dalam proses mengemas. Sangat letih tau (mak abah lagi letih sebenarnya, hmm). Jadinya, terpaksa abaikan blog ni seketika. Hajat hati nya nak terus update pasal Rumah Terbuka tu tapi tetiba entry ni yang terkeluar ja, haha. Lepasni aku update okey, insyaAllah. 

Ok, terus ke agenda utama aku taip entry ni. Sebenarnya, aku nak maklumkan yang aku ni sudah bekerjaya semula. Masih baru, masih hangat di pasaran lagi ceritanya, hehehe. Alhamdulillah, rezeki Allah curahkan tak pernah henti walaupun sedikit, syukurlah hendaknya. :) Kerja apa Alyaa? Bagi mereka yang follow instagram aku, tahulah kan aku kerja apa dan dimana. Kerja aku biasa saja, lebih kepada kerani kalau orang tanya aku secara jujur, sebab memang itu bidang tugas aku, iaitu perkeranian operasi. Hihi.


Harini baru masuk dua hari. Alhamdulillah, so far so good. Staff semua ramah tamah walaupun aku buat kerja sorang diri dengan bahagian admin fakulti tu, sebabnya semua admin fakulti dah kena transfer pergi HEA. Jadinya, keseorangan aku tanpa ada teman berbual, oh sangatlah sadis, haha. InsyaAllah, semoga semuanya berjalan lancar.

Kerja aku boleh dikatakan agak berat sebab aku masih belum faham workflow yang mereka mahukan. Masih bertatih lagi lah orang cakap. Masih cuba untuk fahami nya secepat yang mungkin. Supervisor yang lantik aku tu selalu takdak, so susah nak tanya dia macam2, aku sendiri yang nak kena figure out memang lambat sikitlah ceritanya. Harini memang dah plan macam2 nak tanya dia, end up bila dia sampai, dimintanya buat kerja lain dulu, urgent kata. Allahu, sabar jelah. Jadinya, dah plan nak serbu dia dengan macam2 soalan. Aku bukan apa, baik banyak tanya dan tahu kerja kita daripada tanya sekali lepastu buat2 tahu, lepastu salah. Oh pedih kot. Harap2 esok semuanya okay. Doakan aku hehe

Oh ya, disebabkan aku dah mula kerja semula lah, blog ni semakin terabai sikit demi sikit sebab taksempat nak update bila belah malamnya sebab khusyuk buat kerja lain, hahaha. InsyaAllah aku akan rajinkan diri, eh paksakan diri untuk taip jugak entry paling kurang seminggu satu atau paling rajin sehari satu entry :P

Oklah, nak updateee cerita ni jeeee, esok kalau rajin kita up entry pasal open house haritu okey? Babaii, selamat malam ;)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, August 7, 2014

Puasa Sunat 6 Hari Bulan Syawal

Assalamualaikum selamat malam

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. (Hadis Riwayat Muslim)

Alhamdulillah, harini dah 11 Syawal 1435H, hari Khamis. Syukur, aku berpeluang untuk mengerjakan puasa sunat 6 bulan Syawal harini. Sebenarnya baru mula harini, haha. Orang lain dah nak habis kan puasa 6, aku baru nak bermula. Takpalah, asalkan ada niat nak habiskan puasa 6 bulan Syawal tahun ni, moga Allah permudahkan, amin ;)

Ok, dalam entry ni aku nak bercerita sikit pasal puasa sunat bulan Syawal atau bahasa pasar orang sebut puasa 6. Kiranya selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, kita teruskan puasa 6 di bulan Syawal, dan insyaAllah besar ganjaran pahala yang menanti kita, yang mana diibaratkan seperti setahun kita berpuasa. Siapa yang tak mahu bukan? Sungguh, Islam itu indah 

Aku baru start harini, maknanya aku masih berbaki 5 hari. InsyaAllah, rancangnya nak habiskan dalam minggu depan terus 5 hari. Kenapa tak sambung esok dan seterusnya? Sebabnya aku punya tugasan dan kerja yang perlu dilaksanakan. Jangan risau, tak dinyatakan pun untuk kita puasa berturut-turut 6 hari dan para ulama' pun sudah sepakat yang puasa 6 hari bulan Syawal ni dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut). Sebenarnya, lebih afdal dilakukan antara 2 Syawal hingga 7 Syawal. Tapi, almaklumlah terleka dengan program hari raya, jadinya sekarang baru berkesempatan, hihi.


Oh sedikit tambahan, amalan sunat yang kita kerjakan saban hari ni adalah untuk menampung kecacatan atau kecelaan kepada amalan fardhu kita, dan semoga segala amalan kita diterima olehNya, amin. Sebagai penutup entry yang ringkas malam ni, aku menyeru dan menyarankan rakan-rakan seagama dengan aku untuk turut serta dalam mengerjakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal ini, semoga kita dapat sama2 kumpul pahala selagi boleh. =)

Credit- *Kedua-dua gambar ihsan dari Mr Google*

Sumber bacaan : SINI

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, August 6, 2014

Aeon Jusco Alma, Bukit Mertajam

Assalamualaikum selamat malam

Bertemu lagi kita untuk entry harini. Ok, harini aku takmau cerita pasal cerita hari raya lagi. Sebab kalau nak cerita, sampai sepuluh entry tak habis, haha. Jadi kita buat slow2 nah, banyak sangat cerita hari raya ni kekdahnya.

Hah, untuk harini aku nak cerita pasal Aeon Jusco Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Untuk orang Penang, mesti tau punya kat mana Jusco ni dan kisah disebaliknya. Haha. Nak dipendekkan cerita, Aeon Jusco dulu bertempat di Bandar Perda, berdekatan KPJ Specialist Hospital dan boleh kira dekat jugak dengan UiTM Penang. Haha.

Disebabkan beberapa masalah yang timbul, Aeon Jusco telah dipindahkan ke Alma, Bukit Mertajam dan telah menjadikan ia lokasi yang agak tak strategik sebab jauhhhh dari segala-galanya. Serius jauh, tak tipu. Jauh dari budak2 UiTM yang selalu lepak kat situ. Sobsob. Ok dah, bukan hang belajaq sana dah pun. Hehe.




Gambaq atas tu merupakan gambar Aeon Jusco di Alma, Bukit Mertajam. Gambaq ni waktu pertama kali jejak kat situ. Aceceh. Haha. Sampai malam hah teroka kawasan situ. Almaklumlah bukan senang nak sampai sini. Ni kira2 sebelum puasa dulu. Dan harini, aku pergi lagi sekali atas niat nak bershopping kononnya, haha. Nasib baik ada yang sudi teman aku, takdak macam lone ranger sangat. Hehehe.

Alhamdulillah, barang2 yang nak dibeli sudahpun dibeli dan ada yang tak rancang nak beli pun dah terbeli. Biasalah, perempuan katakan. Kalau over budget tu kira perkara biasalah kalau perempuan pergi shopping complex ni. Hmm.




Ok, hasil pemerhatian aku setelah dua kali pi sana kan, memang tak dinafikan semuanya adalah tiptop. Memang terbaik lah dia punya kawasan dalam Aeon Jusco tu. Tempat barulah katakan, memang lantai pun shining habis. Haha. Dan dekat sana, ada lagi banyakkk butik baju dan kedai2 berbanding dengan Aeon Jusco yang lama. Kalau yang jenis suka shopping tu memang rasa gila yang amat lah sebab harga pun boleh tahan, affordable lah kiranya.

Fasiliti dekat sana pun tiptop, tandas cantik, bersih, aku suka sangat. Dan nak cari tandas pun senang sebab dalam satu aras tu adalah 2,3 tak silap aku. Senang nak membuang kalau terdesak, kahkah. Setiap aras ada tandas, jangan risau. Surau pun awesome, selesa sesangat. Kalau Aeon Jusco dulu ada satu surau ja dekat aras dua, kat tempat baru ni ada dua surau, aras satu dengan aras dua. Begitu juga dengan ATM. Ada di kedua dua aras. Oh ya, untuk para ibu dan bapa ang masih ada baby, jangan risau jangan khuatir nak datang shopping sini, semuanya lengkap untuk uruskan si anak. Ada baby room yang sangat lengkap dengan segala keperluan yang diperlukan. Air panas pun ada, tempat berehat untuk para bapa tunggu, tempat tukar lampin, mandi baby semua ada. Serius aku sendiri teruja tengok baby room tu sebab cantik sangat, tp tak sempat ambik gambarlah. Hehe




Nak cerita apa lagi? Haha. Pendek kata, rasa berbaloi lah jugak kiranya travel jauh dari Kepala Batas pergi Alma bila tengok semuanya ni. Rasa sejuk sikit mata, dan badan sebab aircond sana sini. Haha. InsyaAllah, aku plan untuk kesana lagi lepasni untuk beli barang2 untuk persediaan belajar nnt. Itupun kalau dapat sambung, sama2 doakan okey? Amin. Ok, untuk penutup entry, nah satu gambar dari aku untuk visit harini. Selamat malam! =)






posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum selamat malam

8 Syawal 1435H.

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menaip harini. Seribu kemaafan ku pohonkan sebab baru harini berkesempatan untuk menaip di sini. Diri ini sangatlah sibuk yang teramat sangat sebab terlalu banyak tugasan yang perlu dilakukan disamping menyambut hari raya yang telah hampir seminggu berlalu ini.

InsyaAllah lepas ni akan rajin update mengenai cerita hari raya aku yang sangat banyak untuk diceritakan. Macam biasa lah kan, aku ni ada sangat banyak cerita nak diceritakan dari dulu tapi akhirnya tak cerita2 jugak. Jadinya insyaAllah satu hari aku akan cuba untuk update di sini. Lagipun dah masuk bulan 8 ni, kenalah usaha lebih sikit untuk jadi blogger tegar ni. Haha.

Sebelum tu, rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang sudi melawat blog aku ni walaupun secara silent reader. Sepuluh jari aku susun seandainya ada entry yang mengguris hati korang semua. Terimakasih sebab sudi singgah blog ni. Tanpa ada semua, tiadalah blog ni hidup lagi. Hehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami ;)
Sekarang ni dah 8 Syawal. Macam mana dengan hari raya korang semua? Best, seronok? Menarik tak? Dapat berkumpul semua sanak sedara? Dapat jumpa kawan2 lama? Alhamdulillah. Semoga raya tahun ni beri seribu makna, seribu erti buat kita semua :)

Oh ya, kita pun sudah masuk bulan baru, bulan Ogos. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak dekat hujung tahun. Rasa macam baru sangat masuk 2014, tengok2 dah nak masuk 2015 tak lama lagi. Moga kita dipanjangkan umur oleh Allah untuk terus beribadat kepadaNya. Amin.

Rasanya sampai sini dulu entry untuk harini. Selamat hari raya Aidilfitri semua ! Coming soon entry pasal hari raya 2014, yey !




posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA