Sabtu, 19 Julai 2014

Terima kasih Astro Awani !

Assalamualaikum, selamat malam.

Terima kasih Astro Awani !

Sebagai pengguna tegar Astro, aku ingin rakamkan setinggi penghargaan terima kasih buat team Astro Awani semua kerana telah bertungkus lumus dalam menyediakan berita buat kami semua, seluruh rakyat Malaysia.

Bermula seawal malam hari Khamis tatkala penerbangan Malaysia MH17 dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan, dari situ mereka bersiap siaga untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan sah kepada kita semua, rakyat Malaysia

Walaupun rata rata rakyat Malaysia ada yang hentam pembaca berita Awani pada malam kejadian itu, namun mereka tetap berdiri teguh untuk sampaikan berita. Tipikal Malaysian, selalu nampak benda yang tak baik untuk dijadikan cerita. Apa ingat senang nak bersiaran secara langsung tanpa dapat kesahihan berita secara terus dan mengejut? Pada firasat aku mereka sendiri terkejut dengan berita yang menimpa MH17, tapi mereka tetap perlu sampaikan tanggungjawab mereka dengan seadanya.

Bayangkan tanpa ada skrip, maklumat berita yang ingin disampaikan, namun mereka tetap cuba, sedaya upaya untuk menyalurkan maklumat yang sahih untuk kita dan semua. Jadi, please, jangan nak main serbu tanpa pakai helmet.



Alhamdulillah, Astro Awani juga banyak membantu aku dalam memperoleh berita yang tepat mengenai kejadian yang menimpa penerbangan Malaysia MH17. Walaupun kadangkala terlepas untuk aku ikuti di televisyen dek kerana ada tugas yang perlu diselesaikan, namun aku tak risau kerana aku tetap dapat ikuti perkembangan dari semasa ke semasa mengenai tragedi ini melalui laman sosial Astro Awani. Terimakasih Astro Awani !

Semoga Allah beri ketabahan dan kekuatan buat team Astro Awani dalam menyampaikan berita buat kami semua, seluruh rakyat Malaysia. Kami yakin team Astro Awani akan buat sehabis baik bagi memastikan maklumat yang diperolehi dan disampaikan adalah tepat dan benar.

Ok, bagi mereka yang nak ikuti perkembangan dari Astro Awani, boleh pergi ke FB Astro Awani dan juga www.astroawani.com.

Terimakasih Astro Awani, berita segenap dimensi ! 





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM