Selasa, 22 Julai 2014

Meniti 10 Ramadhan terakhir.

Assalamualaikum selamat pagi.

Alhamdulillah masih berkesempatan pagi ni untuk mencoret sedikit di blog tercinta ni. Haha. Sedikit sibuk dengan urusan harian sampai tak sempat nak belek di sini.

Ok, harini dah pun masuk 24 Ramadhan. Ya Allah sekejap nya rasa masa berlalu. Kurang dari seminggu lagi saja kita akan sambut Aidilfitri, insyaAllah jika diizinkan olehNya, amin.

Apa persiapan kita untuk 10 malam terakhir ni? Harap2 kita semua dapat mengejar dan mencari sesuatu di dalam fasa terakhir Ramadhan ni iaitu fasa 3 - pelepasan dari api neraka. InsyaAllah.

Sungguh tidak terasa Ramadhan kalini berlalu begitu, rasa macam baru sahaja kita bermula puasa dan sekarang sudah mahu sampai ke penghujungnya. Semoga semua amalan kita dari hari pertama berpuasa di terima oleh Allah, amin3x

Syukur alhamdulillah, tahun ni aku dapat berpuasa sepenuhnya di rumah setelah hampir 5 tahun di perantauan dan insyaAllah lagi 4 tahun akan datang sebagai perantau kembali. Haha. Perantau lah sangat, pergi berperang menuntut ilmu sebenarnya. Hihi.

10 Ramadhan terakhir ni juga rata rata kita sedang sibuk membuat persiapan hari raya bukan? Macam mana dengan persiapan semua? Rasanya mesti dah lengkap dah kan. Haha. Nampak macam dah tak sabar nak raya dah tu. Faham3. Aku pun masih mencari sedikit keperluan untuk hari raya ni. Baru nak shopping katanya, hihi.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Semoga kita diberi peluang untuk menyambut hari kemenangan kita nanti dengan sebaiknya. InsyaAllah. :)


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM