Ahad, 13 Julai 2014

Menggamit kenangan. . .

Assalamualaikum selamat pagi


Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan jugak untuk aku menaip lagi untuk harini setelah hampir 4 hari menghilang kan diri tak update blog ni. Bukannya aku busy sangat sampai takdak masa nak update cumanya ada sedikit kekanganlah sebenarnya. Haha

Dipendekkan cerita, aku "sibuk" jadi 'interior designer' hah. Jadi ID untuk bilik sendiri ceritanya. Aku ubah sikit keadaan dalam bilik aku ni, susun atur dan segalanya. And I did it by myself ! Haha. Proud of me, of course, hihi. Bayangkan aku kena alih almari baju yang besar kedabak tu, sebab nak letak ke sebelah tingkap sana, rasa macam gagah gitu, haha. Ok dah, nanti orang kata riak. :P

Eh sat, apa kaitan aku jadi ID ni dengan tajuk entry aku harini? Haha. Itulah puncanya aku menaip untuk harini ni. Almaklumlah, perempuan dengan versi throwback ni takpernah nya nak habis kan. Ya, ya aku perempuan jadinya inilah ceritanya. 

Dalam masa aku menjadi ID kepada bilik sendiri, terjumpalah kembali beberapa barang lama yang bagi aku tersangatlah dan teramat menggamit kenangan masa zaman dulu kala. Aceceh, bajet macam dah tua sangat dah ni, haha. Aku dulu kan, suka sangat simpan barang2 nostalgia ni, jadinya boleh dikatakan banyak lah jugak barang2 yang aku dapat ataupun aku beli dari zaman sekolah rendah sampailah sekolah menengah aku simpan.

Dulu guna kotak kasut nak simpan barang,
yang ni memang banyak menggamit kenangan dulu kala ;)
Tapi, semestinya yang paling banyak barang yang aku simpan adalah dari zaman sekolah menengah. Zaman zaman baru nak up dulu kan. Zaman aku dulu mana sama dengan zaman lah ni, zaman oldschool semua tu, hoho. Zaman masa tu orang tulis buku diari, main myspace semua tu. Zaman sekarang dah maju, pakai blog , facebook dah hah, haha

Nak ikutkan, aku ni salah seorang yang sangat susah nak ingat cerita zaman dahulu kala tambah2 masa aku sekolah rendah. Tak percaya, try lah test aku kenangan masa sekolah rendah, confirm aku fail nak jawab atau ingat. Member2 rapat aku dah pernah kena dah dengan aku sebab bila memasing cerita pasal kenangan dulu2, cerita pasal si dia tu dia ni, mesti aku akan spoilkan kan mood depa sambil tanya 

"Eh, ni yang mana hah? Tak ingat lah" HAHA

Even kalau kawan2 sekolah rendah yang nak add as friend kat FB pun aku tak approve sebab tak ingat punya pasal. Padahal dulu time sekolah, dialah yang teman kita makan, belajaq sama, gosip sesama. Haish, puberty did this to me, oh whyy??

Sebahagian dari keychain/gift yang dapat dari dulu sampai sekarang :)

But somehow, those things yang aku still simpan sedikit sebanyak brings back few of memories to me, haha. Alhamdulillah. At least, I knew few things during my primary school back then. Yay me! And btw, aku still boleh recognise and remember the person yang aku admire during primary school. Tetiba terus teringat kat dia, oh sungguh itu semua kenangan indah buat aku. 

Amboi tetiba rasa macam panjang pulak entry ni. Lepas gian nampak Alyaa, banyak hari tak berupdate katakan, hahaha. Ok, rasanya dah boleh tutup entry ni sebelum lebih banyak cerita yang aku taip dekat sini. Kang tak pepasal, cerita crush zaman dulu kala tertaip di sini, haish. 

Sebagai penutup entry, alhamdulillah bilik aku berjaya didesign dan disusun atur seperti mana yang aku mahu. Great work, Alyaa. HOHO :)


Jumpa lagi next entry! Bye! 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM