Khamis, 24 Julai 2014

ERAtkan Jalinan bersama Tropicana Twister

Assalamualaikum, selamat tengahari

26 Ramadhan. Alhamdulillah. :)

Ok harini aku nak kongsikan sedikit mengenai program yang telah pun dijalankan dengan jayanya oleh Tropicana Twister dengan kerjasama Radio No 1 Malaysia, ERA FM iaitu ERAtkan Jalinan bersama Tropicana Twister.

Program ni bertujuan untuk membawa pulang orang tersayang dari luar negara untuk bersama sama meraikan hari raya bersama keluarga di Malaysia. Keluarga yang berjaya akan ditaja sepenuhnya tiket penerbangan pergi dan balik.

Alhamdulillah, daripada banyak banyak permohonan di ERA FM, 5 keluarga telah berjaya masuk ke peringkat akhir. 22 Julai 2014 yang lalu, pihak ERA FM telah menjemput kesemua finale untuk ke konti untuk saringan akhir. Di bawah segmen Petang ERA bersama AdiFashla dan ZahidBaharudin, kesemua finale ditugaskan dengan satu tugasan.

Berbanding tahun lalu, tugasan untuk tahun ni berlainan sedikit sebab pihak penaja mahu eratkan hubungan antara keluarga dengan keluarga juga. Jadinya, tempoh masa diberi untuk setiap keluarga mengenali ahli keluarga yang lain dan kemudiannya akan menjawab soalan yang dikemukakan oleh DJ.

Bagi yang mengikuti di ERA FM haritu, mesti dah tahu kan siapa yang berjaya dibawa pulang. Seperti diduga, seperti tahun lepas, pihak penaja, Tropicana Twister telah sepakat untuk membawa pulang kesemua ahli keluarga peserta finale ke Malaysia. Aku yang dengar rasa gembira, inikan keluarga peserta kan. Bayangkan 8 tahun tak balik Malaysia, akhirnya dapat jugak jejak Malaysia pada hari raya. Yang ni merupakan En Shabry.

Keluarga En Shabry
Keluarga Pn Jamilah, Amira, Sajadah dan Nurul Aqilah juga turut dapat membawa pulang ahli keluarga yang berada di perantauan. Tahniah buat kesemua peserta finale dan semoga raya tahun ni memberi seribu makna buat semua dengan kepulangan orang jauh. =)

Keluarga Nurul Aqilah

Amirah yang berjaya membawa pulang adiknya dari Adelaide.
Berbanding dengan tahun lepas juga, kalini Tropicana Twister berikan kejutan buat 5 keluarga ni dengan menampilkan kesemua ahli keluarga tersayang di konti ERA setelah pengumuman bahawa kesemua mereka takdapat tiba pada hari raya pertama diumumkan. Terkejut jugak mula2 masa diumumkan yang takdapat bawak pulang sebab penerbangan penuh sebab musim orang melancong kan,tapi tengok2 kesemua mereka sudah pun selamat tiba di Malaysia sehari awalnya, alhamdulillah. 

Keluarga Siti Sajadah membawa pulang adik, Afifi dari New York

Keluarga Pn Jamilah
Bagi aku, program ni program yang baik dan perlu diteruskan. Tahniah Tropicana Twister dan team untuk usaha yang mulia ini demi menyempurnakan hajat mereka yang ingin beraya bersama ahli keluarga yang di perantauan. Tahniah juga buat ERA FM dan team kerana gigih ke udara bersama peserta finale program ini. Aku seyakin yakinnya percaya yang program ini akan menjadi memori yang paling indah buat kesemua keluarga ini dan tidak akan dilupakan oleh semua.

Btw, semua gambar dan video yang berkaitan boleh tengok di laman FB ERA FM & ERA TV serta instagram era_fm dengan hashtag #ERAtkanJalinan .

Gambar yang ada di entry ni semua diambil dari sana, tak semua sebab nanti berat jadinya blog ni, haha. Semoga usaha murni mereka diberi balasan yang baik oleh Allah, amin. =)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

jrg dgr era..huhu

p/s: haah telur tu msuk sekali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM