Saturday, June 28, 2014

Niat berpuasa jangan lupa !

Assalamualaikum, selamat malam

Alhamdulillah, dah pun masuk 1 Ramadhan tika azan Maghrib tadi. Syaaban berlalu pergi, Ramadhan datang ganti. Semoga samasama kita mendapat keberkatan dalam bulan ini. InsyaAllah

Malam ni dah start terawih. Syukur alhamdulillah, masih berpeluang untuk menunaikan solat terawih bersama keluarga. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang tak terhingga ini. Semoga aku dapat mengejar keberkatan dan keredhaanMu dalam bulan ini. Aku berharap agar sinar Ramadhan kalini lebih untuk aku mendekatkan diri padaMu, amin.

Ok semua, terawih tu terawih jugak ya. Yang penting jangan lupa niat untuk berpuasa pada esok hari ni. Niat siap2 pada malam hari ni, nanti kang kalau lupa, susah kita hah. Hehe. Sedari kecik lagi, abah dan mak aku dah ajar untuk niat puasa sebulan terus. Sekurang kurangnya sekiranya terlupa niat puasa harian, niat puasa bulanan ni ada lagi.

Taktau macam mana nak niat puasa sebulan dan harian? Meh nak share dekat sini. Moga manfaat untuk kita semua, amin.




Niat betul2 tau! Selamat berpuasa buat semua terutamanya yang mengenali diri ini. Seribu ampun dan maaf sekiranya aku pernah melakukan kesilapan dalam tutur kata dan perbuatan. Sesungguhnya aku hanya insan yang biasa :)
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA