Monday, June 23, 2014

Masya - Juara Ceria POPSTAR 2

Assalamualaikum selamat malam


Ok, malam ni aku nak update lagi satu entry walaupun aku tau entry aku ni macam dah basi sikit sebab semua orang dah tau keputusannya. Haha. Tapi aku tetap nak up jugak sebab seperti yang semua orang tau, aku merupakan salah seorang peminat rancangan realiti kanak kanak ni. 

Tak percaya? Silalah tengok di bahagian tepi blog bawah list "Entry Terbaik", carta teratas tu entry tahun lepas, haha. Ramai jugaklah yang masuk blog aku ni semata nak baca pasal Ceria Popstar. Padahal kalau nak tau masa aku taip entry tu aku saja2 ja tulis, seronok rasa nak update. Haha. Alhamdulillah, berbaloi jugak rupanya taip entry tu, keywords ceria popstar berlambak masuk sini, hehe.

Sebenarnya aku memang dah lama nak taip entry pasal Ceria Popstar 2 ni tapi disebabkan kekangan masa, makanya sekarang, bila dah konsert akhir baru sempat aku ak coretkan sesuatu dekat sini. Aku memang minat sikit tengok rancangan kanak2 ni walaupun umur dah agak tua, haha. Nak rasa muda sentiasa, inilah caranya, sila percaya, hihi.

Ok, dipendekkan cerita di sini, tahniah Masya, anak didik Hazama kerana telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Ceria Popstar 2 dan telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 20,000, sebuah trofi dan jam tangan PUMA serta percutian 3 hari 2 malam di atas cruise. 

Masya yang berasal dari Kedah membuat persembahan yang pertamanya dengan membawa lagu Di Pintu Syurga telah berjaya menambat hati juri dan juga pengundi untuk melayakkannya untuk membuat persembahan kedua dengan membawa single terbarunya iaitu Teman Bintang. Serius cakap, dua2 persembahan Masya sangatlah awesome dan terbaikkk. You deserve it, girl ! Tahniah jugak untuk cikgunya, Hazama. 


Manakala Naib Juara pula jatuh kepada Iqbal anak didikan Alyah dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 15, 000, sebuah trofi dan jam tangan PUMA serta percutian 3 hari 2 malam di Holiday Villa. Iqbal telah mendendangkan lagu Bahagiamu Deritaku pada persembahan pertamanya dan single terbaru Iqbal iaitu Ibu di persembahan kedua. Tahniah jugak buat Iqbal dan cikgunya ! 


Dan yang paling penting sekali, dua2 depa ni adalah orang utagha !!! Hahahaha. Cek bangga sangat dengan hampa dua. Tahniah nah. Orang utagha memang semua suara sedap2. (bagi can lah okey, :p)

Bagi aku, kedua dua Marsya dan Iqbal dan hebat dengan cara masing2. Adat pertandingan, ada menang ada kalah. Tapi kalah2 pun dapat habuan kau, ok dah tuuu. Daripada tak dapat apa2, sila bersyukur adik2ku ya. Dan untuk tempat ketiga dan keempat, Jomego dan Erissa pun dapat habuan dengan membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan RM 5,000 masing masing. 

Sebagai penutup entry ni, dan sebagai peminat setia Ceria Popstar ni aku rasa yang kalini punya yang terbaik berbanding yang lepas untuk konsert akhir sebabnya kedua dua peserta dapat single tersendiri untuk peringkat battle berbanding dengan musim lepas satu single, masa battle kedua2 peserta kena menyanyi masa battle. Tapi, apapun itu hanyalah pendapat aku, biasalah peminat kata. Hoho.

Tahniah untuk kedua2 pemenang supaya terus maju jaya samada dalam bidang nyanyian dan juga pelajaran. Jaga diri, jaga iman, jaga solat. Jangan lupa Allah, jangan lupa mak ayah dan mereka yang banyak membantu. Ok, sampai sini dulu aku taip entry yang super panjang pada malam hari. Jumpa esok di lain entry, selamat malam :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA